Rumah yang kelihatan ringkas dan usang ini sebenarnya menyimpan kisah inspirasi yang menarik. Selepas dua tahun disewakan, pemiliknya mengambil keputusan untuk membuat renovasi rumah tersebut sebagai tempat tinggal sendiri bersama bakal isteri.
Ketika membuat keputusan untuk membuat renovasi ini berbaki hanya tiga bulan sebelum hari perkahwinan, proses ubah suai menjadi permulaan baru yang penuh harapan.
Keadaan rumah yang ringkas dengan lantai konkrit dan dinding biru muda ini merupakan kanvas kosong untuk transformasi besar. Atap zink berkarat dan struktur kayu yang usang menunjukkan perlunya perhatian dan pembaharuan. Walaupun rupa asal rumah ini nampak biasa, ia mempunyai potensi besar untuk menjadi ruang hidup yang selesa dan moden.
Ads
Pengalaman memiliki dan menyewa rumah ini memberikan motivasi kepada pemilik untuk mengubahsuai mengikut citarasa dan keperluan sendiri. Rumah ini diubah suai menjadi tempat yang bukan sahaja indah dari segi estetik, tetapi juga praktikal untuk kehidupan seharian, terutamanya ruang dapur.
Proses renovasi menjadi pengajaran penting tentang pemilihan bahan, reka bentuk ruang dan pengurusan bajet. Pemilik akhirnya berjaya menjadikan rumah lama ini lebih moden dan minimalis tanpa membebankan kewangan.
Ads
Kesimpulannya, rumah ini membuktikan bahawa setiap ruang lama boleh dihidupkan semula dengan perancangan yang tepat dan semangat untuk memulakan kehidupan baru. Transformasi rumah ini adalah simbol keazaman dan cinta, bukan sekadar renovasi, tapi permulaan hidup berdua dan tidak lama bakal menimang cahaya mata yang pertama.
Moga perkongsian ini menjadi inspirasi buat mereka yang ingin mengubah suai kediaman nanti.
Apartmen 1,000kps Berubah Wajah, Inspirasi Konsep Modern English Anggaran Kos RM60k! Cantik dekorasi rumah apartment 3 bilik berkeluasan sederhana 1000kps milik Razlina Natasha Roslin ini.
Apartment yang asalnya kosong, berubah wajah dengan citarasa pemilik dan penataan pereka dalaman yang berpengalaman dalam menghias kediaman berkonsep Modern English.
Ilustrasi 3D Images Konsep Modern English
Menurut pemilik, inspirasi idea dalam menghias rumah diperolehi daripada laman sosial bahkan konsep Modern English yang menjadi pilihan pula adalah konsep yang menjadi idaman hatinya sejak dari zaman remaja lagi.
Kerja-kerja renovasi dan ubahsuai kediaman ini hanya mengambil masa selama 3-4 bulan dengan anggaran kos RM60,000. Antara yang dilakukan seperti menukar lantai jubin kepada lantai SPC, meluaskan dapur dengan memecahkan bahagian ‘yard’, membuat kabinet dapur, plaster ceiling, wiring, piping, memasang batten wall, wainscoting, tiang partition, kabinet TV , cat dinding dan sebagainya.
“Bagi saya sebagai pemilik, rumah bukan sekadar tempat berteduh atau tinggal. Ia adalah satu aset penting yang memberikan keselamatan, ketenangan, dan kestabilan hidup kepada keluarga saya. Rumah merupakan tempat saya dan ahli keluarga membina kehidupan, berkongsi suka duka, serta mencipta kenangan berharga. Ia juga melambangkan hasil usaha dan pencapaian saya dalam kehidupan,” jelas Razlina.
Dekorasi rumah memberi makna tersendiri dan ia merupakan cerminan peribadi bagi penghuninya. Bagi pemilik perkara yang menjadi keutamaan dalam dekorasi rumah ialah ia mempu memberi ketenangan, kekemasan dan keselesaan untuk didiami.
