Konsep Scandinavian terkenal dengan rekabentuk yang minimalis yang dipadankan dengan fungsi yang praktikal. Bermula di lima negara Nordic iaitu Finland, Iceland, Norway, Sweden dan Denmark sejak awal abad ke-20, dan mencapai populariti di Amerika Utara sekitar tahun 60-an. Membawakan rekabentuk yang bergaris bersih dan kontemporari, gaya Nordic dilihat begitu timeless dan amat sesuai untuk semua gaya hidup dan peringkat umur.
Selain menarik dan memberi inspirasi, barangan dengan gaya Nordic juga dikatakan tahan lama dan kerana itulah konsep ini telah mula mendapat tempat dihati penduduk Malaysia. Gayanya yang bersih dan moden, dengan unsur-unsur semulajadi memudahkan pengguna mengintegrasikan Nordic Style ke dalam rumah mereka bersama trend reka bentuk kontemporari.
Bagi anda yang meminati gaya ini dan bercita-cita untuk tinggal di dalam rumah berkonsepkan Scandinavian, anda boleh cuba gunakan beberapa perabot IKEA ini untuk memberikan sentuhan berbeza pada kediaman Nordic impian anda.
#1 POÄNG Armchair
Lengkungan sempurna yang memberi keselesaan optimum yang terdapat pada rekabentuk kerusi ini amat menepati ciri-ciri Scandinavian. Ditambah pula dengan warna kayu lembut membangkitkan suasana warm dan cosy.
Klik sini untuk beli.
#2 GLADOM Dulang Meja
Meja sisi dua fungsi yang mempunyai rekabentuk simple dan praktikal amat sesuai diletakkan pada ruang tamu anda. Warna putih juga melengkapkan lagi gaya Nordic yang ingin ditonjolkan.
Klik sini untuk beli.
#3 MALM Laci 4 Tingkat
Seni reka yang amat basic dan minimal tetapi cukup elegan, sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan di kediaman agar setiap sudut nampak lebih kemas dan teratur.
Klik sini untuk beli.
#4 SELJE Meja Sisi
Letakkan pada sisi katil di bilik tidur dan anda akan dapat lihat meja sisi berwarna putih ini memainkan peranannya sebagai ruang penstoran tambahan. Bukan itu sahaja, SELJE yang kelihatan cool ini juga mampu menyorokkan wayar-wayar berselirat anda daripada terlihat melalui lubang dibelakangnya.
Klik sini untuk beli.
#5 EVEDAL Lampu Meja
Gabungan bahan semulajadi seperti kaca dan brass melengkapkan gaya Scandinavia yang timeless.
Klik sini untuk beli.
#6 STOCKHOLM Karpet
Karpet monokrom buatan tangan ini merupakan salah satu must-have item yang dapat memberikan anda gaya Nordic yang ranggi dan menarik. Corak jalur yang tidak keterlaluan menjanjikan suasana yang lebih santai.
Klik sini untuk beli.
#7 HEKTAR Lampu Lantai
Kepala lampu oversized memberikan pencahayaan yang baik untuk kawasan tertumpu seperti ketika sedang membaca buku di kerusi kegemaran anda. Warna putih dan rekabentuk yang tidak keterlaluan juga menjadikan lampu lantai ini pilihan yang tepat untuk sebuah ruang tamu Scandinavian.
Klik sini untuk beli.
#8 NORSBORG Sofa 3 Tempat Duduk
Rekabentuk dan saiz yang fleksibel dengan alas fabrik yang selesa, digabungkan pula dengan kaki jenis kayu sekaligus menjadikan ruang lebih warm.
Klik sini untuk beli.
#9 Tumbuhan Pembersih Udara
Tumbuhan hijau adalah satu kemestian buat sesebuah ruang dengan konsep Scandinavian. Selain sebagai agen pembersihan udara dalaman, tumbuhan ini juga dapat membangkitkan aroma kesegaran buat kediaman Nordic anda.
Klik sini untuk beli.
#10 RÅGKORN Bekas Pasu
Garis-garis yang tercipta pada bekas pasu ini terlihat menarik tapi tidak mendominasi persekitarannya. Selain dilengkapi dengan alas plastik pada bahagian dalamnya, bekas ini juga mempunyai pemegang agar mudah untuk dialihkan apabila perlu.
Klik sini untuk beli.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI