IMPIANA bawakan tip memilih barang dekor yang perlu ada di ruang tamu anda. Ruang tamu adalah ruang yang paling utama dalam rumah, ruang ni kalau tak cantik dan salah hias tiada seri la rumah tu. Pemilihan perabot dan perhiasan lain memang la sangat penting. Bukan boleh main letak sahaja. Ruang tamu adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.
Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!
Jadi, macam mana caranya untuk memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah? Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.
Untuk membantu anda supaya tak perlu pening lagi, IMPIANA sajikan tip memilih barang dekor untuk ruang tamu anda.
Ads
1) Sofa
Kalau ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah. Boleh pilih jenis dan material yang berbeza untuk memberikan keunikan pada ruang tamu. Untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli kain penutup dan/atau bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).
2) Lampu Siling/Berdiri
Jika ruang tamu kecil, 1 lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, pilihlah beberapa jenis lampu yang lebih besar. Ada meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi? Letakkan lampu di situ sebagai ganti.
3) Kipas
Kalau rasa kipas biasa membosankan dan tak sesuai dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk (seperti 2 bilah saja!) dan warna unik.
Tentukan dulu saiz serta jumlah bilah kipas siling yang diperlukan, kerana pilihan yang salah tak akan memberikan aliran udara yang betul.
Ads
4) Meja Kopi
Untuk memastikan deko ruang tamu anda ni selesa, pilihlah meja kopi dengan ketinggian yang sama dengan bantal di sofa, atau satu hingga dua inci lebih rendah.
Nak menyesuaikan meja kopi dengan ruang tamu? Lihatlah pada sofa yang anda miliki. Contohnya: Kalau sofa mempunyai kaki yang kurus tinggi, dapatkan meja yang rapat ke lantai atau mempunyai kaki yang lebih pendek.
5) Kabinet TV
Sebelum membeli kabinet TV, anda kena pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu.
Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk dan fungsi yang praktikal, serta padan dengan warna perabot lain di ruang tamu.
6) Cermin
Boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka. Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya.
Ads
7) Karya Seni
Ketika memilih karya seni, lebih besar saiznya, lebih baik. Contohnya, untuk ruang dinding di atas sofa, karya seni perlu bersaiz kira-kira 2/3 daripada lebar sofa atau lebih besar. Sekiranya mempunyai lukisan atau cetakan yang anda gemari tetapi ukurannya terlalu kecil, anda boleh membingkainya dengan bahan yang sangat besar untuk meningkatkan kesan visualnya.
Walau apa pun yang anda pilih sebagai dekorasi ruang tamu anda, pastikan setiap hiasan dalaman yang dibeli adalah apa yang anda suka. Jangan sesekali memilih barangan atau perabot hanya kerana ingin mengikut jiran sebelah atau bertanding dengan orang lain. Dengan itu, anda pun akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat ruang tamu anda lengkap dihias!
Lipat baju memang bukan lah aktiviti yang menajdi kegemaran ramai. Tapi, kalau lihat baju yang dilipat tersusun rapi macam kat kedai memang rasa seronok dan puas hati. Seperti yang dilakukan oleh Puan Rose Kamarina melalui perkongsiannya di group Facebook #kemasrumahwithhani
Mood lipat kain. Edit sebab masing-masing teruja. Saya bukan Pro,suri rumah biasa, anak 4. Kadang kita kena kreatif untuk selesaikan masalah kain yg tak pernah habis ikut keselesaan masing-masing. Moga lepas ni semua semangat nak lipat kain
Boleh pakai kad/kertas keras/kotak/buku sebagai acuan atau ukuran. Suka hati nak saiz mane, Saya pakai kertas A4 putih dengan folder yang dah uzur
Yang atas tu sebagai ukuran. Bawah lapik dengan kertas A4 putih biasa
Dah siap lipat, boleh cabut ukuran tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY kabinet dapur lama usia 10 tahun guna empat bahan, terus nampak macam baru. Jangan buang ya kabinet dapur lama. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru.
Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati. Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya
KEADAAN ALMARI ASAL:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
Limau Nipis
Baking Soda
Cuka Epal
Cara-caranya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.