
Garam memang tak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Selain daripada penting dalam masakan, garam juga ada manfaat dan kegunaan lain. Di sini IMPIANA kongsikan 5 manfaat garam yang perlu korang tahu.
1. Mencerahkan warna pakaian
Jika korang mempunyai pakaian yang sudah pudar, korang tak perlu risau kerana ada cara mudah untuk mencerahkannya. Korang hanya perlu masukkan garam yang dah dicampur dengan sedikit air ke dalam baldi atau besen yang berisi pakaian. Kemudian, gosok perlahan untuk mencerahkan warna pakaian yang pudar tersebut.
2.Mencegah semut
Masalah semut dalam rumah memang merunsingkan. Tahukah anda? garam boleh mencegah semut dalam rumah. Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu tabur garam di tempat laluan semut dan masalah korang akan selesai.
3. Menghilangkan kesan kotor pada kaca
Kesan lipstick pada gelas kaca boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan garam. Campurkan sedikit garam dengan satu liter cuka. Rendamkan gelas dengan campuran garam dan cuka tersebut dan biarkan semalaman. Akhir sekali, cuci gelas seperti biasa.
4. Menghilangkan bau kurang menyenangkan pada kasut
Garam juga berfungsi untuk menyerap kelembapan dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada kasut. Caranya, taburkan sedikit garam dalam kasut dan biarkan seketika
5. Membersihkan span
Span yang dah kotor, jangan terus buang begitu sahaja. Ia boleh kembali bersih jika direndam dalam air garam. Garam bukan sahaja mampu membersihkan kotoran pada span. Malah, ia mampu membunuh bakteria pada span tersebut.
Garam merupakan bahan serbaguna yang boleh digunakan dalam khidupan seharian. Selain daripada mudah didapati, jimat, ia juga selamat digunakan. Selamat mencuba!
Ambil Tahu, Jenis Jerjak Atau Window Grill Yang Sesuai Dengan Rumah

Jerjak atau kekisi yang dipasang pada tingkap rumah adalah bertujuan perlindungan, keselamatan mahupun estetik, jerjak biasa dipasang pada setiap rumah. Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh anda pilih, bergantung kepada fungsi gril dan bajet anda.
Kebanyakan pemilik rumah di Malaysia akan memasang gril logam pada tingkap dan pintu mereka untuk tujuan perlindungan disebabkan kejadian pecah masuk yang sering berlaku. Pada rumah bertingkat tinggi pula, gril dipasang untuk tujuan keselamatan terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Satu hal yang perlu dipertimbangkan ialah, jika anda memasang gril pada tingkap bilik tidur, pastikan ia mempunyai bukaan yang boleh dimangga untuk dijadikan laluan menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan bahan untuk gril:
Bajet: Bergantung kepada saiz hartanah anda, anda mungkin terpaksa memilih bahan yang lebih murah jika banyak pintu dan tingkap yang perlu dipasang gril.
Reka bentuk: Jika anda mahukan sesuatu yang lebih menarik, contohnya sedikit berwarna-warni, mungkin anda perlu pertimbangkan gril menggunakan besi tempa.
Ketahanan: Gril yang dipasang di bahagian luar lebih mudah berkarat, terutamanya di Malaysia di mana kadar hujannya agak tinggi. Jadi, anda perlu pertimbangkan gril yang diperbuat daripada keluli tahan karat.
Kekuatan: Jika anda mahukan sesuatu yang lebih kuat, keluli adalah pilihan yang lebih baik berbanding aluminium.
Berat: Jika gril tersebut perlu dibuka dan ditutup dengan kerap, contohnya gril pada pintu, pilih bahan yang lebih ringan.
Walaupun ia bertujuan untuk keselamatan, itu tidak bermakna anda perlu mengikut reka bentuk dan gaya lama. Mari kita lihat pelbagai jenis gril yang ada sambil memilih satu daripada 9 bahan yang bersesuaian dengan rumah anda.
1. Besi
Besi merupakan satu bahan yang teguh tetapi murah. Oleh kerana ia sejenis bahan yang boleh ditempa, ia boleh dibentuk mengikut pelbagai rekaan. Satu keburukan menggunakan besi ialah ia mudah berkarat jadi ia terpaksa selalu dicat.
