Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna gelap untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
Gara-gara minat yang mendalam terhadap dekorasi dalaman serta membela ikan hiasan, pasangan petugas Teknologi Maklumat ini ‘menanam‘ aquarium ke dalam dinding rumah mereka dan ia dipadukan dengan hiasan rumah bertemakan modern contemporary.
Menurut Pn Nurlailah Khadijah, idea hiasan sebegini banyak merujuk di laman perkongsian gambar atas talian iaitu Pinterest. Rancangan untuk menanam akuarium dijalankan kerana apabila meletakkannya, pasti menggunakan ruang yang besar, maka terciptalah idea ini iaitu menanamnya dalam dinding dan hasilnya ia tidak menggunakan banyak ruang dalam rumah.
Konsep pilihan pasangan ini dapat dilihat dalam penataan warna emas di perabot manakala contemporarynya pula amat jelas kelihatan di bahagian dinding iaitu pemasangan wainscoating yang menghiasi feature wall ruang tamu kediaman yang berkeluasan 1800 kaki persegi ini.
Jika diteliti segenap ruang dalam rumah ini, tidak banyak ruang kosong dapat dilihat kerana ia telah dihias dengan pelbagai jenis aksesori termasuk tumbuhan artificial dan pelbagai lagi. Pasti bermain difikiran, kanak-kanak tidak ganggu segala hiasan ini?
Menurutnya, satu perjanjian telah dibuat antara mereka sebagai ibu bapa dan anaknya, iaitu si ibu akan menyediakan sebuah playroom untuk tiga orang anak mereka dengan syarat agar mereka berjanji untuk tidak menyentuh segala barangan hiasan yang dipamerkan di ruang tamu.
Penulis memuji tindakan ibubapa ini, walaupun nampak tegas, ia adalah win-win situation diantara ibubapa dan anak-anak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang beranggapan memilih rona monokrom dalam design dekorasi rumah kerana mahukan keseimbangan atau inginkan gaya minimalis kerana hanya ada dua warna sahaja. Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi kisah pasangan suami isteri yang memilih tema ini dek cintakan cintakan negeri kelahiran masing-masing Pahang dan Terengganu yang mempunyai warna bendera yang sama.
Pn Syahidah Razak merupakan seorang guru yang bertugas di negeri Pahang berkongsi kepada IMPIANA tentang rasa cintanya dan suami terhadap paduan dua warna menarik ini iaitu hitam dan putih. Dalam kediamannya yang berkeluasan1500 kaki persegi, tercetusnya idea dekorasi menokrom ini setelah menonton rancangan tv luar negara
“Kami pernah cuba menggunakan pelbagai kombinasi warna untuk menghiasi ruang tamu, namun kami berasa tidak selesa dengan pilihan tersebut dan mengambil keputusan untuk mengecat warna kegemaran kami iaitu hitam serta putih”, kata cikgu ini yang mengajar subjek geografi.
Mempunyai ruang tamu yang memanjang sebegini ada kalanya agak sukar untuk dibahagikan penggunaan ruang dan menghias. Untuk itu, pemilik mestilah merancang pembahagian yang betul agar ia nampak praktikal. Elak konfik penggunaan ruang, pemilik menyediakan ruang keluarga dan ruang tamu secara berasingan. Ruang keluarga, tidak menggunkan sebarang perabot untuk menghasilkan ruang yang lebih ruang. Hanya permaidani dan bantal kecil memberi keselesaan optimum saat menonton tv.
Tambahan ruang keluarga ini memberi peluang kepada anak pemilik untuk melakukan sebarang aktiviti dengan bebas. Sebaliknya di ruang tamu. Keselesaan tetamu diutamakan. Sofa empuk secekupnya disedikan bagi memuatkan kapasiti tetamu yang ramai dalam satu masa.
Selain itu, segala kelengkapan yang ada dalam rumah ini dibeli dengan hasil ‘Garage sale’ yang mana mereka akan menjual segala perabot lama tetapi masih lagi berkualiti untuk membeli kelengkapan dekor yang baru.
Penulis memuji hasil kerja pasangan cikgu ini kerana berjaya mendekor rumah tanpa mengupah mana-mana pereka dalaman terutamanya dalam kerja mengecat. Ia adalah intepretasi mereka sendiri untuk menjadikan rumah ini indah dan selesa untuk didiami.
Sebaik sahaja menerima kiriman gambar tambahan daripada pemilik, penulis tertarik dan kagum dengan idea dekorasi yang ditampilkan oleh pasangan ini terutamanya di bahagian ruang makan hingga ke dapur.
Di bahagian ini terdapat tiga jenis meja makan. Pertama, terdapat set meja makan 6 tempat duduk yang disediakan khas oleh pemilik untuk menjamu tetamu yang datang bertandang. Kedua, di bahagian dapur, terdapat meja kaunter dua tempat duduk. Akhir sekali di sebelah dapur dipasang meja makan buka tutup untuk pemilik menikmati santapan bersama.
P.s: Perkataan yang berwarna biru adalah pautan untuk artikel yang berkaitan dengan artikel ini. Klik untuk meklumat lanjut.
Walaupun ia nampak redundance, tetapi elemen praktikal amat penting disini kerana pemilik mungkin tidak mahu membazir tenaga untuk mengemas setiap hari di meja makan utama kerana kapasitinya yang besar. Di meja kaunter pula selalunya dijadikan tempat makan ringan seperti sarapan sebelum keluar pergi bekerja. Meja lagi 1 pula bertindak sebagai ruang makan pemilik kerana beliau mendiami rumah ini bersama suami dan masih lagi belum mempunyai anak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Walaupun hanya sekadar peminat deko, ia tidak menghalang seorang kakitangan universiti awam untuk menatarias sebuah kediaman studio di Sri Hartamas, Kuala Lumpur hanya dalam masa 3 minggu untuk tukar segalanya daripada biasa kepada luar biasa.
Studio apartment ini berkeluasan 450 kaki persegi dengan 1 bilik air dan tandas. Ia dihias mengikut tema moden minimalist seperti menggantung pelbagai poster abstrak yang menyerlahkan lagi tema menarik ini.
Menurut empunya kediaman iaitu, Pn Nurul Anis Omar, ‘saya amat menyukai tona lembut seperti warna kelabu muda dan biru gelap kerana ia membantu apartment kecil saya ini nampak luas, menarik dan elegant’.
Hiasan rumah ini memfokuskan di bahagian kamar tidur agar menampakkan ia seperti sebuah bilik hotel mewah.
“Gabungan tona warna dinding yang gelap dan hiasan bingkai frame lukisan abstrak menghiasi ruang tidur kediaman ini dan diserikan dengan gambar motif flora bagi menambahkan lagi seri ruang tersebut”, katanya yang mendapat sentuhan peminat dekorasi dalaman iaitu En Haziq Ammar.
Selain itu, menurut pereka dalaman ini lagi, dia turut menjalankan beberapa projek tatarias dekorasi di tempat lain seperti di Alor Setar dan Lembah Kelang.
Di bawah ini IMPIANA sediakan beberapa paparan bagaimana proses sebelum dan selepas dekorasi dijalankan dalam kediaman ini. Penulis berasa kagum dengan sentuhan beliau yang hanya bergantung kepada minat dan banyak merujuk kepada group dekorasi di facebook dan pinterest.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.