Pengering baju juga sangat berguna tatkala musim hujan dan juga sesuai untuk rumah yang mampunyai keluasan yang sempit atau terhad.
Namun, malang tak berbau, seorang pengguna TikTok berkongsi kemalangan yang menimpa yang berpunca daripada mesin pengering (dryer).
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @efa.taifor, jiran-jirannya bertungkus-lumus memberikan bantuan awal untuk memadamkan api. Mereka menggunakan hos air yang ada berdekatan dengan rumah yang terbakar itu.
Difahamkan respon pantas jiran-jiran itu bagi mengelakkan kebakaran jadi lebih marak sementara menunggu pihak bomba tiba ke tempat kejadian.
Ads
@efa.taiforKebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu… kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jgn tinggal dryer on tanpa pengawasan… malang tidak berbau.♬ original sound – Efaaa bini kamal
“Kebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu. Kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jangan tinggal dryer terbuka tanpa pengawasan. Malang tidak berbau,” kata TikTok @efa.taifor.
Tiada kecederaan serius semasa ahli keluarga berada dalam rumah ketika insiden terjadi. Mangsa cuma mengalami melecur kecil dipercayai terkena percikan api dan telah diberikan rawatan awal daripada pihak bomba.
Hantaran video itu membuatkan ramai warganet yang memiliki dryer di rumah berasa gerun.
Ads
Pada masa sama warganet ada berkongsi beberapa tips penggunaan dryer, antaranya; tutup setiap kali selesai guna, gunakan direct plug dan tidak berkongsi dengan plug lain dan gunakan dryer ketika cuaca tidak panas.
Ada warganet mahu melihat keadaan rumah, bagaimanapun TikTok @efa.taifor masih belum masuk ke dalam selepas insiden kebakaran terjadi.
“Insyaallah. Tapi saya pun masih trauma nak masuk ini. Rumah pun masih kuat bau hangit asap,” kata wanita itu.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian telah tular di laman media sosial sehingga meraih dan menjadi perhatian wargamaya ekoran tindakan seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam terkemuka di Malaysia.
Menerusi perkongsian tersebut telah memaparkan tindakan seorang pekerja kedai serbaneka berkenaan sedang mencuci ketuhar gelombang mikro atau ‘microwave’ yang disediakan di premis bagi kegunaan orang ramai.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, perkongisan menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, individu berkenaan kelihatan sedang mencuci ketuhar gelombang mikro di premis berkenaan menggunakan mop lantai.
Rentetan perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman media sosial. Bukan itu sahaja, tindakan individu itu juga mengundang pelbagai komen negatif daripada wargamaya.
Sumber: Facebook Bawang Rangers
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Amouage telah melancarkan ‘Truly’, tambahan terbaru rangkaian produk lilin dan semburan bilik yang menjadi haruman terbaharu “Midnight Flower Collection” (Koleksi Mekar Malam). Dicipta oleh Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong pada tahun 2013, Koleksi Mekar Malam yang turut termasuk rangkaian ‘Hope’, ‘Love’, ‘Happy’, ‘Smile’, ‘Joy’, ‘Sassy’ dan ‘Peace’, meraikan saat-saat kebahagiaan yang diluangkan bersama orang tersayang.
Membara dengan sifat kehangatan dan romantis, haruman ini diilhamkan oleh masa yang diluangkan di kawasan luar bandar pada hujung minggu. Dengan haruman bunga-bungaan, ‘Truly’ membuka dengan haruman Lili. Haruman utama dibentuk oleh campuran resin Benzoin dengan Cengkih untuk mencerminkan kenyamanan dan kehangatan sesebuah perapian rumah. Haruman dasar Cendana pula membawa pesona dan kehangatan hutan yang diterangi mentari ke dalam ruangan rumah.
“Saya ingin mencipta momen yang mencerminkan pengarang Jane Austen. ‘Truly’ adalah haruman seseorang wanita yang mempesonakan namun cekap mencukupi diri sendiri dalam mengarang cerita hidupnya. Diilhamkan oleh genre sastera abad ke-19 yang sarat dengan kelembutan dan keterangsangan, saya mencipta haruman rumah ini untuk menyorot saat-saat seseorang wanita yang berlembut hati duduk menyebelahi perapian rumah sementara terpsesona membaca cerita,” jelas Christopher Chong.
Lilin ‘Truly’, yang dipersembahkan dalam bekas kaca Itali merah karang berhiaskan tulisan keemasan dan putih, dirumuskan dengan lilin mineral terbaik untuk menyebarkan haruman paling kuat dan boleh menyala sehingga 40 jam. Semburan bilik pula diadun untuk menghasilkan keberkesanan maksimum dan sentuhan kemewahan di setiap bilik yang kekal selama berjam-jam.
Rangkaian produk lilin dan semburan bilik Koleksi Mekar Malam boleh diperoleh dari kedai Amouage di Muscat, Dubai, Abu Dhabi, Al Ain, Manama, Jeddah, Kuwait City, Doha, Kuala Lumpur, London, Milan dan Rome.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kenali cara-cara untuk mendapat tidur tanpa gangguan dengan Pelindung Tidur IKEA
Tidur yang lena sangat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan kita, kerana ia berkait rapat dengan prestasi fizikal dan mental kita tatkala kita menjalankan aktiviti harian. Hakikatnya, tidur yang berkualiti tidak kurang pentingnya daripada diet yang seimbang dan senaman, dan terdapat pelbagai faktor yang mencetuskan tabiat tidur negatif. Jadi, kita perlulah cakna akan cara-cara untuk memperoleh tidur berkualiti.
Secara umumnya, seseorang dewasa memerlukan 7 hingga 9 jam tidur setiap malam. Tidur tidak cukup akan menjejaskan kita dari segi mental dan fizikal, daripada fokus terjejas, emosi tidak stabil, sehinggalah menimbulkan pelbagai risiko masalah kesihatan. Bagaimanapun, kini anda tidak perlu lagi ‘mengira biri-biri’ untuk memasuki dunia mimpi, kerana Enam Pelindung Tidur kami telah menawarkan anda petua-petua berikut yang mudah lagi berkesan bagi membantu anda tidur lebih lena!
6 Eleman untuk Tidur Lena dengan Penyelesaian Tidur IKEA
Bilik tidur yang gelap, sejuk dan tenang merupakan satu permulaan yang baik. Namun, soal meningkatkan keselesaan, memilih bahan-bahan yang betul, dan mencipta suasana yang kondusif juga harus dititikberatkan!
Tilam spring poket VALEVAG RM1,199Bantal GRÖNAMARANT RM89
Keselesaan Kunci Utama
Langkah pertama ke arah tidur lena ialah mencapai keselesaan optimum dengan tilam, bantal dan selimut yang betul. Tilam yang sesuai akan menyokong belakang tubuh anda, yang terbukti bermanfaat terhadap kesihatan anda dalam jangka panjang! Dengan adanya bantal dan set sarung selimut yang menepati keperluan anda, anda akan meraih manfaat maksimum daripada tidur anda!
Berasa sejuk pada waktu malam? Atau berasa panas ketika tidur? Faktor seterusnya yang wajar diberi perhatian ialah suhu bilik tidur anda. Tanyalah soalan-soalan ini kepada diri anda kerana ia dapat membantu mengenal pasti faktor yang mengganggu tidur anda. Ingatlah untuk tetapkan penyaman udara atau kipas pada suhu yang sesuai, dan pastikan anda berasa selesa dengan memilih duvet atau selimut yang sesuai untuk anda! Kebanyakan kita tidur lebih lena dalam persekitaran yang lebih sejuk, manakala suhu optimum ialah antara 18 dan 20 darjah Celsius.
Lampu kerja RANARP RM159Mainan lembut + lampu malam LED PEKHULT RM59
3. Jauhkan dari Lampu
Suasana lebih gelap ideal untuk tidur lena kerana ia mengurangkan gangguan di sekeliling anda. Jadi, anda boleh mempertimbangkan penyelesaian seperti lampu boleh malap, lampu meja atau bidai gelap untuk menghalang matahari pagi! Namun, sebaik-baiknya anda memilih lampu yang berada dalam jangkauan tangan, kerana mengurangkan pergerakan sebelum anda tidur akan membantu anda lelap lebih mudah. Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan pelitup mata untuk menjauhkan cahaya!
Langsir penghalang cahaya MAJGULL RM159Panel penyerap bunyi ODDLAUG RM129/15 unit
4. Shhh Jangan Bising!
Bunyi bising akan menjejaskan kualiti tidur kerana ia merangsang otak kita. Menurut kajian, walaupun ketika kita sedang tidur, minda kita sedar sepenuhnya akan bunyi bising. Jadi, semakin senyap bilik anda, semakin baik kualiti tidur anda. Penyelesaian mudah seperti penyerap bunyi, dapat membantu mengurangkan bunyi bising, khususnya jika anda jenis orang yang tidur-tidur ayam!
Tumbuhan berpasu SANSEVIERIA TRIFASCIATA RM34.90Pembersih udara FÖRNUFTIG RM299
5. Tingkatkan Kualiti Udara
Kualiti udara yang tidak sihat di rumah mampu menjejaskan kualiti tidur kita. Ceriakan bilik tidur anda dengan tumbuh-tumbuhan hidup, yang bukan sahaja dapat menapis udara dalam bilik anda, malah berfungsi sebagai hiasan! Pastikan bilik tidur anda diudarakan dengan secukupnya sekali seminggu untuk menjamin pengudaraan yang baik!
Pilihan warna dan aksesori peralatan tidur yang sesuai akan mempengaruhi kualiti tidur anda. Menurut kajian, kita tidur paling baik dalam bilik berwarna biru, diikuti oleh warna seperti kuning dan hijau. Jika anda ingin mengubah suai bilik tidur anda, apa kata mencuba warna-warna ini untuk mewujudkan persekitaran yang ideal bagi membantu anda lelap lebih pantas!
Pernahkah anda berasa segar tatkala bangun dari tidur dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja? Itu bermaksud, anda telah mendapat tidur malam yang baik! Ingatlah, tidur yang berkualiti berkait rapat dengan rehat yang cukup dan tanpa gangguan.
Anda berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian tidur di Festival Tidur IKEA.
Festival Tidur IKEA
Bagi memeriahkan Festival Tidur IKEA, IKEA menganjurkan pelbagai aktiviti interaktif di gedung, yang memberi peluang kepada pembeli-belah mencuba rangkaian Penyelesaian Tidur IKEA bagi memahami kepentingan pilihan penyelesaian tidur yang betul.
Bermula dari sekarang hingga 10 Ogos 2022, semua gedung IKEA termasuk IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan akan mempamerkan pelbagai penyelesaian tidur yang dapat membantu anda menikmati tidur malam yang baik. Tambahan pula, pelanggan juga dapat mempelajari cara terbaik untuk mencapai tidur yang lena menerusi satu siri lima video di IKEA.my/FestivalTidur.
Lebih menarik lagi, ahli IKEA Family juga berpeluang memenangi pengubahsuaian bilik tidur dan produk bilik tidur lain berjumlah sehingga RM48,000 dengan perbelanjaan minimum RM400 dalam satu resit di mana-mana gedung IKEA di seluruh negara!
Ahli IKEA Family dapat menikmati manfaat eksklusif di sini!
Sertai peraduan Festival Tidur IKEA dari 7 Julai – 10 Ogos 2022 dengan mengikuti video mingguan kami bagi mendapatkan petua penyelesaian mampu milik dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM48,000* seperti berikut:
Hadiah Pertama: 4 x Pengubahsuaian bilik tidur berjumlah RM5,000 tajaan Livspace Hadiah Kedua: 4 x Rangka katil & 1 x tilam berjumlah RM3,000 Hadiah Sagu hati: 20 x Produk tekstil katil berjumlah bernilai RM800
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.