2. Keluli lembut
Gril keluli lembut biasanya mempunyai reka bentuk yang ringkas dan merupakan salah satu pilihan bahan yang murah terdapat di Malaysia. Zuraisham/ gettyimages
Ini sejenis bahan yang agak biasa juga digunakan untuk membuat gril di Malaysia dan salah satu daripada pilihan yang lebih murah. Ia sering kali dihasilkan dalam reka bentuk yang ringkas seperti bar lurus. Keburukan menggunakan keluli lembut ialah ia akan berkarat, jadi gril anda perlu dicat beberapa tahun sekali. Bagaimanapun, terdapat juga pilihan di mana teknik pengecatan kering (powder coated) dilakukan bagi mengelakkan ia terlalu cepat berkarat dan tahan lebih lama.
3. Keluli
Bukan sahaja cantik dan kuat, gril keluli juga tahan lebih lama berbanding bahan lain. John Seaton Callahan/ gettyimages
Keluli lebih tahan karat dan kakisan berbanding dengan besi dan keluli lembut. Harganya lebih murah daripada keluli tahan karat. Jika dijaga dengan baik, gril keluli boleh tahan sangat lama dan ia juga mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Bukan itu sahaja, ia tidak mudah patah kerana keluli merupakan sejenis bahan paling kuat untuk membuat gril atau pintu pagar. Anda juga boleh mengitar dan menggunakan semula gril atau pintu pagar yang diperbuat daripada keluli. Satu lagi kebaikannya, ia boleh dibuat mengikut reka bentuk unik dan kesukaan anda.
4. Keluli tahan karat
Keluli tahan karat mudah dibersihkan dan dijaga. Kekuatannya yang unggul menjadikan ia satu pilihan popular untuk gril, pagar dan pintu pagar Sirawut Wisutipaitoon/ gettyimages
Jika perlindungan merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan anda dan anda mahukan bahan yang tahan lasak dan sukar dipotong, keluli tahan karatlah pilihan terbaik untuk anda. Elemen seperti titanium, nikel dan molibdenum meningkatkan ciri tahan kakisannya. Selain daripada itu, ia mengekalkan kekuatannya walaupun pada suhu yang amat rendah atau amat tinggi. Namun begitu, harganya lebih mahal iaitu dua atau tiga kali ganda daripada harga keluli lembut. Bahan ini mudah dibentuk mengikut apa yang anda inginkan. Meskipun terdapat banyak pilihan reka bentuk gril dalam pasaran, anda cuma boleh mendapat gril dengan warna perak asalnya. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana ia tetap menyerlahkan gaya selain serba guna dan moden.
5. Besi tempa (wrought iron)
Gril besi tempa dihasilkan melalui pemanasan logam dan diketuk bagi membuat bentuknya. Ia juga bahan yang mesra alam kerana boleh dikitar dan diguna semula.
Besi tempa juga tahan lama, sama seperti keluli lembut tetapi harganya dua kali ganda lebih tinggi kerana ia mempunyai pelbagai reka bentuk dan warna. Besi tempa dibuat dengan memanaskan logam dan membentuknya menggunakan peralatan. Jika dipasang di sebelah dalam, ia akan memberikan sentuhan seni kepada rumah anda. Reka bentuk yang biasa didapati adalah bentuk daun dan bunga. Jika anda gemarkan gaya mewah, gril besi tempa boleh menjadi pilihan terbaik bagi anda kerana ia menampilkan gaya elegan dan dibuat mengikut reka bentuk yang anda suka. Selain daripada itu, ia amat kukuh dan tahan lama jadi ia tidak mudah bengkok atau kemik.
6. Aluminium
Aluminium tidak begitu berkesan untuk tujuan perlindungan kerana ia sejenis logam yang lembut dan mudah dipotong. Bagaimanapun, ia merupakan logam serba guna kerana ia ringan dan tidak mudah berkarat. Kebanyakan reka bentuk gril aluminium adalah ringkas namun terdapat dalam pelbagai warna. Bahan ini boleh menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai langkah kawalan keselamatan yang lain di rumah contohnya CCTV dan sistem penggera. Aluminium juga merupakan bahan utama untuk membuat ram (louvre) yang dipasang bagi menghalang sinaran matahari.
