Untuk menghias kediaman mengikut citarasa dan keinginan sendiri bukannya mudah. Perlu ada modal yang banyak dan bukan semua orang sanggup nak berbelanja besar-besaran untuk kediaman. Jadi, bagi membantu menampung kos ubah suai dan menghias rumah, anda boleh cupa kitar semula perabot atau barangan lama menjadi sesuatu yang baru. Kaedah upcycle ini sebenarnya telah banyak diterapkan dikarangan penggemar deko yang lebih sukakan sesuatu yang unik dan dapat mencerminkan keperibadian mereka sendiri. One of a kind!
Kali ini IMPIANA nak kongsikan step-by-step membina bangku panjang sesuai untuk indoor dan outdoor menggunakan kerusi makan yang sudah tidak mahu digunakan lagi. Melalui perkongsian Puan Mastura Mohd Yusoff di laman sosial beliau ini, anda hanya perlukan dua buah kerusi makan lama, span tebal, kain sebagai alas serta spray sebagai coating baru untuk kerusi.
Jom kita tengok langkah-langkahnya.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Selamat Mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Melangkah masuk ke kediaman yang telah dihuni hampir empat tahun ini, eksperimentasi pelbagai jenis konsep cuba diterapkan pada setiap aspek dekorasinya. Tiada spesifikasi konsep tertentu kerana pemilik lebih selesa menghias kediaman dengan gaya eklektik dan lebih gemar menghias kediamannya mengikut cita rasa sendiri berdasarkan apa yang beliau gemari. Jom kita lihat hasil dekorasi Puan Suzana Ahmad. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa mengupah interior designer.
Konsep kediaman ini lebih bergaya eklektik. Saya tidak ada dan tidak terlalu mengikut konsep tertentu. Jika dilihat, dekorasi kediaman ini lebih kepada mix contemporary, ia memiliki sentuhan daripada kebanyakan negara Asia seperti Indonesia, India, Kemboja, serta sedikit esen oriental. Saya juga suka menerapkan gandingan konsep East and West, luxe and affordable, wood and steel pada setiap aspek dekorasi kediaman ini”.
Dari segi pemilihan perabot pula, meskipun ia tampak unik dan berbeza, namun hakikatnya kebanyakannya hanya dibeli di Malaysia seperti di Bauhaus, Urban Culture, Art Inspired, SSF dan sebagainya. Apa yang penting adalah ketika membeli sesuatu perabot mahupun barang-barang, perlu bijak memilih dan perlu tahu susun atur yang sesuai dan tepat,” jelas Suzana panjang lebar.
Ketika penulis bertanyakan mengenai gaya dan cara beliau dalam menghias dekorasi kediaman kerana beliau nyata mempunyai sentuhan tersendiri, serta bijak bermain dengan susun atur dan pemilihan perabot bagi menghiasi sudut kediaman, pemilik menambah;
Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menghias rumah. Bagi saya, saya suka membeli sesuatu mengikut cita rasa dan apa yang saya gemari kemudian baru disesuaikan dengan susun atur dan suai padan mengikut keseluruhan konsep. Berbanding menentukan konsep dari awal. Sebagai contoh, saya membeli meja kopi pada ruang tamu ini terlebih dahulu, kemudian barulah dipadankan dengan sofa, kerusi kayu dan elemen-elemen lain bagi melengkapkan ruang ini,” jelas Suzana yang memiliki bakat semula jadi dalam menghias dan turut menjadi pengatur hiasan dalaman secara separuh masa.
