.Ramai beranggapan untuk mempunyai kabinet dapur yang cantik dalam saiz yang besar, pemilik pasti akan berbelanja besar, tetapi tidak bagi En Syahir Farham yang menetap di Rawang, Selangor kerana beliau berjaya mengenepikan tanggapan bahawa untuk memiliki kabinet dapur yang cantik bersama kemasan counter top memerlukan belanja yang tinggi. Ini kerana beliau berpendapat bahawa ia cukup sahaja dengan pemilihan jenis bahan yang sesuai, perancangan pembelian rapi serta pasang sendiri segala kelengkapan tersebut.
“Untuk dapur kediaman saya ini, saya membeli sebanyak 3 set kabinet bersama counter top bernilai RM 2.5K (tidak termasuk singki dan dapur memasak) serta mendapat bantuan isteri untuk memegang barang sementara saya pasang skru untuk mencantumkan setiap komponen”. katanya.
Ads
Dia turut menyatakan bahawa, jika ingin counter top ini tahan lama, kena sentiasa pastikan tiada air yang bertakung di atasnya serta meletakkan silikon sebagai pelindung daripada terkena air.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Penjagaan yang rapi diperlukan untuk mengekalkan keindahan kediaman. Dengar macam mudah tapi lebih sulit untuk dilakukan. Tidak semua orang mempunyai masa dan wang yang banyak untuk sentiasa memastikan rumah dalam keadaan baik dan teratur. Tetapi dengan usaha dan kesabaran, pemilik rumah tinggal jenis teres setingkat ini telah berjaya membaikpulih rumah yang diwarisinya menjadi sebuah rumah moden kontemporari, seiring zaman.
Menurut Encik Farziehan Surif, rumah berkeluasan 1100 kaki persegi yang terletak di Sungai Petani Kedah ini sudah lebih 10 tahun tidak berpenghuni! Jadi beliau mengambil langkah untuk memperbaharui kediaman ini dan memberi nafas baru dengan menerapkan konsep moden klasik. Sesuai dengan peredaran masa, Encik Farziehan mendapat inspirasi daripada rumah-rumah contoh yang dilawati selain melakukan sendiri research bagi mendapatkan rekabentuk kediaman yang sesuai.
Dengan kos keseluruhan lebih kurang RM145k, Encik Farziehan amat berpuas hati dengan hasilnya. Beliau juga memberitahu, bahawa antara kesemua ruang yang terdapad dalam kediaman tersebut, ruang tamu merupakan ruang kegemaran buat seluruh ahli keluarganya. Tambah beliau lagi, jika mahukan proses ubahsuai atau baikpulih yang lancar tanpa sebarang masalah besar, pastikan anda mempunyai bajet yang secukupnya. Permintaan atau demand pemilik seharusnya seiring dengan kemampuan mereka membayar kontraktor. Selain itu, jangan terlalu cerewet apabila berurusan dengan kontraktor kerana hal ini akan menyukarkan kedua-dua belah pihak.
Mempunyai mahligai impian dengan hiasan dalaman yang menarik menjadi dambaan setiap insan. Ia tidak kira rumah itu sebesar mana asalkan ia selesa dan selamat untuk didiami. Entri kali ini menceritakan bagaimana pilihan tona kelabu gelap serta warna hitam dapat menjadikan suasana dalam rumah nampak redup dan tidak gelap.
Seorang pemilik kediaman di Nada Alam, Nilai iaitu En Aizat Asmuni,memilih untuk menghias rumahnya dengan tema yang tidak terlalu kompleks iaitu minimalist. Tema ini menjadi pilihan kerana pemilik dan isteri mempunyai tugas dan peranan di luar sebagai pegawai bank dan kakitangan kerajaan. Oleh itu, mereka hanya mahu melangkah masuk ke dalam kediaman dengan pemandangan yang sedap mata memandang hingga boleh terlupa segala beban kerja.
“Saya sekeluarga baru setahun 6 bulan mendiami rumah ini dan mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan segala dekor dalam rumah yang berkeluasan 1400 kaki persegi ini”, katanya.
Memiliki ruang tamu yang panjang membuatkan pemilik menjadi lebih kreatif untuk menghiasnya. Ia dapat dilihat apabila pemilik mendirikan sebuah partition khas untuk mengasingkan ruang dapur dan ruang rehat di bahagian hadapan.
