5 Cara Bijak Pilih Hanger Yang Tepat. Memilih hanger atau penyangkut yang sesuai untuk pakaian anda boleh membuat perbezaan dalam mengekalkan bentuk dan penampilan pakaian anda.
Dengan menggunakan hanger yang sesuai, isi almari akan nampak lebih kemas dan teratur. Ini bukan sahaja menyebabkan pencarian pakaian lebih mudah tetapi juga memberikan kesan yang lebih baik secara keseluruhan.
Berikut ialah beberapa petua untuk memilih penyangkut yang betul:
1. Jenis Penyangkut
Bahu lebar: Pilih penyangkut yang lebar untuk menggantung jaket, kot atau pakaian material tebal untuk memastikannya dalam keadaan baik.
Bahu Nipis: Sesuai untuk baju biasa atau pakaian material ringan seperti blouse atau baju harian.
2. Bahan Penyangkut
Kayu: Sesuai untuk pakaian yang lebih berat dan boleh membantu mengekalkan bentuk bahu.
Plastik: Lebih ringan dan sesuai untuk dipakai setiap hari.
Wire: Sesuai untuk pakaian yang tidak terlalu berat dan memerlukan penyangkut yang lebih fleksibel.
Ads
3. Saiz Penyangkut
Pastikan penyangkut cukup besar untuk mencecah keseluruhan lebar bahu pakaian supaya tidak meninggalkan kesan atau lipatan. Untuk pakaian kanak-kanak atau pakaian bersaiz kecil, pilih penyangkut yang sesuai dengan saiz.
4. Ciri Tambahan
Terdapat penyangkut dengan klip tambahan atau penyangkut yang berguna untuk menggantung seluar atau skirt. Penyangkut dengan permukaan tidak licin boleh menghalang pakaian daripada tergelincir.
Ads
5. Pelarasan untuk Jenis Pakaian Tertentu
Untuk pakaian formal seperti sut atau pakaian, pertimbangkan penyangkut yang boleh menyokong berat badan dan mengekalkan bentuk dengan baik. Pakaian knitwear atau halus mungkin lebih baik digantung pada penyangkut dengan bahan tidak kasar atau permukaan lembut.
Moga bermanfaat!
Ads
IMPIANA: Memilih penyangkut yang betul bukan sahaja mengekalkan penampilan pakaian tetapi juga membantu memanjangkan hayat pakaian anda.
Jangan Salah Pilih Pokok Hiasan Untuk Rumah Anda, Ini Panduannya! Pokok hiasan dalam rumah bukan sahaja memberi keindahan visual tetapi juga memberikan pelbagai faedah kesihatan dan kestabilan emosi.
Pokok-pokok yang hijau dengan daun yang subur memang mampu menaikkan seri rumah anda, baik di luar mahupun di dalam rumah. Banyak yang percaya pokok hiasan dalam rumah sulit dijaga tanpa cahaya matahari yang mencukupi, tetapi sebenarnya ada banyak pilihan yang tahan dalam cahaya yang terbatas.
Di sini, IMPIANA kongsikan beberapa panduan untuk memilih dan menjaga pokok hiasan yang sesuai untuk ruang dalaman anda:
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan mempertimbangkan cahaya, ruang, dan keperluan penjagaan, anda boleh mewujudkan persekitaran yang menyegarkan dan menenangkan di dalam rumah anda. Pastikan untuk memilih pokok yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.
Berdepan Risiko Rumah Bocor, Bumbung Konkrit Rata Tinggi ‘Maintenance’ Tak Sesuai Cuaca Di Malaysia. Bagi yang ingin memberi rumah baru, selain harga kediaman yang berpatutan sebaiknya pertimbangkan juga rekabentuk bumbung yang dipasang oleh pihak pemaju.
Meskipun bumbung konkrit rata (concrete flat roof) nampak lebih ‘trendy’ dan moden, namun ia sangat tidak sesuai digunakan untuk iklim tempatan di Malaysia yang kerap mengalami taburan hujan dan panas. Ia mengakibatkan bumbung rumah mudah bocor, berkulat dan sukar untuk dijaga dalam jangka panjang. Malah memerlukan penjagaan ekstra daripada pemilik kediaman sendiri dengan melakukan ‘waterproofing’ pada bumbung tersebut bagi mengatasi masalah ini.
Untuk panduan pemilik rumah yang mempunyai bumbung konkrit rata dan menghadapi masalah kebocoran dan kerosakan air baca perkongsian daripada Pensyarah Seni Bina Azari Mat Yasir ini sebagai rujukan.
Saya nak kongsikan pengalaman saya menangani satu masalah yang berlaku Februari 2023 lalu, berkenaan bumbung konkrit rata (concrete flat roof).
Sebagai seorang pensyarah arkitek, bumbung rata vs air hujan di negara iklim tropika macam Malaysia ni memang isu yang saya ketahui sejak zaman berzaman. Memang saya ajar dalam silabus studio supaya pelajar-pelajar arkitek merekabentuk bangunan masing-masing yang mesra iklim tempatan. Apakan daya, pihak developer menegaskan bahawa bumbung rata adalah ‘trend terkini’ dan buat-buat tak nampak isu hujan ni.
