Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
Limau Nipis
Baking Soda
Cuka Epal
Langkah-langkahnya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
Ads
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
Ads
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
Ads
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menjadi impian semua terutamanya wanita untuk memiliki sebuah kediaman yang indah. Namun, bagi yang sudah berkahwin, sebarang tindakkan yang diambil perlu mendapat restu dari si suami.
Begitu juga hasrat isteri kepada Bijen Mohd. Hasratnya untuk memiliki kabinet dapur ikea telah di luahkan. Si suami menzahirkan hasrat isterinya namun dengan olahannya yang tersendiri disebabkan oleh kekangan bajet. Tapi, lihatlah hasilnya.
Isteri: Kanda kanda. Dinda nak kabinet dapur IKEA, boleh? Suami: Lukislah. Mana kanda tahu apa yang sedang bermain di fikiran dinda.” Ayat respon standard untuk menangguhkan kehendak nafsu.
Setelah seminggu berlalu, siaplah lukisan kabinet dapur idaman beliau.
Isteri: Ini dapur yang dinda impikan. Siap juga akhirnya. Nah! Suami: Urmm, akhirnya? Okay, we’ll see. Masa ni masih 50:50 lagi nak buat kabinet dapur. Duduk rumah sewa je kot.
Setelah tertangkapnya tikus yang terakhir hari tu, saya pun mulakan kerja housekeeping di dapur. Dalam tengah dok buat sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal tu datanglah pula idea dan semangat kerajinan yang luar biasa untuk merealisasikan impian isteri.
Lalu kerja membeli barang dan menukang pun dilakukan dengan penuh ketekunan sepanjang 2-3 minggu ni sampai ke jam 1-2 pagi setiap hari.
Akhirnya siap juga dapur yang dirancang. Dapur pintar berteknologi hijau yang ergonomik tanpa mengenepikan DNA IKEA. Kah! Ciri-cirinya akan diterangkan dalam gambar nanti.
Tak IKEA sangat pun tak apalah. Apa yang penting fungsi dan praktikalitinya. Walaupun murah, usaha yang dicurahkan tu tak ternilai harganya. Jadilah untuk buat hadiah anniversary tahun ni.
Kos yang terlibat dalam projek kali ini:
a. 2 meja banquet sebagai countertop. Kena cari yang kaki tebal 32mm x 32mm agar tahan lasak. Guna L bracket untuk menyokong bahagian tengah meja dan mengikat meja pada dinding agar tidak bergerak.
46 cm (L) x 120 cm (P) x 75 cm (T) RM115 – Lazada
46 cm (L) x 150 cm (P) x 75 cm (T) RM123 – Lazada
b. Tikar getah Maslino untuk lapik atas countertop supaya meja tahan lebih lama. Kalis air dan tak calar-calar sangat bila buat kerja atas tu.
7 kaki (L) x 2 meter (P) RM24 – Kedai perabot
c. Tirai mandi untuk dibuat langsir dapur dan countertop. Pakai tirai mandi dari jenis polyester ni sebab kalis air dan tahan kulat. Mudah nak cuci, maklumlah kerja di dapur ni tak sah kalau tak comot. Potong dan jahit balik sendiri.
180 cm (L) x 180 cm (P) x 3 helai RM60 – Shopee
d. Singki baru dan perkakas (penapis, paip, dll). Ganti sebab singki lama dah uzur dan usang. Barulah nampak fresh sikit.
RM95 – Kedai hardware
e. Laci 4 tingkat. Muat 3 tingkat saja bawah meja banquet (countertop). Lagi satu yang lebih tu letak bawah meja dapur gas.
Jenama Simply Living. RM50 (rasanya, resit tak jumpa) – Giant
Lain-lain:
Meja dapur gas – Sedia ada
Rak 4 tingkat – Sedia ada
Wayar langsir spring – Sedia ada
Rak dinding IKEA As-is – Sedia ada
Kos RM467-500 lebih kurang.
Rak dan tempat simpan pinggan mangkuk dan bekas makanan ekstra setelah dikeringkan. Bagi mengurangkan kesesakan di atas countertop.
Senarai barang dapur pintar. Ada 2 cara mengisi senarai semak ni;
a. Tick-kan barang yang dah habis untuk create urgency. Supaya para suami faham dengan tugas dan tanggungjawabnya menyediakan keperluan barang dapur di rumah. Terus je tangkap gambar dan Whatsapp suami barang yang dah habis minta dia belikan.
b. Tick-kan barang yang masih ada. Supaya para isteri dapat belajar erti bersyukur bila dia tengok rupa-rupanya ada banyak lagi sumber makanan di dapurnya selain dari makanan yang dah habis.
