Apabila menghias rumah, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa ia akan menelan belanja yang tinggi. Tahukah anda tanggapan ini adalah salah dan harus ditentang kerana terdapat banyak pusat jualan perabot yang murah serta kedai barangan hardware yang tumbuh bagai cendawan. Dari sini kita sudah tahu bahawa tiada halangan untuk menghias rumah dari tema yang bosan kepada hasil yang menarik dan elegan.
Menurut pemilik yang berasal daripada Pulau Pinang Pn Aiza Shereen menyatakan bahawa “kami banyak berbelanja di kedai perabot yang tidak berjenama terutamanya semasa sesi jualan murah dijalankan. Dinding ini kami cat sendiri tanpa mengupah pekerja kontrak dan pembelian aksesori hiasan adalah secara berperingkat serta kitar semula perabot lama yang masih elok.”
Pimilik dan suaminya menetap di rumah jenis teres dua tingkat di Nibong Tebal, Pulau Pinang berkeluasan 1400 kaki persegi dengan kapasiti empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selain itu, segala gerak kerja dekor dijalankan bersama suami bermula dari awal tahun 2018 dan siap sepenuhnya selepas tiga bulan.
“Saya dan suami sentiasa mengemas setiap inci rumah terutamanya bahagian yang selalu bersepah dan bersyukur kerana kedua-dua anak lelaki yang masih kecil tidak gemar mengusik barang hiasan”, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun.
Pujian harus diberikan kepada empunya rumah kerana bijak dalam membahagikan ruang tamu yang besar dengan membahagikannya kepada dua bahagian. Antara pembahagian ruang yang diwujudkan adalah adalah bahagian hadapan khas untuk menonton televisyen dan satu lagi adalah ruang perbincangan dengan meja segiempat tepat di tengahnya. Jika anda perasan, di sebelah sofa three seater, terdapat dua partition iaitu tiang para dengan tumbuhan segar yang menyempadani akses ruang tamu dan dapur.
Apabila meneliti hasil sentuhan peribadi suami Pn Aida dalam memasang kayu wainscoat, ianya seakan hasil kerja pakar yang sudah lama dalam bidang pemasangan panel kayu. Ia seakan tidak nampak kesan cela yang selalu kita lihat di kediaman yang lain apabila memasang wainscoat terdapat beberapa kesan finishing yang tidak kemas, tapi di rumah ini, voila, nampak elegan dan mewah.
Hayati kompilasi imej di bawah ini untuk tatapan dan rujukan peminat panel dinding wainscoating, jika ada pertanyaan lanjut, pm sahaja Pn Aiza Shereen untuk maklumat lanjut, Selamat Mencuba!!
Sebelum
Selepas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI