Serangga yang berkeliaran dalam rumah boleh menjadi masalah besar. Selain mengganggu, mereka juga boleh membawa penyakit.
Petua Halau Serangga, Guna 4 Bahan Saja
Trik yang bagus sebab bila menggunakan petua ini, terus serangga kecil ini tak ada dalam rumah. Walau bagaimana pun, bahan ini bukan saja digunakan dalam rumah tapi boleh disemburkan di luar rumah juga.
Bahan-bahan:
Kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar
2 sudu cuka/alkohol
200ml air
2 sudu cecair pencuci
Caranya:
1. Kupas bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Ambil kulitnya.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
3. Biarkan ia mendidih.
4. Selepas itu, tapi air tadi.
Ads
5. Dalam bekas lain, masukkan cuka atau alkohol, kacau.
6. Masukkan juga cecair pencuci.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam bekas spray.
Ads
8. Bolehlah sembur 2 kali seminggu di bahagian penjuru, kawasan yang selalu dikunjungi serangga atau bahagian luar rumah.
.
.
Selamat mencuba.
Ads
IMPIANA : Jimat dan wangi. Kalau nak tahu bau rumah ala-ala orang kaya, bolehlah buat macam nie.
Tip dekorasi ruang solat di rumah, selesa dan tenang. Mewujudkan ruang solat atau surau di rumah adalah langkah yang sangat baik untuk memudahkan keluarga beribadah dalam persekitaran yang peribadi dan selesa.
Bukan itu sahaja, dengan adanya ruang solat sendiri rumah, anda dan keluarga boleh beriabadah dengan tenang tanpa gangguan malah ia juga boleh digunakan oleh seisi keluarga untuk belajar mengaji dan memplejari ilmu agama bersama-sama. Ruang solat anda juga akan kekal bersih daripada sebarang kotoran.
Gunakan warna yang menenangkan seperti hijau daun, biru lembut atau krim untuk cat dinding atau perabot. Warna-warna ini membantu mewujudkan suasana yang damai dan fokus.
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
Sediakan karpet atau sejadah yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai.
Tumbuhan hijau di surau dapat menambahkan kesegaran dan rasa semula jadi. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad.
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, atau gambar semula jadi yang tenang. Ini bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
Sofa Chesterfield yang sering dikenali dengan reka bentuknya yang klasik dan elegan, merupakan salah satu perabot ikonik yang tetap kekal relevan hingga masa kini.
Sofa ini tidak hanya menawarkan keselesaan tetapi juga memberikan sentuhan mewah pada sesebuah ruang.
Sejak kemunculannya pada abad ke-18 di England, Chesterfield telah menjadi lambang status dan keunggulan, menghiasi ruang perpustakaan, pejabat dan ruang tamu yang di seluruh dunia.
Dengan kombinasi estetika yang menarik dan fungsi yang praktikal, sofa Chesterfield terus menjadi pilihan popular dalam seni dekorasi dalaman dengan menggabungkan warisan sejarah dengan keperluan moden.
Sofa Chesterfield biasanya dikenali dengan beberapa ciri khas berikut:
Chesterfield dipercayai berasal dari England pada abad ke-18 dan mendapat namanya daripada ‘Earl of Chesterfield’ yang memesan kerusi ini. Sejak itu, kerusi dan sofa Chesterfield telah menjadi simbol status dan kemewahan.
Hari ini, kerusi dan sofa Chesterfield masih popular dan digunakan dalam pelbagai jenis interior, dari yang tradisional hingga yang moden. Ia sering menjadi pilihan dalam dekorasi di ruang tamu atau pejabat kerana stailnya yang tidak lapuk dek zaman.
Jika anda sedang mencari sofa Chesterfield, pastikan untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti bahan, ukuran dan kesesuaian dengan dekorasi ruang anda untuk memastikan ia menjadi pelengkap yang sempurna.
Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, setiap komuniti mempunyai keunikan dan cara hidup yang tersendiri.
Salah satu yang menarik adalah mengenai tabiat orang Cina yang jarang melakukan renovasi rumah berbanding dengan komuniti lain. Adam Kelvin kongsi sebab masyarakat Cina habiskan duit dalam posting di Facebook.
Saya tak tau macam nak terangkan benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah.
Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, itu dah cukup. Kalau renovate pun, kami pastikan reno yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.
Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu.
Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.
Hiasan dalaman pun sama.
Kalau anda biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada. Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel!
Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.
Ini yang buatkan saya pelik bila melihat kawan-kawan isteri yang beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu.
Banyak rugi. Sebabnya nak kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, kabinet dapur ke atau extend dapur sikit.
Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Kebanyakan kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi.
Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan.
Orang Cina cukup suka makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.
Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.
Prinsip Orang Cina
Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyak habiskan duit untuk makanan.
Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience.
Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan?
Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.
IMPIANA : Tak perlu la nak bandingkan rumah dan ikut cara orang. Janji bahagia dan gembira.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!