Tip Jaga Langsir Supaya Nampak Sentiasa Baru, Tak Adalah Setiap Kali Raya Kena Tukar
Langsir tidak dilihat penting cukup sekadar menjadi penghadang pandangan dari luar semata-mata. Sedangkan elemen itu antara yang perlu diberi perhatian dalam usaha mencantikkan kediaman berbanding hiasan dalaman lain seperti panel dinding dan perabot.
Sebenarnya, langsir memainkan peranan penting sebagai pelengkap kesempurnaan hiasan dalaman. Namun bagaimanakah caranya untuk memastikan agar langsir anda sentiasa kelihatan baru?
1.Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi, segar malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir.
3. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
4. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar.
Ads
Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
5. Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur.
7. Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9. Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
10. Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel usah dibasuh dengan mesin basuh. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rumah busuk dibaiki dan diubahsuai, pembeli jadikan rumah ‘wangi,’ hasilnya ramai terkesima. Rumah yang terbiar, jangan pandang sebelah mata. Jika anda ada modal, anda beli dan buat renovasi. Apabila sudah siap, bolehlah diduduki atau dijual.
Kebiasaannya harga rumahbusuk dijual di bawah paras 10 hingga 50 peratus dari harga pasaran semasa. Harga rumah busuk bergantung pada fizikal rumah dan keadaan lokasi rumah busuk tersebut. Sebenarnya pembeli beruntung kerana dapat memiliki rumah dengan harga yang lebih rendah, bulanan rendah dan dapat mengubahsuai mengikut bajet sendiri.
Berikut perkongsian Hidayah Nursuki yang telah membeli sebuah rumah busuk.
“Semangat lain macam nak deko bila rumah dah siap macam ni kan? Rumah minimalis macam ni sesuai kalau dalamam tu kita deko minimalis juga. Comel je luar dalam, ‘less is more.’
“Sebelum nak deko, saya nak share sedikit gambar sebelum dan selepas renovasi. Rumah ni memang ditinggalkan oleh pemilik asal agak lama. Jadi kita panggil ni ‘rumah busuk’ lepas tu kita wangikan bagi sedap mata memandang. Rumah ni untuk dijual. Lokasi di Tanjung Tualang Perak.
“Saya tak bercadang tinggal di rumah ni sebab dah menetap di tempat lain. Kami repair dan renovasi ‘rumah busuk’ dan kami jual semula supaya dapat juga bantu pembeli untuk membeli rumah dalam keadaan yang dah ‘wangi’. Sekurang-kurangnya dari rumah tu terbiar yang membuatkan kawasan kejiranan tak selesa, boleh jadi tempat membiak segala haiwan dan elak dari jadi tempat penagih-penagih dadah.”
SEBELUM:
SELEPAS
“Sebelum nak deko, saya nak share sedikit gambar sebelum dan selepas renovasi. Rumah ni memang ditinggalkan oleh pemilik asal agak lama. Jadi kita panggil ni ‘rumah busuk’ lepas tu kita wangikan bagi sedap mata memandang. Rumah ni untuk dijual. Lokasi di Tanjung Tualang Perak. Saya tak bercadang tinggal di rumah ni sebab dah menetap di tempat lain.
“Kami repair dan renovasi ‘rumah busuk’ dan kami jual semula supaya dapat juga bantu pembeli untuk membeli rumah dalam keadaan yang dah ‘wangi’. Sekurang-kurangnya dari rumah tu terbiar yang membuatkan kawasan kejiranan tak selesa, boleh jadi tempat membiak segala haiwan dan elak dari jadi tempat penagih-penagih dadah.”
Bagi anda yang baru sahaja menimang cahaya mata sudah pasti mahukan keselamatan anak anda terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Maka dengan itu semua para ibu bapa di luar sana harus mendapatkan kandang katil bayi yang kukuh serta berkualiti tinggi supaya keselamatan anak anda lebih terjamin.
Mari kita lihat beberapa jenis dan rekaan kandang katil bayi jenama IKEA yang ada mungkin boleh menjadi pilihan mengikut kesesuaian serta bajet anda!
MODEL SNIGLAR
SNIGLAR adalah merupakan antara model kandang katil bayi yang dijual dengan harga paling murah serendah RM279 sahaja. Namun, tilam dan cadar dijual secara berasingan.
Untuk pengetahuan anda, model ini menggunakan kayu bic dengan rona coklat terang dan ianya sangat sesuai bagi anda yang gemarkan konsep yang ringkas dan bersahaja.
MODEL SMAGORA
Untuk model SMAGORA pula, harganya sedikit mahal kerana dijual dengan harga RM469 tanpa tilam dan cadar. Model ini menggunakan kayu bic padu dan cat akrilik rona putih yang cantik.
Jadi, model ini juga amat sesuai bagi anda mahukan kandang katil bayi yang dipadankan dengan pelbagai corak dan rona sarung tilam anak anda.
MODEL SUNDVIK
Seterusnya, untuk model SUNDVIK kalau kita lihat dari segi rekaannya mungkin lebih sama dengan model SMAGORA. Namun kelebihan yang dimiliki oleh model ini mempunyai dua pilihan warna yang berbeza iaitu putih dan kelabu.
Jika anda mahu kandang katil bayi anda tampak lebih moden dan bergaya, maka pilihlah warna kelabu. SUNDVIK pula dijual dengan harga RM499, tilam dan cadar dijual secara berasingan.
MODEL GONATT
Model GONATT antara yang memiliki rekaan kandang katil bayi yang paling unik berbanding yang lain. Model ini didatangkan dengan rekaan laci di bahagian bawah yang membolehkan para ibu bapa menyimpan segala barang kelengkapan seperti tuala dan lampin pakai buang anak anda dengan mudah.
Jadi, dengan rekaan inovatif yang ada pada model ini dapat menjimatkan ruang penyimpanan barang kelengkapan anak anda khusus bagi mereka yang memiliki ruang bilik yang kecil dan terhad. Hebat bukan?
Untuk model GONATT juga tilam dan cadar dijual secara berasingan. Anda boleh mendapat model ini di gedung kelengkapan rumah, IKEA dengan harga RM899.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ada di kalangan anda yang gemarkan dekorasi hiasan dalaman ruang tamu yang berkonsepkan tema minimalis seperti ini? Kalau ada, ini mungkin boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat anda.
Walaupun dekorasi hiasan dalaman ruang tamu yang berkonsepkan minimalis ini kelihatan sangat ringkas dan bersahaja, ia tetap boleh membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah tampak menarik dan estetik.
Bukan itu sahaja, dekorasi hiasan dalaman ruang tamu yang berkonsepkan minimalis ini boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak lebih luas berbanding sebelumnya.
Di samping itu, dengan penggunaan barangan perhiasan yang terhad bagi merealisasikan dekorasi hiasan dalaman ruang tamu bertemakan minimalis ini, anda tidak perlu pun untuk berbelanja besar. Menarik bukan?
Jika kita dapat lihat, dari segi penggunaan warna pula bagi dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan minimalis ini adalah sangat terhad antara dua ke tiga warna sahaja. Meski begitu, hasilnya tetap tampak kelihatan sangat memberangsangkan dan menarik.
Kebiasaannya dekorasi hiasan dalaman rumah yang berkonsepkan minimalis ini menggunakan warna seperti putih, kelabu terang, hitam serta corak kayu-kayuan sebagai penyeri.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.