Kehadiran semut di rumah terutamanya di dapur memang merosakkan pemandangan, terutamanya bila mereka berkumpul di sekitar makanan yang disimpan.
Apatah lagi bila banyak makanan atas meja, habis dihurung semut. Walaupun dah lap meja dengan air sabun dan guna macam-macam cara tetap tak berkesan juga. Sebenarnya ada tip mudah untuk atasi masalah semut ni dengan menggunakan Double Sided Tape sahaja.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Ahmad Syahril Mohd ini sebagai rujukan;
Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja, terutamanya musim-musim puasa ni dan nak raye ni. Hanya letak double sided tape di kaki meja, semut tak dapat naik dah, tapi ia boleh bertahan dalam 1-2 minggu sebelum gam double sided hilang. Tapi cukup la sementara nak guna untuk beraya. Habis gam, tampal balik double sided di tempat sama. Boleh je. Setel masalah.
Bahan Diperlukan:
1. Double Sided Tape
2. Gunting
Cara Membuat:
1. Lilit di sekeliling kaki meja.
Ads
2. Pastikan lilit di semua kaki meja.
3. Tanggalkan Double Sided Tape tersebut. Siap!
Ads
Selamat Mencuba!
Menarik tip yang dikongsikan ni. Jadi jika ada masalah semut dekat rumah tu, selalu naik atas meja, boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Jangan tak tahu ada kalanya barangan lama yang mahu dibuang seperti almari boleh digunakan semula.
Memang idea kreatif dan boleh dijadikan inspirasi malah menjimatkan kos tak perlu beli sangkar buat anda yang ada memelihara si bulus di rumah.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Puan Izyan Suraya yang berkongsi video transformasi almari lama rumahnya di akaun TikTok beliau @izyanwasabee.
Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Kreatif sungguh idea yang dikongsikan ini. Siapa sangka dari almari lama boleh dijadikan ‘rumah banglo’ untuk anak bulus kesayangan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Cicak sering dianggap sebagai haiwan perosak yang biasa yang sering ditemui di dalam rumah. Namun, tahukah anda bahawa kehadiran cicak yang berlebihan boleh jadi mempunyai makna yang lebih dalam dari segi spiritual?
Selalunya, setiap rumah memang akan ada ‘penghuni’ yang tidak diundang ini. Bila malam yang senyap sunyi pun boleh dengar suara cicak. Ada masa bersahutan tanda cicak banyak kat rumah.
Kalau di kampung memang tak dinafikan sebab rumah dikelilingi pokok-pokok. Tapi kalau di bandar kita pun hairan macam mana ia boleh muncul. Walau bagaimanapun, cicak banyak di rumah jangan ambil ringan.
Jangan anggap kehadiran cicak di rumah ini tidak memberi kesan. Najisnya saja buat kita rasa ‘sakit hati’ sebab perlu bersihkan sebaik mungkin. Ini belum lagi kalau cicak banyak di rumah. Mahunya semua temapt ada dengan najisnya.
Selain itu, cicak banyak di rumah, jangan pandang ringan sebab antara salah satunya ia menjadi bahan pembawa sihir. Minta dijauhkan. Inilah yang dikongsikan oleh Mujahid Abdul, semoga ia memberi peringatan kepada kita semua.
Dalam sebuah artikel yang pernah saya baca. Ternyata kita harus berhati hati jika di rumah banyak sekali cicak selain haiwan yang merugikan bernama tikus. Sebab itulah, cicak ini disunnahkan untuk di bunuh.
“Yang rajin adalah pendapat jumhur ulama, bahawa kotoran cicak dan juga bangkainya adalah termasuk najis. Sehingga wajib dihindari dan dibersihkan jika mengenai badan, pakaian atau tempat-tempat yang dipakai untuk beribadah. Wallahu a’lam”
Ia memiliki sifat munafik yakni berkhianat.
Dalam hadisnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Salam bersabda yang artinya: “Bahawasanya ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkannya, kecuali cicak. Karena sesungguhnya cicak itu mengembus-embus api yang membakar Ibrahim.” (HR. Ahmad)
Dalam kitab Shahih Muslim disebutkan, “Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang kedua).”
Mungkin pernah terjadi, ada cicak yang tiba tiba sudah mati mengering atau hangus. Dan kita perlu waspada kerana cicak ini termasuk haiwan melata yang sering dijadikan media pembawa sihir.
Banyak dari golongan jin yang menjelma rupa menjadi cicak (haiwan melata) untuk meletakkan racun sihir dir umah.