TRANSFORMASI RUANG PATIO
Selain itu, keistimewaan kediaman ini apabila ruang santai yang menempatkan bench dan lantai parquet menjadi ruang kegemaran seisi keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung. Ruang ini pada asalnya merupakan ruang patio namun pengubahsuaian dilakukan bagi memberi lebih keluasan pada ruang tamu utama serta memaksimumkan pencahayaan dengan penambahan tingkap kaca yang besar dan luas. Bukan itu sahaja, kolam air sengaja dibina sebagai water feature bagi menghasilkan elemen bunyi jatuhan air untuk wadah halwa telinga manakala kehadiran dedaunan hijau pula cukup menyejukkan pandangan tatkala berada di ruang ini, sekali gus mencetuskan suasana bagaikan berada di resort peranginan. Transformasi ruang ini nyata berbaloi apabila ia berjaya menambah keluasan dan mencipta suasana yang diimpikan.
DOMINASI LUKISAN, BINGKAI GAMBAR DAN ARCA
Ketika memerhatikan jenis hiasan yang ada pada kediaman ini, pemilik nyata berjiwa seni, menghargai karya seni yang penuh nilai artistik. Justifikasi ringkas, apabila hasil kerja seni seperti bingkai lukisan, bingkai gambar dan hiasan arca jelas mendominasi dekorasi pada kediaman ini. Kebanyakannya dipamerkan pada dinding serta sudut-sudut tertentu seperti laluan tangga, ruang menonton televisyen, ruang tamu, dapur mahupun hiasan arca sebagai feature wall di bilik tidur utama.
Kini, setelah hampir empat tahun kediaman ini dihuni, pemilik ternyata puas dengan dekorasi yang diserlahkan dengan cita rasa sendiri. Apa yang pasti pemilik sememangnya memiliki sentuhan unik dan tersendiri dalam mengekspresikan kreativiti serta menentukan dekorasi kediaman untuk keselesaan keluarga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bawang dan kentang, disimpan di dalam peti sejuk bukan lah cara terbaik untuk memastikan ia tahan lebih lama. Untuk pastikan bawang dan kentang tahan lebih lama, ia perlu disimpan di dalam suhu bilik. Namun, disebabkan kentang mempunyai harga yang rendah, ramai membeli secara berlebihan dan akhirnya tidak boleh digunakan lagi
Kebiasaannya, kentang tidak rosak seperti buah yang mula membusuk. Tapi, kadar kelembapan di dalam kentang akan mula merosot jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Hal ini menyebabkan permukaan kentang menggerutu atau berkedut dan teksturnya sedikit lembik. Nak pastikan kentang yang disimpan tahan lebih lama sebenarnya ada cara.
1) Simpan dalam bakul bertapis
Lapik bakul atau tapis yang digunakan untuk menyimpan kentang dengan kertas surat khabar. Perlu ingat, kentang harus disimpan di dalam tempat yang kering. Jadi penggunaan tapis dapat memastikan pengudaraan masuk ke dalam bakul dan secara tidak langsung mengeringkan persekitaran ruang simpanan
2) Bersihkan kulit kentang
Bersihkan kentang dari sebarang kotoran yang menempel sebelum di simpan. Tak perlu menggunakan air, cukup sekadar berus lembut untuk menyingkirkan tanah yang masih tersisa pada kentang
3) Simpan dalam ruang gelap
Kentang lebih cepat rosak apabila terdedah kepada cahaya mata hari. jadi, sebaiknya simpan di dalam kabinet
4) Selalu periksa keadaan kentang
Walaupun anda dah ikut cara simpanan dari 1 hingga 4, sekali sekala ia perlu juga diperiksa. Jika terdapat yang sudah mula rosak, ia perlu dikeluarkan segera bagi mengelak ia merebak pada kentang lain
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Backsplash atau dinding belakang tempat memasak kebiasaanya diberi kemasan jubin agar mudah dibersihkan dan kalis air. Namun ramai antara kita mengabaikan. Akibatnya, permukaan konkrit di dapur mudah kelihatan kotor dan sukar dibersih terutamanya pada bahagian tempat memasak.
Bagi yang sedar kepentingan dan keperluan tersebut, nak pilih padanan rekaan jubin yang sesuai pun boleh memeningkan kepala. Kali ni, IMPIANA nak kongsikan beberapa trend rekaan backsplash untuk memberi inspirasi kepada anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.