“Bagi saya sebagai pemilik, aspek yang menjadi keutamaan dalam membina rumah adalah ketenangan, kekemasan, dan keselesaan. Saya mahukan sebuah rumah yang memberikan ketenangan jiwa setiap kali melangkah masuk, satu ruang yang mampu meredakan tekanan selepas seharian bekerja. Kekemasan pula penting bagi saya kerana ia mencerminkan suasana yang teratur dan menyenangkan untuk didiami.
“Selain itu, keselesaan adalah aspek utama yang saya titikberatkan kerana rumah seharusnya menjadi tempat perlindungan yang selesa untuk seisi keluarga menjalani kehidupan harian dengan harmoni,” jelas lagi Razlina yang menjadikan ruang tamu dan ruang makan sebagai ‘favorite spot’ bagi dirinya serta merancang untuk melakukan renovasi pada bilik air masa akan datang.
IMPIANA suka dengan idea pemilihan meja bulat untuk ruang makan ini. Ia menjadikan ruang makan lebih luas dan menjimatkan ruang yang ada.Begitu juga pemilihan warna cat dinding rona Macchiato yang tampak cukup cozy, melengkapi dekorasi interior keseluruhan kediaman. Sederhana namun selesa, sedap mata memandang.
Nama pemilik: Razlina Natasha Binti Roslin
Usia Kediaman: 9 bulan (September 2024)
Konsep Hiasan Dalaman: Modern English
Lokasi: Pulau Pinang
Keluasan Kediaman: 1000 Kps
Nama Pereka ID: Aei Builder’s
Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM60k
Jenis Kediaman: Apartment
Spesifikasi Ruang Kediaman: Ruang Tamu, Dapur , 3 bilik tidur, 2 bilik air, balkoni
IMPIANA: Semoga perkongsian dekorasi apartment berkeluasan 1,000kps konsep Modern English ini menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain dalam menata hias ruang rumah.
Rezeki ‘Bibik Tudung’ 13 Tahun Bekerja Di Malaysia, Dapat Bina Rumah Baru Di Kampung. Hasil usaha bekerja keras mencari rezeki dan berjauhan dengan keluarga tersayang, membuahkan hasil apabila dapat membina rumah baru yang lebih selesa.
Baru-baru ini, usahawan terkenal Datin Sri Shahida Mohd Rashid dan Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman ada kongsikan mengenai salah seorang bekas pembantu rumahnya yang lebih dikenali sebagai ‘Bibik Tudung’ yang telah berjaya membina rumah baru di kampung.
Jika sering mengikuti laman sosial Dato Sri Alif Syukri dan Datin Sri Shahida ini, bibik tudung juga secara tidak langsung sering membantu mempromosikan produk-produk yang dijual oleh pasangan usahawan ini.
Difahamkan selepas 13 tahun berkhidmat, bibik tudung telah kembali ke kampung halamannya di Surabaya, Indonesia. Namun demikian, anak kepada pasangan ini, Yusoff Al Qardawi,7 dan Raudah Arshiyah,6 masih merindui bibik mereka yang telah menjaga dari kecil, menyebabkan Dato Sri Alif Syukri sekeluarga membuat keputusan untuk datang menziarahi rumah baru bibik tudung di Surabaya.
“Kesian Yusoff dan Raudhah dah seminggu tak boleh tidur sebab rindu dengan buk tudung,”
“Perjalanan ke rumah bibik tudung bukan satu hal yang mudah. Kami bergerak dari Kuala Lumpur naik flight ke surabaya hampir 4 Jam. Dari Airport Surabaya ke rumah buk tudung memakan masa hampir 6 jam,”ujar Aliff Syukri.
Menariknya hasil kerja keras sebagai pembantu rumah agamnya, bibik tudung kini mampu membina rumah baru yang lebih besar dan selesa di kampung halamannya yang terletak di Jatiroto, Jawa Timur Indonesia.Bersebelahan dengan tapak rumah asal yang kecil, sempit, atap berlubang dan berlantaikan tanah.
“Banyak yang saya belajar dari kisah suka duka bibik tudung ni. Bayangkan dari sebuah rumah usang berlantaikan tanah dan berbumbungkan atap yang berlubang bibik mampu membina rumah baru yang tesergam indah hasil dari gaji selama dia bekerja dengan saya selama 13 tahun. Usaha dia, peluh keringat dia. Bangga kami sekeluarga bila tengok rumah baru bibik tudung,”kata Shahida.
“Saya sangat kagum dengan kejayaan Bibik Tudung. Dia seorang yang tidak boleh membaca dan memiliki rumah ini tanpa bantuan suami. Ini hasil kerja Bibik Tudung selepas hampir 15 tahun, yang penting rajin dan usaha,”
“Tiga orang anaknya pula adalah merupakan hafiz Al-Quran. Itu yang menyebabkan saya sangat menghormati dia,” tambah Aliff Syukri.
IMPIANA: Alhamdulillah.Rezeki ‘bibik tudung’ hasil kerja keras di Malaysia sebagai pembantu rumah dapat membina rumah baru yang lebih luas, selesa dan besar di kampung halaman.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Amyra Rosli,34 dan Amar Baharin,40 yang telah selamat berpindah ke rumah baru mereka. Menerusi perkongsian daripada Lentera Creative Home, proses renovasi dan dekorasi rumah pasangan bahagia ini telah siap sepenuhnya serta tampak cukup elegan dan cosy.
Dekorasi rumah sepenuhnya mengikut citarasa pelakon dan pengacara cantik ini dan suami, namun idea bagi konsep keseluruhannya direalisasikan oleh pihak pereka dalaman dengan memberi keutamaan keselesaan buat tetamu yang datang serta penjagaan ruang yang mudah diselenggara kelak.
Syukur Alhamdulillah finally handover rumah baru kediaman indah buat pasangan selebriti @aamyrarosli dan @amarbaharin .Tahniah 👏👏👏
Bermula dari ruang dan sederhana kini bertukar wajah menjadi ruang yang selesa dan elegan untuk seisi keluarga. Semunya atas citarasa myra sendiri dan sokongan dari suami. Myra menginginkan rumah yang senang maintain dan selesa bila ramai tetamu datang.Setiap ruang ada penceritaannya.
Bekerjasama dengan mereka sangat mudah memandangkan jadual keje Myra yang sangat padat. Boleh dikatakan banyak Myra serahkan pada team @lenteracreativehome dari segi idea, janji selesa dan puas hati,” kata Amran Azahar
Menerusi perkongsian bersama IMPIANA sebelum ini, Myra memaklumkan mempunyai citarasa yang sama dengan suaminya. Malah memilih konsep ‘English Cottage’ untuk gaya dekorasi di rumah baru.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama. Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra.
Beberapa sudut dan ruang kediaman dikongsikan seperti ruang tamu,foyer, ruang makan, dapur dan sebagainya. Pemilihan rona neutral seperti kelabu, putih, off white dan coklat pula menyerlahkan perincian setiap ruang kediaman ini. Terasa damai, cosy dan menenangkan!
Ruang tamu kediaman dihias indah dengan perletakan ‘modular sofa’ serta ‘wing chair’ yang menambah gaya dan menjadi ‘statement piece’ bagi ruang ini.Begitu juga pada bahagian kabinet TV dengan penambahan rak terbuka rekaan ‘curve’ menambah seri pada ruang ini. Ruang foyer, yang menjadi entrance kediaman pula diletakkan cermin sebagai ‘accent wall’, bahagian sisi pula perletakan kabinet dan bench.
Ruang makan dihias dengan cukup sederhana menempatkan meja makan dengan 8 tempat duduk. Ruang dapur pula dilengkapi dengan penstoran ‘full height’ kabinet rona putih dengan kemasan backsplash corak marble, malah perletakan Kaunter Pulau yang bukan sahaja menambah gaya malah menambah fungsi praktikal ketika melakukan kerja-kerja di dapur.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,8 dan Ayra Arissa,5.
IMPIANA: Tahniah buat Amyra & Amar telah selamat berpindah ke rumah baru. Cantik gaya dekorasi rumah yang menjadi pilihan. Memang nampak elegan, tenang dan cosy! Semoga kediaman baru ini menambah ikatan kasih sayang dan kebahagian buat keluarga.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.