Tepi peti ais tu pulak ada timer bila diperlukan. Juga ada jadual lori sampah sebab kat sini tak boleh buang sampah sebarangan. Banyak babi hutan buat sepah nanti.
Setting rak yang ergonomik bagi memudahkan capaian barang semasa sedang masak. Tong gas tu pula adalah tong gas standby kalau-kalau gas utama (di sebalik tirai) habis. Maka isteri tak ada alasan nak gantung periuk bila gas habis atau bising nak induction cooker.
Kipas tu pun wajib ada di dapur. Korang yang biasa duduk dapur tahulah betapa azabnya bekerja di sektor oil & gas ni.
Inilah gunanya label maker. Senang nak kenal pasti plag bila banyak-banyak. Tak adalah buang masa dok cari plag itu yang mana, plag ini yang mana.
Menyahut seruan kerajaan untuk membuat pengasingan sisa pepejal dari punca guna container IKEA. Mesra alam sungguh dapur ni.
Ruang simpanan barang yang jarang dipakai di bawah meja. Selak je langsir boleh terus keluarkan storage box utuk ambil barang. Gunakan kotak yang telus cahaya so boleh nampak barang apa yang nak dicari dari luar.
Cara lain adalah buat senarai inventori barang dalam kotak. Senang nak cari barang. Tak ada dah nak buang masa cari di setiap kotak. Oh! Jangan lupa catit kalau ada in-out barang.
Sediakan juga stool untuk memudahkan anak-anak berdikari basuh tangan dan basuh pinggan sendiri. Cuma jaga pisau dan benda tajam yang berbahaya jangan sampai mudah dicapai oleh mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang akui, baking soda ni bukan sahaja ramuan penting dalam pembuatan kek atau biskut sahaja. Ia mempunyai pelbagai kegunaan lain sama ada di dalam mahu pun di luar rumah. Berikut 5 kegunaan baking soda yang membantu dan memudahkan kerja mak-mak di rumah
1. PELUNTUR SISA MINYAK MUJARAB
Tak kira lah di mana jua permukaan, counter top, mikrowave, oven, peti sejuk. Baking soda berupaya menanggalkan sisa minyak dengan mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit baking soda pada permukaan yang terkesan dan bilas seperti biasa. Nak jimat, buat bancuhan air bersama baking soda dan steamkan seketika di dalam oven atau mikrowave. Bila dah suam-suam, lapkan pula dengan kain bersih
2. PELEMBUT DAN PENCEGAH BAU PAKIAN
Campurkan baking soda di dalam cucian pakaian. Ia bukan sekadar menyingkirkan bau busuk yang melekat pada pakaian, malah dengan secara mudah segala kotoran seperti dakwat, minya dan daki boleh ditanggalkan dengan mudah
3. TANGGALKAN DAKI PADA JUBIN
Masalah ini sering berlaku pada permukaan jubin di dalam bilik air. Bukan sekadar daki atau lumut, kesan tindak balas air pada permukaan jubin yang membentuk lapisan kapur putih pun dapat ditanggalkan dengan mudah. Caranya mudah, bancuh baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes seperti ubat gigi dan sental pada bahagian jubin yang berdaki dengan menggunakn berus lembut
4. KILATKAN BARANG PERAK DEAN TEMBAGA
Selain menggunakan pencuci khas untuk kemgilatkan semula barang perak dan tembaga yang telah kusam, apa kata anda gunakan pes baking soda yang dibancuh untuk mencuci jubin bilik air.
5. NYAH BAU BUSUK
Ini antara kegunaan mujarab baking soda yang ramai tak tahu. Bukan sekdar boleh menghilangkan atau nyah bau di dalam almari, tong sampah, kasut, bau urin atas tilam dan bilik, malah ia berfungsi menyegarkan bau di dalam peti sejuk. Apa yang perlu anda lakukan adalah isi baking soda di dalam bekas yang mempunyai lubang udara dan letakkan di dalam almari atau peti sejuk. mana kala di atas tilam, taburkan ia dan biarkan 15-20 minit kemudian bersihkan menggunkan vacuum
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
KEMUDAHAN ASAS Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!