Baru Dapat Kunci Rumah? Sabar Dulu Kalau Nak EXTEND Dapur

Baru dapat kunci rumah? Sabar dulu kalau nak extend dapur. Kalau baru beli rumah,jangan terlalu gopoh nak ubah. Ada waktu yang sesuai, ada sebab yang perlu difikir. Ayat ni mungkin buat anda rasa macam ditampar, terutama kalau sekarang dah mula survey tukang, tengok katalog tiles dan dah plan nak ‘push’ dapur terus ke hujung pagar.

Tapi sebelum anda betul-betul pasang niat nak extend ruang dapur belakang, jom renung sama-sama:

Berapa Lama Patut Tunggu Sebelum Renovate Dapur Belakang?

Jawapan paling selamat ialah, selepas 12–24 bulan menetap. Kenapa? Sebab ada banyak perkara teknikal dan legal yang ramai orang terlepas pandang masa tengah semangat nak cantikkan rumah.

Baru Dapat Kunci Rumah? Sabar Dulu Kalau Nak EXTEND Dapur

  1. Tempoh Jaminan Dan Waranti Pemaju (Defect Liability Period)

Majoriti pemaju beri tempoh jaminan antara 18–24 bulan selepas serahan kunci.
Dalam tempoh ni, pemaju WAJIB baiki defect seperti:

  • Paip bocor
  • Retak dinding
  • Air bertakung
  • Siling menggelembung

Kalau anda renovate terlalu awal, pemaju boleh batal tanggungjawab sebab struktur dah diubah. Rugikan? Jadi… sabar. Periksa dulu. Catat semua defect. Hantar aduan atau report ikut saluran.

  1. Kenal Dulu “Tabiat Rumah” Anda

Baru Dapat Kunci Rumah? Sabar Dulu Kalau Nak EXTEND Dapur

Ya, rumah pun ada “tabiat”; macam tekanan air, aliran longkang, pergerakan tanah.

Dalam 6–12 bulan pertama, perhatikan:

Ads
  • Ada air bertakung belakang rumah masa hujan?
  • Longkang cukup efisien atau mudah tersumbat?
  • Aliran paip najis/hujan ikut pelan asal okay ke?
  • Tanah belakang rumah mendap atau tidak?

Bayangkan kalau dah sambung dapur, baru perasan bumbung bocor atau paip pecah? Nanti kos baik pulih lebih tinggi dari kos bina.

  1. Perlu Mohon Kelulusan Majlis Perbandaran (PBT)

Baru Dapat Kunci Rumah? Sabar Dulu Kalau Nak EXTEND Dapur

Ramai yang terlupa atau sengaja buat tak tahu pasal ni.Kalau anda tinggal di bawah MBSA, MPKJ, DBKL atau mana-mana PBT,  sebarang sambungan struktur MESTI ada pelan kelulusan.

Kalau tak:

  • Anda boleh disaman
  • Struktur kena roboh
  • Permit ambil masa 1–3 bulan untuk diluluskan

Jadi, rancang awal-awal dan jangan skip proses rasmi.

  1. Rancang Kewangan Dengan Bijak

Baru Dapat Kunci Rumah? Sabar Dulu Kalau Nak EXTEND Dapur

Ads

Lepas beli rumah, ramai masuk fasa “darah manis”:

  • Beli perabot
  • Pasang lampu
  • Tempah langsir
  • Bayar grill & kabinet dapur

Sambungan dapur belakang bukan RM3K–RM5K ye.Kos sebenar boleh mencecah RM15K hingga RM50K, termasuk:

  • Kerja tanah dan konkrit
  • Struktur besi dan  bumbung
  • Paip dan wiring
  • Jubin, sinki dan kabinet

Rancang bila bajet dah stabil dan ada lebihan tunai.

  1. Belajar Dari Jiran-Jiran Dulu

Ini bonus penting yang ramai tak ambil peluang! Sebelum bina, perhatikan jiran belakang:

  • Siapa yang dah extend dan hasilnya okay?
  • Ada yang pernah kena kompaun?
  • Reka bentuk bumbung mana paling tahan hujan?
  • Ada isu air masuk, najis tersekat atau anjing jiran lalu belakang?
  • Ada tanah mendap?

Ambil tahu, maka anda akan jimat masa, tenaga, wang dan elak menyesal kemudian hari.

Kesimpulan Praktikal: Progres Ikut Masa

Ads
TempohTindakan
0–6 bulan: Kenal rumah, catat defect, kumpul bajet
6–12 bulan: Pastikan semua defect dibaiki oleh pemaju
12–18 bulan: Mula bincang dengan arkitek/pelukis pelan
18–24 bulan: Mohon pelan dan  kelulusan PBT
24 bulan ke atas: Waktu terbaik untuk sambung dapur belakang

 

Mesti Baca: Ben Amir Bina Rumah Dan Berkebun Di Pulau Demi Cari Ketenangan
Baca Lagi Di Sini: Rumah Kecil Atau Besar Bukan Penentu BAHAGIA, Deko Ikut Kemampuan Asalkan Kemas & Tenang
Artikel Menarik: Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang

IMPIANA: Bahagia melihat perjalanan kehidupan terkini Natasha Hudson ini. Berpeluang menjalani hidup serba sederhana, lebih tenang namun penuh bermakna.

Sumber: natashahudsonofficial

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads