Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura Jenis Kediaman: Rumah kampung Konsep Dapur: Industrial Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
Ads
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Ads
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cementrender kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
Ads
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang berhasrat ingin membeli sebuah rumah baharu khususnya di bawah projek perumahan dengan pemaju, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman tersebut.
Maka oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini kami bawakan tetamu jemputan istimewa iaitu Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama hos segmen Tip Impiana, Raff dan tetamu jemputan telah memaklumkan ada beberapa perkara yang penting sebagai pembeli harus tahu sebelum mahu membeli rumah baharu dengan pemaju.
“Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya adalah perkara asas yang pembeli harus tahu terutamanya kepada mereka yang pembeli rumah pertama yang masih tidak tahu beberapa perkara penting yang wajib anda tahu.
“Pertama sekali, anda perlu tahu mengenai pemilihan lokasi kediaman anda. Maksudnya di sini, anda perlu tahu di mana lokasi projek perumahan anda itu bakal dibangunkan dan sebagai pembeli anda kena tahu rumah yang anda mahu beli itu berada di lokasi mana dan sebagainya.
“Ini kerana sebagai pembeli anda kena tahu jarak dari lokasi perumahan anda ke tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital, kedai ke tempat kerja dan sebagainya.
“Mengapa saya kata lokasi ada perkara pertama yang penting wajib anda tahu ini kerana kita lihat potensi projek kawasan perumahan kita itu sebab kita bukan beli rumah semata-mata, tetapi kita beli dengan persekitaran kawasan perumahan itu sekali,” jelasnya.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara yang penting wajib anda tahu sebagai seorang pembeli rumah baharu dengan pemaju, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Jubin atau mozek adalah pilihan utama Kemasan lantai kediaman kerana ia bukan sahaja lebih kemas dan catik, malah tahan lasak jika dibandingkan penggunaan tikar getah. Namun, kos pemasangan mozek atau jubin boleh tahan tinggi kosnya.
DanialDannia Assone, ada idea yang lebih jimat dan cantik iaitu dengan menggunakan cat epoxy. Sebenarnya penggunaan epoxy ni bukan lah sesautu yang baru, ia digunakan secara meluas untuk tujuan industri dan mempunyai pelbagai warna yang menarik. Jom lihat tranformasi lantai konkrit DanialDannia yang menggunakan cat epoxy
Nak pakai mozek, belum ada rezeki. Pakai tikar getah, 2 tahun dah koyak. Fikir punya fikir, ada 2 pilihan dalam fikiran. Pakai vinyl atau cat epoxy.
Akhirnya kami decide cuba epoxy paint dulu. Nampak lawa, bersinar macam mozek. Bila selesai, rasa berbaloi. Dengan kos RM300+ dapat ruang tv, ruang tamu dan dapur. Memang cantik. Nak tengok ketahanan dia macam mana? Menggelupas atau tidak? Kita tengok nanti tapi setakat ni memang puas hati
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Naratif Katalog Alam harus peka terhadap pluraliti alam, namun terarah untuk membingkai momen dan metafora yang mengelilingi latar tropis; ini adalah tempat bagi pendaki untuk berehat, bermeditasi, dan memperluas wataknya sebagai gazebo ke menara pemerhatian di tengah-tengah hutan tropika. Reka bentuknya juga melengkapkan sekitarnya, cara di mana orang mengalami gazebo adalah yang terpenting.
Diliputi dalam rimbunan tebal, gazebo berdiri sebagai analogi geometri untuk memprovokasi interaksi dan renungan melalui artikulasi pengumpulan dan satah. Dengan panggilan ringkas untuk gazebo seluas 9 meter persegi, cadangan itu terdiri daripada 3 bingkai kotak yang saling berkait secara menegak dalam membuat platform bertingkat untuk menyesuaikan keadaan laman landai secara topografi. Konfigurasi pembingkaian gazebo dinyatakan secara menegak yang membolehkan orang ramai menikmati pemandangan kanopi tropika yang sebaliknya tidak dapat diakses.
Ketinggian di antara platform berbeza-beza dengan beberapa ruang memerlukan orang dewasa untuk bebek dan mendekati dengan berhati-hati sementara kanak-kanak dapat bermain dengan bebas di tempat-tempat ini. Dengan had peruntukan ruang, platform adalah elemen penyesuaian yang berfungsi sebagai meja untuk membaca, tempat duduk kantilever di sepanjang lereng, kotak meditasi dan tangga kucing sebagai kiasan rumah pokok di hutan.
Oleh kerana laman ini terletak jauh di hutan tropis, bahan binaan gazebo semuanya dibawa dengan tangan dan dipasang di lokasi untuk mengurangkan sebarang gangguan pada keadaan yang ada dengan setiap pokok dan tanaman ditandakan dan dipelihara dengan teliti.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.