Purist Blue
Biru lembut atau purist blue memberi satu rasa yang tenang dan mendamaikan dengan pilihan tona warna ini. Jadikan ia satu terapi semula jadi dalam ruang kediaman anda.
IMPIANA menyajikan himpunan dekorasi warna pilihan IMPIANA 2020. Kalau tahun ni tak ada kat rumah korang warna ni, tak ‘in‘ la sis….
Pemilihan warna yang sesuai buat ruang merupakan proses yang signifikan dalam membina identiti kediaman. Pastikan setiap pemilihan rona pada cat dinding, perabot, langsir serta aksesori kecil yang lain berupaya membentuk sebuah harmoni dalam sesebuah kediaman.
Kecintaan dan minat mendalam Puan Suhaila terhadap warna merah jambu telah beliau terjemahkan dengan jelas dalam dekorasi kediaman miliknya. Rona putih dan element kayu diselit bersama merah jambu bagi menambah keharmonian dalam setiap ruang. Pemilik juga bijak menyuai padan perabot dalam pelan lantai terbuka agar ruang tampil lebih luas tetapi dalam masa yang sama, kemas tersusun.
Rumah jenis superlink 2 tingkat ini telah didiami bersama suami dan 2 ekor kucingnya sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja, hal ini tidak menjadi masalah buat Puan Suhaila kerana baginya, pengorbanan yang datang bersama kediaman impian beliau ini amat berbaloi untuk ditempuhi.
PESONA WARNA HARMONI
Merah jambu merupakan cerminan tepat personaliti Puan Su sendiri. Tutur kata yang tertib serta tingkah laku tuan rumah yang lemah lembut membuatkan penulis selesa beramah mesra bersamanya. Berpandukan cita rasa, fungsi serta praktikaliti ruang, Puan Su sememangnya amat teliti dalam menata rias setiap sudut di mahligai mewah ini.
Tingkat bawah kediaman di lengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur serta sebuah bilik tidur tetamu. Selain itu, disebalik pintu gelangsar juga terdapat ruang balkoni yang cukup luas buat tuan rumah bercucuk tanam dan mendekatkan diri dengan alam sekitar yang nyaman.
Sebagai warna dominan, rona merah jambu telah di’lembut’kan oleh padanan rona putih serta palitan elemen kayu yang menjadikan setiap sudut lebih tenang dan tidak kelihatan terlalu memaksa. Sebaliknya, pengunjung akan merasa lebih santai apabila berada di ruangan kediaman ini.
RUANG PENYIMPANAN PRAKTIKAL
Kebanyakan kediaman dengan pelan terbuka sering menghadapi masalah membahagikan antara satu ruang dengan satu ruang yang lain. Pelbagai teknik boleh digunakan tetapi pemilik memilih untuk membinakan kaunter pulau yang besar bagi membahagikan ruang tamu dan ruang makan dengan dapur.
Penulis sekali lagi kagum dengan ketelitian pemilik memilih warna bagi setiap perkakas dan perabot di dapur. Dari kabinet, permukaan kaunter hinggalah periuk belanga, semuanya pasti mempunyai sentuhan warna campuran merah dan putih itu.
Di satu sudut, Puan Su juga mempunyai sebuah pantri di dapurnya bagi memudahkan beliau menyimpan stok barangan kering serta makanan dengan lebih kemas dan tersusun. Ruang penstoran sebegini adalah lebih praktikal kerana pengguna mudah melihat dimana letaknya setiap bahan selain dapat menjimatkan masa di dapur.
SANTUARI NYAMAN DI BILIK TIDUR
Menjengah ke bilik tidur utama di tingkat dua kediaman ini, dan seperti yang dijangkakan penulis, kamar beradu pemilik juga amat comel dihias dengan warna kegemaran beliau. Walaupun tampak ringkas dan moden, bilik tidur ini jelas mempunyai karakter tersendiri.
Bilik mandi di bilik tidur utama ini juga tidak kurang menariknya. Umpama melangkah masuk ke sebuah spa, ruang ini amat ideal untuk merehatkan fizikal dan mental setelah seharian penat di tempat kerja.
Bahkan, keseluruhan kediaman ini bagaikan menjemput tetamu untuk “take a step back, and relax” dengan suasana yang nyaman dan ceria.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Puan Suhaila
Jenis Kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden Scandinavian
Keluasan: 2345 kaki persegi
Spesifikasi: 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memiliki sebuah laman yang indah bukan sahaja menuntut kos malah masa yang banyak. Oleh itu sebelum anda merancang memiliki sebuah landskap menghiasi kediaman, fikirkan tanggungjawab yang perlu diberi bagi memastikan laman yang diidamkan cukup sempurna.
Seperti kediaman yang di kunjungi penulis yang terletak di Rawang. Di miliki oleh seorang CEO syarikat hartanah, kediaman ini menjadi weekend house untuk lari dari kesibukan kota. Laman yang ditata ringkas namun mempunyai identiti tersendiri ini merupakan sentuhan pereka landskap yang tidak asing lagi iaitu Encik Suhaimi Saadon.
Perkenalan lebih dari 10 tahun menyebabkan pemilik yakin dengan air tangan pereka yang selalu menepati cita rasa. “Laman yang belum mencecah usia setahun ini masih banyak yang perlu ditambah baik dan ia dilakukan secara berperingkat,” jelas pereka memulakan kata.
Memandangkan kediaman ini adalah weekend house dan ada kalanya pemilik tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama, matlamat utama pada keseluruhan dekorasi laman ini perlulah less maintenance. Oleh itu, dari pemilihan softscape hinggalah hardscape perlu diperincikan bagi memudahakan urusan pemilik menikmati laman yang sempurna.
Memandangkan ruang landskap ini berbentuk concave, pereka bijak mengolah dengan menjadikan laluan hadapan ke laman yang sempit sebagai transaksi sebelum menuju ke hidden gateway yang menjadi laman utama pada kediaman ini. “Walaupun laman ini masih muda, namun impak dekorasinya telah berjaya dihasilkan kerana kebanyakan tanaman yang dipilih bersaiz matang,” tambah pereka.
Memberi privasi optimum pada lot kediaman ini, pereka memilih gabungan Eugenia Oleina dengan gabungan Diospyros Buxifolia yang mempunyai silara daun padat sebagai tanaman sempadanan. Lantai laman di laluan transaksi ini di hampari batu pemijak konkrit ringkas yang dipadukan bersama cebisan granite. Gabungan kemasan lantai ini bukan sahaja membentuk permukaan yang polos malah mampu mengelak ditumbuhi rumput yang akan menambahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
Menyatukan kemasan lantai laman, tanaman renek dan penutup bumi diselitkan di ruang-ruang tertentu untuk memberi keseimbangan rekaan lantai laman. Antara tanaman yang digunakan adalah seperti Ophiopogon Jaburan, Chlorophytum Comosum, Calateha dan pelbagai lagi.
Menyusuri laluan ini, dihujungnya tersedia laman utama yang menjadi ruang fokus kepada aktiviti outdoor pemilik. Patio berkonsep terbuka disediakan memberi peluang kepada pemilik melakukan pelbagai aktiviti dengan selesa. Memilih jubin bermotifkan floral sebagai kemasan, mengimbau susun galur pemilik yang lahir dari keluarga peranakan. Ruang patio ini juga mudah diakses dari ruang makan kediaman.
Sekaligus, penyediaan patio menambah nilai seni bina kepada keseluruhan dekorasi kediaman ini. Masih mengekalkan pemilihan tanaman less maintenance, namun di ruang landskap utama ini paduan tanaman lebih kompleks. Masih selesa menggunakan Diospyros Buxifolia sebagai tanaman utama, bahagian lantainya dihias dengan tanaman renek pelbagai tekstur bagi membentuk hiraki yang seimbang.
Memandangkan matlamat utama laman perlu less maintenance, pereka memilih banyak tanaman yang tidak berbunga. “Namun di sudut belakang laman, Plumeria Pudica yang berbunga putih dan dahan yang tinggi sebagai tanaman pagaran memandangkan ruang yang tersedia sangat terhad dan membataskan pertumbuhan tanaman berkanopi padat,” terang pereka.
Pemilihan perabot di laman amat ringkas, cukup sekadar bangku metal bersadur rona merah menjadi focal point di ruang patio ini. Treadmark bagi sentuhan Encik Suhaimi Saadon, penggunaan pasu-pasu besar yang mempunyai karakter tersendiri menjadikan laman ini kelihatan lebih hidup.
Bagi memastikan laman indah yang tersedia dapat dimanfaatkan tidak kira di waktu siang mahupun malam, Pencahayaan optimum turut disediakan. “Walaupun tersedia pencahayaan dari lampu pendant, ia tidak mencukupi untuk menghidupkan suasana malam laman. Oleh itu, penggunaan spot light yang diletakkan di bawah pokok bukan sekadar memberi pencahayaan tambahan malah meningkatkan nilai karakter laman di waktu malam,” jelas pereka.
Menghasilkan sesebuah laman memang mudah. Namun, untuk memastikan laman yang diidamkan sentiasa dalam keadaan baik dan dapat dinikmati bila-bila masa, bukan sahaja penyelenggaraan yang menjadi faktor utama. Pemilihan tanaman dan padanan perabot laman juga memainkan peranan penting.
Pemilik: Mr. Jimmy Jenis kediaman: Super link (corner lot) Lokasi: Rawang Konsep: Tropika kontemporari Pereka dan kontraktor landskap: Encik Suhaimi Saadon
Untuk lebih perincian bagai mana pereka landskap dan pemilik kediaman berkerjasama membina laman ini, boleh tonton video 360 yang disediakan ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mangkuk tingkat enamel atau dikenali juga nama aloi bercorak memang sentiasa menjadi buruan. Ia bukan digunakan sebagai bekas menyimpan makanan, tetapi menjadi salah satu aksesori dekorasi kediaman. Ada juga yang menjadikannya sebagai koleksi. Namun, untuk mendapatkan mangkuk tingkat enamel yang mempunyai rekaan yang cantik, bukanlah mudah dan murah.
Tapi, cikgu Decoupage Ida Azrina Zainal Abidin ada idea yang lebih menarik. Dengan menggunakan teknik decoupage, mangkuk tingkat stainless steel di hias cantik. Kalau nak tahu cara decoupage bukan sahaja pada mangkuk tingkat, boleh masuk kelas cikgu Ida
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.