A-Frame With Loft, Tiny House 340Kps Rumah Dalam Dusun Durian. Terpesona dengan keindahan ‘tiny house’, rumah dalam dusun durian di Kalumpang ini. Meskipun berkeluasan hanya 340 kps, pilihan rekabentuk ‘A frame’ siap dilengkapi dengan loteng menyempurnakan lagi binaan kediaman.
Istimewanya, pemilik kediaman Mohd Naim Mohammad yang menghasilkan sendiri ‘drawing’, rekaan kejuruteraan dan pembinaan rumah ini.
Saya dan isteri dah lama berangan nak buat rumah A-Frame with loft.
Rumah “tiny house” tepi kolam dibina di dusun durian kami di Kalumpang. Jumlah keluasan rumah 340 kps, loft/loteng dan 1 bilik air, dapur dan ruang rehat, deck kayu depan rumah.
Pembinaan bermula 1 April 2023 dan siap pembinaan 15 Julai 2023.
Bina sendiri menggunakan steel structure, common clay bricks dan metal deck roof sebagai bahan binaan. Mengambil masa selama 3 1/2 bulan. Sekarang tinggal nak buat decor sikit.
Ads
Bermula pasang steel frame. Tebal besi 2.3mm. Besi kena cat prime coat 1 lapis dan 2 coat cat besi untuk tahan karat. Saiz besi 4”x4” dan 2”x 4”.
Pemasangan metal deck. Ketinggian 8’ lantai bawah ke lantai atas dan extra 2’ lagi sebelum 8’ ke bumbung. Total semua 18 kaki.
Deck loft dah siap
Ads
Pintu folded 8’x8’, Empat panel folded satu side.
Permandangan waktu malam.
Ads
Anggaran kos dalam RM80,000. Mahal sikit sebab menggunakan aluminum frame untuk tingkap/doors, roof guna metal roofing deck with sasilation/insulation, kayu Chengal dan Balau untuk deck dan loft.
Nama Pemilik: Mohd Naim Mohammad Konsep: Rustik Industri Jenis Kediaman: Tiny House (Rumah Kebun) Lokasi: Kalumpang, Selangor Usia Kediaman : 9 Bulan Keluasan Kediaman: 340 kps
Spesifikasi Ruang: 1 bilik air Loteng Dapur Ruang Rehat Deck Kayu
IMPIANA: Cantik sungguh bina ‘tiny house’ dalam dusun dengan konsep ‘A-Frame With Loft’ ini. Boleh dijadikan inspirasi bagi yang ingin membina rumah dalam dusun sebegini.
Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki sebuah rumah sempurna dari segi keluasan dan kemasan dalaman semestinya menjadi idaman ramai pemilik di luar sana. Sudah pastinya sebagai pemilik rumah yang sudah bertambah isi keluarga akan ingikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarganya. Begini juga dengan kisah pemilik rumah Semi-D ini.
Beliau telah merancang dengan baik untuk mendapatkan sebuah rumah yang selesa untuk didiami keluarga serta anak-anak yang sedang membesar dengan lebih sempurna.
Perancangan keseluruhan untuk sebuah rumah ini pastinya sudah menelan belanja yang banyak, inilah yang terfikir di dalam kotak fikiran anda sekarang bukan? Tetapi beliau bijak dalam mengatur langkah dengan memilih Pereka Seni Reka Bentuk Dalaman Mamyhome yang mampu membuatkan persoalan pada belanja yang besar tadi menjadi lebih relevan dengan apa yang diingini oleh pemilik ini.
Cabaran untuk menyiapakan rumah ini adalah apabila pemilik inginkan kediaman ini disiapkan dengan cepat tetapi dalam masa yang sama Pereka Hiasan Dalaman Mamyhome yang ingin menjaga kualiti yang terbaik untuk setiap pelanggannya membuatkan ini satu besar yang harus mereka jaga dalam melunaskan permintaan pelanggan. Mengambil masa selama empat bulan untuk menghasilkan ruang utama yang ditekankan oleh pemilik, seperti ruang tamu ini.