Rumah saya ni memang saya dah buat waterproofing awal-awal lagi masa masuk rumah 10 tahun lepas. Sekarang dah waterproofing kedua yang dibuat pada tahun 2020. Saya faham masalah ini, dan memang saya maintain setiap masa.
Tapi apabila kebocoran berlaku pada bulan Feb lepas, saya terkejut. Dan ini bukan bocor sikit-sikit, tapi bocor secara melampau sampai air mencurah-curah di siling ruang makan di tingkat bawah. Pada awalnya saya sangkakan ia adalah kebocoran paip air, tapi rupa-rupanya hanya berlaku pada waktu hujan lebat sahaja.
Di sini saya panggil tukang saya, Yan Botak, untuk datang siasat masalah ini. Dia segera datang, kerana bumbung saya memang dibikin oleh dia. Dia pun tak percaya boleh bocor sampai macam tu sekali.
Siasat punya siasat, kami sahkan bahawa memang tiada tanda-tanda bocor langsung di bumbung saya. Siap siram air banyak-banyak kat atas tu, tapi jelas tak ada bocor. Waterproofing yang dia pasang 3 tahun lepas masih tip top.
Habis, bocor tu dari mana?
Berdasarkan volume air yang besar turun ketika hujan, kami menganggarkan mesti datang dari koleksi air hujan yang besar. Dan kalau bukan dari rumah saya, mesti dari rumah jiran. Maka sambil di atas bumbung tu, dia pun semak bumbung jiran.
(Rumah jiran tu memang kosong dan hanya disewakan sekali sekala sahaja. Kali terakhir dihuni lebih kurang sebelum pandemik.)
Selepas disiasat tukang, maka sahlah ada keretakan pada gutter rumah jiran tu, yang menyebabkan air mencurah masuk ke dalam rongga shaft rumah saya. Dari situ, air bertakung dalam shaft, dan kemudian memasuki rongga-rongga dalam party wall, seterusnya ke dinding tangga hingga terbit dari plaster, hinggalah memasukan rongga wayar elektrik ke ruang makan di belakang rumah.
Kami membuat keputusan untuk memasang waterproofing pada gutter tersebut yang saya biaya sepenuhnya (Tuan rumah tinggal di luar Johor). Selesai waterproofing, masa untuk tunggu dan lihat.
Selepas puasa, disusuli raya, selepas denggi, disusuli COVID-19, dan hujan demi hujan demi hujan, akhirnya saya berpuas hati dan yakin tiada lagi kebocoran berlaku. Sekarang kami perlu baiki kerosakan akibat air tadi. Mujur tak berapa teruk kerana kebanyakan perabot dan barang-barang rumah telah dialihkan siap-siap.
Saya berkongsi ini sebagai pengajaran dan pedoman kepada pemilik-pemilik rumah. Bumbung konkrit rata ni tinggi maintenance dia. Kalau saya yang memang dalam bidang ini pun boleh kena, apatah lagi anda yang tak biasa nak maintain dan jaga rumah. Mulai sekarang, bagitau siap-siap pada developer bahawa bumbung konkrit rata ni tak sesuai kat Malaysia, dan tolonglah ikut cakap arkitek!
IMPIANA: Semoga menjadi panduan dan rujukan buat pembeli yang merancang untuk membeli kediaman, sebaiknya elakkan membeli rumah jenis bumbung konkrit rata (concrete flat roof) ini bagi mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari.
Tip Transformasi Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Sedap Mata Memandang. Rumah bila ada banyak barang, bebanan mengemas sudah pasti akan jadi lebih banyak juga. Sesetengah daripada kita mempunyai sikap ‘sayang barang’ sehinggakan barang yang tak guna pun nak simpan!
Jadi IMPIANA kongsikan beberapa tip untuk mengubah rumah yang penuh dengan barangan menjadi lebih teratur dan sedap mata memandang:
Mulakan dengan mengenal pasti item yang tidak lagi digunakan atau diperlukan. Buang atau dermakan barang yang tidak lagi digunakan atau rosak.
Atur barang yang selebihnya dengan cara yang berkesan. Gunakan rak, kotak penyimpanan atau pengatur untuk mengumpulkan item mengikut jenis atau fungsinya. Jika boleh, tambahkan perabot storan seperti almari, rak gantung atau storan bawah katil untuk mengoptimumkan ruang.
Manfaatkan dinding untuk penyimpanan tambahan dengan memasang rak dinding atau papan gantung untuk menggantung peralatan atau barang kecil.
Rancang ruang agar mempunyai fungsi yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan kekacauan.
Kurangkan jumlah hiasan atau aksesori yang tidak diperlukan supaya ruang kelihatan lebih bersih dan luas.
Gunakan pencahayaan yang baik dan pilihan warna terang untuk memberi kesan ruang yang lebih besar dan teratur.
IMPIANA: Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda boleh mengubah rumah anda menjadi tempat tinggal yang lebih selesa dan kemas.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!