Pemilihan warna yang sesuai buat ruang merupakan proses yang signifikan dalam membina identiti kediaman. Pastikan setiap pemilihan rona pada cat dinding, perabot, langsir serta aksesori kecil yang lain berupaya membentuk sebuah harmoni dalam sesebuah kediaman.
Kecintaan dan minat mendalam Puan Suhaila terhadap warna merah jambu telah beliau terjemahkan dengan jelas dalam dekorasi kediaman miliknya. Rona putih dan element kayu diselit bersama merah jambu bagi menambah keharmonian dalam setiap ruang. Pemilik juga bijak menyuai padan perabot dalam pelan lantai terbuka agar ruang tampil lebih luas tetapi dalam masa yang sama, kemas tersusun.
Rumah jenis superlink 2 tingkat ini telah didiami bersama suami dan 2 ekor kucingnya sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja, hal ini tidak menjadi masalah buat Puan Suhaila kerana baginya, pengorbanan yang datang bersama kediaman impian beliau ini amat berbaloi untuk ditempuhi.
Ads
PESONA WARNA HARMONI
Merah jambu merupakan cerminan tepat personaliti Puan Su sendiri. Tutur kata yang tertib serta tingkah laku tuan rumah yang lemah lembut membuatkan penulis selesa beramah mesra bersamanya. Berpandukan cita rasa, fungsi serta praktikaliti ruang, Puan Su sememangnya amat teliti dalam menata rias setiap sudut di mahligai mewah ini.
Tingkat bawah kediaman di lengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur serta sebuah bilik tidur tetamu. Selain itu, disebalik pintu gelangsar juga terdapat ruang balkoni yang cukup luas buat tuan rumah bercucuk tanam dan mendekatkan diri dengan alam sekitar yang nyaman.
Sebagai warna dominan, rona merah jambu telah di’lembut’kan oleh padanan rona putih serta palitan elemen kayu yang menjadikan setiap sudut lebih tenang dan tidak kelihatan terlalu memaksa. Sebaliknya, pengunjung akan merasa lebih santai apabila berada di ruangan kediaman ini.
Ads
RUANG PENYIMPANAN PRAKTIKAL
Kebanyakan kediaman dengan pelan terbuka sering menghadapi masalah membahagikan antara satu ruang dengan satu ruang yang lain. Pelbagai teknik boleh digunakan tetapi pemilik memilih untuk membinakan kaunter pulau yang besar bagi membahagikan ruang tamu dan ruang makan dengan dapur.
Penulis sekali lagi kagum dengan ketelitian pemilik memilih warna bagi setiap perkakas dan perabot di dapur. Dari kabinet, permukaan kaunter hinggalah periuk belanga, semuanya pasti mempunyai sentuhan warna campuran merah dan putih itu.
Di satu sudut, Puan Su juga mempunyai sebuah pantri di dapurnya bagi memudahkan beliau menyimpan stok barangan kering serta makanan dengan lebih kemas dan tersusun. Ruang penstoran sebegini adalah lebih praktikal kerana pengguna mudah melihat dimana letaknya setiap bahan selain dapat menjimatkan masa di dapur.
Ads
SANTUARI NYAMAN DI BILIK TIDUR
Menjengah ke bilik tidur utama di tingkat dua kediaman ini, dan seperti yang dijangkakan penulis, kamar beradu pemilik juga amat comel dihias dengan warna kegemaran beliau. Walaupun tampak ringkas dan moden, bilik tidur ini jelas mempunyai karakter tersendiri.
Bilik mandi di bilik tidur utama ini juga tidak kurang menariknya. Umpama melangkah masuk ke sebuah spa, ruang ini amat ideal untuk merehatkan fizikal dan mental setelah seharian penat di tempat kerja.
Bahkan, keseluruhan kediaman ini bagaikan menjemput tetamu untuk “take a step back, and relax” dengan suasana yang nyaman dan ceria.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Puan Suhaila
Jenis Kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden Scandinavian
Keluasan: 2345 kaki persegi
Spesifikasi: 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Walaupun rumah kecil, jika dirancang dengan baik, kita dapat menjadikan rumah kelihatan lebih cantik dan lapang dengan reka bentuk yang cerdas yang menjadikan ruang dalaman kelihatan sangat luas, dan reka bentuk dalamannya menjadi lebih baik dengan penggunaan material yang baik serta pemilihan warna yang tepat terutamanya warna putih yang sederhana dan klasik hiasan bahan diadun dengan sempurna.
Lihat sahaja reka bentuk dari fasad sehinggalah ke dalam kediaman ini. Semua memberi unsur moden dalam setiap perincian tanpa gabungan sarat dalam sentuhan yang diselitkan.
Jika dahulu, tidak sah jika kediaman kita tidak mempunyai permaidani. Apatah lagi sewaktu kenduri kendara dan majlis hari raya, permaidani sudah pasti antara alas lantai penting bagi menyambut tetamu. Biar apa pun coraknya atau warnanya itu semua tidak penting kerana dahulu, bukan mudah untuk orang kita memiliki permaidani. Apatah lagi yang bersaiz besar. Kini segalanya jauh lebih mudah dan murah.
Permaidani Parsi, permaidani buatan tangan yang begitu halus dan mahal harganya sudah pasti antara produk yang dibanggakan oleh tuan rumah. Malah permaidani persi lama dan buruk pun tetap ada nilaiya sebagai barangan antik. Ia boleh kita takrifkan sebagai karya seni yang bermutu tinggi. Mengambil masa sehingga beratahun-tahun untuk disiapkan dengan corak yang padat lagi sarat. Malah warnanya juga diperbuat daripada bahan organik
.
Pun begitu kini banyak permaidani merupakan produk buatan mesin yang jauh lebih pantas dan pelbagai rekaan yang mampu memenuhi permintaan khalayak dengan harga mampu milik. Ini juga merupakan satu fenomena yang mana pereka mahukan sebuah permaidani yang serasi dengan konsep di luar sana. Pelbagai idea dan sentuhan pereka untuk ruang di luar sana. Ia bagi memberi kepuasan dan menyelaras visual konsep yang ada agar tidak nampak janggal.
Kini permaidani mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan warna serta corak. Dari polos, ke warna-warni, ke tekstur yang memberi kepuasan pandangan mata. Seperti konsep scandinavian yang agak ringkas, diserikan dengan permaidani buatan tangan. Begitu juga gaya kontemporari dan moden yang tampil elegan dengan permaidani corak moden yang adakala begitu ringkas dan bersahaja.
Gaya terbaik menikmati permiadani di ruang tamu adalah kaki hadapan permaidani perlu jejak sempadan permiadani. Anda juga boleh bermain dengan permaidani bulat untuk meja kopi bulat. Tidak salah jika anda menggandingkan perabot moden dengan permaindai corak etnik. Ia akan menukar mood ruang menjadi eklektik yang sangat eksklusif. Bayangkan hanya dengan sebuah permaidani boleh kita tukar mood ruang utama terbangnya sang permaidani di dalam minda kita. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.
Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.
Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.