Rumah ini berkapasiti 4 bilik tidur serta 2 bilik air dan tinggal bersama 2 orang anaknya yang masih lagi menuntut di sebuah sekolah berdekatan dengan kediamannya.
Pemilihan warna kelabu gelap sebagai tona utama adalah disebabkan pemilik mahukan suasan redup dalam rumah dan warna hitam pula dijadikan tema untuk aksesori serta perabot dalam rumah. Dari pandangan penulis, ia idea yang amat bijak kerana padanan dua tonan ini tidak akan kontra kerana ia saling melengkapi. Walaupun pemilihan rona cat yang gelap, hasilnya tetap cerah disebabkan oleh pengamatan cahaya yang mencukupi.
Apa yang penulis dapat simpulkan adalah design sebegini amat sesuai untuk mereka yang bekerja sepenuh masa di pejabat. Permainan tona warna yang tidak berat dan terlalu terang memainkan peranan. Penulis memuji tindakan pemilik yang memilih tona sebegini. Pembaca yang lain pun boleh mencedok sedikit idea daripada pemilik rumah ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kerana menyukai tema Nordic yang popular di negara Skandinavia, sebuah kediaman yang terletak di Bangi, Selangor telah ditata indah dengan gabungan rona biru navy dan kuning. Menurut pemiliknya, Pn Norafzan Aznam, segala dekorasi yang ada dalam rumah ini dilakukan secara berperingkat sejak mereka mula pindah masuk sehinggalah ke hari ini. Bermula dari ruang tamu, bilik tidur dan akhir sekali di bahagian dapur.
Untuk maklumat, rumah ini berkeluasan 2200 kaki persegi dengan kapasiti 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Menurut pemilik, segala usaha dekorasi ini dijalankan bersama suami.
Pandanagan penulis tertumpu pada pilihan warna yang digunakan dalam kediaman ini kerana ia amat mesra dengan kanak-kanak. Tambahan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu seorang lelaki yang berumur 4 tahun dan perempuan berumur 10 bulan.
Secara kesan visualnya, rona biru mewakili air dan lautan. Secara psikologinya pula air digunaakan bagi memberi ketenangan. Begitu juga kediaman ini. Penerapan dan pemilihan rona nya amat bertepatan untuk menzahirkan sebuah kediaman yang selesa syurga buat pemilik seisi keluarga. Pemilihan warna biru navy bukan sekadar membuat isi kediamannya berasa tenang malah tetamu yang hadir akan dikelilingi suasana yang selesa dan tenang.
Jika diteliti daripada kebanyakkan perabot di ruang tamu menggunkan kaki pensil. Pemilihan perabot yang mempunyai kaki jenis ini lebih jimat ruang dan memudhakan tugas-tugas pembersihan di bawah sofa. Memandangkan keluasan kediaman yang luas, pemilik mengambil keputusan untuk menyediakan ruang tamu dan ruang keluarga secara berasingan. Ruang buat keluarga dilengkapi sofa berbentuk ‘L” untuk memberi keselesaan optimum saat menoton tv. Manakala ruang tamu yang bersebelahan hanya menggunakan perabut ringkas namun masih menekan ciri-ciri nordic
Selain itu, dibahagian bawah tangga turut dimanfaatkan. Kerusi yang disediakan di bawah tangga menjadi ruang tambahan buat pemilik terutamanya apabila menerima kunjungan ramai. Secara tidak langsung, ruang di bawah tangga yang selalu menjadi negative space dapat dielak.
Konsep nordic terus di bawa kebahagian dapur. Bukan sekadar susun atur keperluan dan perkakas dapur kelihatan kemas dan teratur, semangat nordic turut terpalit pada perkakas dan perincian yang terdapat di ruang dapur yang kecil ini. Susunan begini memudahkan urusan pemilik untuk menyediakan juadah yang enak dalam masa yang singkat. Jika diteliti, wujudnya elemen triangle dalam dapur ini. Ia dikenali sebagai salah satu cara untuk memudahkan kerja mengambil bahan, mencuci dan memasak dalam satu masa. Senang cerita, praktikal untuk pengguna.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.