
Beli rumah atau kediaman ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Ruang dalaman adalah salah satu yang perlu diambil kira selain harga sebelum membeli kediaman, terutama sekali rumah pertama.
Ia penting supaya kediaman yang dibeli selesa diduduki oleh sekeluarga. Antara panduan yang boleh kita jadi rujukan adalah tip dari Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah. Menurut beliau terdapat tujuh aspek yang perlu diperhatikan dalam hal ini.
Tip memilih ruang dalaman rumah pertama
1. Ruang dapur bukan depan rumah
Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.

2. Kedudukan pintu bilik
Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling tinggi
Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.
4. Kiblat tak mengadap bilik air
Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap bilik air. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari tak menghadap bilik utama
Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ruang utiliti
Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.
7. Sebaiknya tiga bilik
Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik, 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakkan Soho, Sovo, Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana mengikut kemampuan, jangan mengidamkan rumah banglo sekiranya gaji tak sampai RM3k sebulan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Baca lagi: Umur 21 Tahun Adik Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri, Kakak Kongsikan Caranya!
Follow IMPIANA di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