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan kepada kami bahwasannya jin itu terdiri dari tiga kelompok. Pertama, jin yang selalu berterbangan (melayang) di udara, kedua, jin dalam wujud haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka berpergian” (HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang shahih).
Mikroba yang terkandung dalam cicak bisa menyebabkan sakit perut dan membahayakan kesihatan tubuh.
Maka harus hati hati jika ada makanan atau minuman yang kejatuhan kotoran cicak.
Jngan lupa menutup makanan dan minuman kita di malam hari kerana kita tidak pernah tahu ada penyakit apa yang masuk ke dalamnya termasuk salah satunya jika cicak menjilatinya.
Rasulullah bersabda : “Matikanlah lampu-lampu kalian, jika kalian hendak tidur. Dan tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bejana serta wadah-wadah makan dan minum kalian” (Hr Bukhori)
Semoga bermanfaat untuk semua. Jangan kesian, sunnah bila dibunuh.
6 Item Bajet Rendah Mampu Milik Boleh Naikkan Seri Dekorasi Raya Di Rumah! Menjelang tibanya Aidilfitri tidak lama lagi, persiapan dekorasi raya di rumah seharusnya dititik beratkan juga. Bukan apa, sewaktu hari raya ini lah kediaman akan lebih kerap di kunjungi tetamu yang datang bertandang beraya.
Selain menyajikan juadah yang enak, dekorasi dalam rumah terutamanya di ruang tamu dan meja makan harus diberi perhatian. Tak semestinya hanya tukar langsir, sofa, cat dinding atau meja makan baru sahaja yang boleh merubah wajah sudut kediaman.
Ini 6 item bajet yang mampu milik ini juga dapat menaikkan seri dekorasi pada kediaman anda sempena Aidilfitri nanti.
Sofa di ruang tamu akan bertambah seri, apabila menukar sarung kusyen yang baru. Lebih-lebih lagi jika sofa dengan rona neutral seperti putih, hitam, beige, kelabu atau coklat boleh padankan dengan bantal kusyen bercorak atau jenis polos dengan rona lebih terang atau gelap, mengikut pilihan citarasa.
Terdapat pelbagai jenis material dan rona yang ada bagi ‘throw blanket’ baik jenis ‘berbulu’, benang kait, baldu, fleece, cashmere, kapas dan sebagainya. Harganya pula berpatutan mengikut pilihan material yang dipilih. Hamparkan pada sudut sofa, ia pasti dapat menyuntik suasana ‘cosy’ dan menyerikan lagi ruang tamu anda.
Perletakan jambangan pasu bunga tak kiralah bunga segar atau bunga hiasan dapat menaikkan seri ruang kediaman. Letak di ruang tamu atau meja makan dapat menaikkan seri ruang ini. Begitu juga dengan tumbuhan hijau seperti indoor plants. Letak di meja kopi atau di ruang rak terbuka dapat menyuntik aura segar dalam rumah.
Wangian sangat penting bagi memberi rasa ketenangan dan keselesaan bagi tetamu yang datang. Terdapat pelbagai jenis rekaan bentuk wangian yang boleh digunakan seperti oil diffuser, lilin aromaterapi, pewangi semburan automatik dan sebagainya. Pertimbangkan bau yang lembut seperti vanila, ros, lavender dan lily.
Namun jika ingin lebih berjimat boleh sahaja guna bahan semula jadi seperti daun pandan dan air mawar. Campurkan kedua bahan ini ke dalam bekas dan letakkan pada sudut rumah. Pasti rumah wangi semerbak tanpa keluarkan kos yang besar.
Perhatikan bahagian dinding, jika selama ini kosong dan polos tanpa sebarang hiasan, boleh letakkan cermin. Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk cermin yang sesuai boleh padankan di dinding sebagai hiasan. Cermin bukan sahaja dijadikan dekorasi rumah malah membuatkan ruang sempit tampak lebih luas, tampil lebih elegan dengan gaya tersendiri.
Selain cermin, boleh juga letakkan gambar hiasan yang cantik pada dinding yang polos. Tak kiralah lukisan seni abstrak, gambar permandangan, gambar ‘art deep’yang unik dan sebagainya. Boleh sahaja beli di kedai lukisan atau cetak sendiri, cari gambar menerusi online. Ia mampu menjadi titik fokal buat mata yang memandang. Namun untuk menggantung gambar juga ada cara dan susunannya yang betul barulah ia tampak lebih menarik.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda hias rumah supaya nampak menarik dengan bajet rendah. Namun cuba 6 item ini dahulu dan lihat hasilnya. Pasti rumah tambah berseri dan bergaya sempena raya nanti.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.