7. Besi tuang (cast iron)
Besi tuang boleh menghasilkan reka bentuk gril yang kompleks kerana ia dibuat dengan menuang besi cair ke dalam tuangan atau acuan. france68/ 123RF
Besi tuang ialah bahan yang kuat dan tidak terlalu mahal berbanding keluli tahan karat. Ia mempunyai takat lebur yang rendah, jadi bijih yang dicairkan akan dituang ke dalam tuangan atau acuan untuk dibentuk. Ia kurang menggunakan tenaga manusia jika dibandingkan dengan besi tempa. Satu keburukan besi tuang ialah ia mudah berkarat.
8. Kayu
Gril kayu biasanya dipilih untuk tujuan estetik kerana ia tidak memberikan sebarang perlindungan. Kayu sukar dijaga terutamanya dalam iklim Malaysia yang panas dan lembap.
Kayu digunakan untuk tujuan estetik dan tidak dapat memberi apa-apa perlindungan. Ia mudah diukir menjadi corak-corak yang halus dan amat sesuai sekali dengan rumah yang mempunyai reka bentuk Bali. Kayu memerlukan banyak penjagaan terutamanya jika anda mahu mengekalkan kilatnya. Cuaca Malaysia yang panas dan lembap tidak sesuai untuk gril kayu.
9. Gril Invisible
Gril yang tidak dapat dilihat sesuai untuk balkoni hartanah bertingkat tinggi bagi menghalang kanak-kanak daripada memanjat.
Satu inovasi baharu, gril invisible diperbuat daripada dawai keluli tahan karat yang nipis dan dipasang pada pendakap sama ada secara melintang atau menegak. Seperti namanya, gril ini tidak mudah dilihat terutamanya jika dipandang dari jauh. Gril begini biasanya digunakan pada balkoni bangunan bertingkat tinggi sebagai langkah keselamatan bagi menghalang kanak-kanak (dan kadang-kala orang dewasa) daripada memanjat ke atas susur. Ia boleh menampung tekanan tetapi mudah dipotong dengan pemotong dawai, jadi ia bukan pilihan terbaik jika anda berhajat untuk memasangnya pada rumah atas tanah. Gril ini memang kelihatan cantik apabila dipasang kerana gaya minimalisnya, tetapi anda perlu mengambil langkah keselamatan yang lain bagi melindungi rumah anda seperti CCTV dan sistem penggera.
Pengguna sukar membuat pilihan gril untuk pintu dan tingkap rumah mereka kerana terlalu banyak yang ditawarkan. Bahan dan reka bentuk berbeza, ketersediaan dan pemilihan yang benar-benar sesuai bergantung kepada apa yang anda perlukan dan apa yang sesuai dengan bajet anda. Jika tujuan utama anda memasang gril adalah untuk keselamatan, maka gril keluli atau besi dengan gaya ringkas sudah memadai. Jika reka bentuk dan estetik yang menjadi keutamaan, anda mungkin perlu memilih gril besi tempa. Anda boleh dapatkan nasihat tentang gril yang paling sesuai untuk rumah anda daripada arkitek, pereka ataupun kontraktor anda.
Cara Lipat Baju Jimat Ruang Dalam Beg Untuk “Travel”

Alamak! macam mana ni nak bawak baju balik kampung beraya? beg tak muat. Takkan nak buat 2-3 biji beg pula. Leceh betul kan? nak bawa sikit ikut muat beg kang, tak cukup pula baju nak raya seminggu.
Dulu, popular dengan teknik gulung baju untuk jimat runag dalam beg. Tapi, sebenarnya ada teknik yang lebih hebat dan mudah untuk susun baju dalam beg. Teknik tersebut telah dikongsikan oleh Tik Tok mas.ismail. Jom kita lihat caranya
#1 Susun bahagian leher baju selari banyak-banyak
2# susun pula selar. Tindih bahagian pinggang secara berselang
#3 Lipat seluar ke dalam ikut size atau lebar beg
#4 Lipat pula bahagian lengan baju dan badan sekali di atas seluar sehingga habis
#5 dah jadi bersatu macam ni, boleh letak masuk dalam beg. Lihat, masih ada ruang untuk letak baju atau barang kan?
Jika kurang jelas dengan langkah-langkah yang ditulis, boleh tonton vide di tiktok ni:
@mas.ismail Bila nak perfgi travel jauh² boleh try mcm nie..#tiktoksatudunia #jomfyp #caralipatbaju #janjikemas ♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – 𝕽𝖎𝖆𝖓..𝓐
Apa Kelebihan & Kekurangan Permukaan Quartz Stone, Ramai Tak Tahu


