Tip Transformasi Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Sedap Mata Memandang. Rumah bila ada banyak barang, bebanan mengemas sudah pasti akan jadi lebih banyak juga. Sesetengah daripada kita mempunyai sikap ‘sayang barang’ sehinggakan barang yang tak guna pun nak simpan!
Jadi IMPIANA kongsikan beberapa tip untuk mengubah rumah yang penuh dengan barangan menjadi lebih teratur dan sedap mata memandang:
1. Penilaian dan Pemilihan Item
Mulakan dengan mengenal pasti item yang tidak lagi digunakan atau diperlukan. Buang atau dermakan barang yang tidak lagi digunakan atau rosak.
2. Atur Barang Dengan Bijak
Atur barang yang selebihnya dengan cara yang berkesan. Gunakan rak, kotak penyimpanan atau pengatur untuk mengumpulkan item mengikut jenis atau fungsinya. Jika boleh, tambahkan perabot storan seperti almari, rak gantung atau storan bawah katil untuk mengoptimumkan ruang.
Ads
3. Gunakan Ruang Secara Menegak
Manfaatkan dinding untuk penyimpanan tambahan dengan memasang rak dinding atau papan gantung untuk menggantung peralatan atau barang kecil.
4. Pertimbangkan Ruang Pelbagai Fungsi
Rancang ruang agar mempunyai fungsi yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan kekacauan.
6. Kurangkan Hiasan
Kurangkan jumlah hiasan atau aksesori yang tidak diperlukan supaya ruang kelihatan lebih bersih dan luas.
Ads
5. Gunakan Cahaya dan Warna
Gunakan pencahayaan yang baik dan pilihan warna terang untuk memberi kesan ruang yang lebih besar dan teratur.
IMPIANA: Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda boleh mengubah rumah anda menjadi tempat tinggal yang lebih selesa dan kemas.
Apabila memasuki bagunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang ‘spoil’ bila terkena telur busuk ketika memasak. Masuklah ke mana-mana dapur rumah, mesti ada telur. Itu tandanya telur memang makanan wajib ada dalam setiap rumah. Tapi selama menyimpannya, sejauh mana anda tahu yang telur itu masih selamat dimakan dan tak busuk. Sebabnya, telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah ‘pengsan’ berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat ‘pening’.
Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.
Telur Dalam Peti Ais
Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.
Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.
6 Tips Simpan Telur
Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.
Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.
Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.
Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain
Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.
Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.
Tentukan Kesegaran Telur
Cara yang boleh kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.
Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.
Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.
Manakala telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.
Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.
Cara Lain Yang Boleh Dicuba
Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.
Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.
Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.
Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.
Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kain buruk mahupun kain lap merupakan benda wajib yang ada di dapur bagi mengelap kotoran, permukaan kaunter top mahupun perkakasan dan pinggan mangkuk. Namun jika selalu digunakan, kain buruk mahupun kain lap tersebut pastinya meninggalkan kotoran dan kesan yang sukar ditanggalkan. Lebih-lebih lagi jika kesan minyak.
Sebenarnya ada caranya nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor ini. Barulah kain-kain tersebut, betul-betul bersih, wangi tiada kesan kotoran macam baru beli.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail ini sebagai panduan;
CARA NAK BASUH KAIN BURUK ATAU KAIN LAP DI DAPUR YANG KOTOR.
1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam. Clorox biar lebih sikit.
2. Selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.
4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit.
5. Masuk dalam pengering balik.
6. Angkat dan bilas macam biasa.
7. Keringkan dan jemur.
Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumahtangga dan kain buruk untuk meniaga. Ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya, sharing is caring. LOVE FROM KAK IDA
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, jika nak basuh kain buruk, atau kain lap kembali bersih, wangi dan putih melepak boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.