Kediaman ini disiapkan mengikut fasa dan bajet yang telah dirancang dengan sempurna dan baik oleh pemilik rumah ini bersama Mamyhome. Inilah maksud rancang yang sebenarnya untuk semua pemilik rumah diluar sana. Tidak mengapa jika anda belum mempunyai wang yang secukupnya dengan konsep yang anda inginkan. Anda hanya perlu rancang sebaiknya bagi menghasilkan rumah yang anda miliki adalah sebuah rumah idaman.
Selain itu, cabaran untuk mandapatkan hasil sebuah ruang tamu, ruang makan serta dapur kering yang cukup memukau ini dalam elemen serta sentuhan elegan di setiap perincian bukanlah satu perkara yang mudah. Jika diperhatikan pelan lantai untuk ketiga ruanh ini berada dalam kedudukan yang sama. Segmentasi ruang tanpa dinding yang diolah masuk kedalam sentuhan magis Mamyhome untuk ruang tamu, ruang makan dan dapur kering membuatkan susun atur keseluruhan nampak lebih harmoni dan rapi.
Rumah berusia 80 tahun kini menjadi sebuah Resort Moden Tropikal jadi tarikan semua. Sebagaimana yang kita tahu rekaan rumah teres lama, sudah pastinya kecil dan memanjang bukan? Ya! benar sekali, beginilah rupa asal kediaman ini.
Reka bentuk asal rumah ini langsung tidak menggugat Pakar Hiasan Dalaman Design Seed Studio untuk mengadaptasikan kediaman yang menjadi idaman pemilik ini. Transformasi rumah ini cukup memukau.
Membina rumah di atas tanah kosong adalah satu perkara yang mudah. Tetapi untuk membuat renovasi rumah lama pada rekaan yang baru dan melakukan ubah suai yang besar memang mencabar. Banyak faktor yang perlu diambil kira dari struktur binaan hinggalah paip yang ditanam serta plug yang tersedia ada.
Rumah adalah tempat paling penting untuk kita berteduh, jadi bermula di sinilah sebuah binaan yang sempurna untuk di diami.
Lihat sahaja transformasi rumah lama ini diberi nafas baru dalam setiap sudut dan ruang yang ada dalam rumah ini. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Kediaman ini cukup memberi inspirasi kepada kita semua, jika mempunyai rumah lama usah rasa binggung atau biarkan ia usang. Jadikan ia seperti kediaman ini.
Perubahan fasad rumah ini sudah membuktikan kediaman ini benar dalam perubahan yang cukup major.
Penggunaan batu angin pada tingkat atas rumah ini menbuatkan rekaanya nampak cukup estetika. ‘Flat roof’ jadi pilihan pereka ini untuk menarik reka bentuk kediaman ini agar tampak lebih menonjol dalam sentuhan Resort Moden Tropikal yang ingin di ketengahkan.
Konsep lebih terbuka membuatkan rumah ini nampak lebih luas dan selesa. Tidak rasa seakan terperap di dalam kediaman yang kecil atau sempit setelah perubahan dilakukan.
Tingat dua dalam kediaman ini tidak banyak dilakukan perubahan dari segi fasad dalamannya. Ia hanya membiarkan ruang ini lebih terbuka dan memberi nafas santai dan cozy dalam ruang keluarga ini.
Apabila dinding asal rumah teres dipecah ini menjadikan rumah nampak lebih luas dan tidak berliku-liku. Pemilihan kemasan kayu dan pokok hidup sebagai hiasan utama dalam rumah ini benar menampakkan ia seakan sebuah resort yang mendamaikan.
Jangan terlalu terburu-buru untuk renovasi rumah jika tidak pasti dengan kos dan kemampuan anda. Pastikan ID yang anda pilih itu berdaftar dan mempunyai kelayakan untuk membina rumah anda. Pereka Seni Bina Hiasan Dalaman Design Seed Studio ini adalah salah satu pakar yang anda harus percayai dengan kelebihan dan kebolehan mereka dalam membina sebuah rumah idaman.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.