Ruang tamu, adalah jantung setiap kediaman. Menjadikan ruang tamu sebagai ruang buat keluarga bersantai dan berkumpul, sekaligus memaksimumkan ruangan mana-mana rumah jenis minimalis, sederhana besar mahupun kecil lebih berfungsi demi mencipta atmosfera yang tenang dan mendamaikan. Apa apa pun ruang tamu dan ruang keluarga untuk sesebuah kediaman kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama penting.

5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’

Rumah minimalis atau berkeluasan sederhana mempunyai ruang tamu dan ruang keluarga secara terpisah yang kadangkala mendatangkan kesukaran. Ini kerana ruangan lain juga perlu dipertimbangkan. Salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memanfaatkan setiap ruang rumah dengan efektif serta semaksimum mungkin.

Jadi apa yang boleh anda lakukan? Jom kita intai 5 tip dekorasi agar ruang tamu anda lebih santai dan ‘welcoming’.

LIHAT KEPERLUAN

Tanya diri sendiri adakah anda benar-benar memerlukan tamu? Jika jawapannya ialah ‘Ya’ maka anggarkan jumlah tetamu yang biasa datang dan siapa mereka. Perkara ini sangat penting sebelum anda mengubah ruang keluarga dan ruang tamu sekaligus.

Ramai yang mudah terjebak dengan tanggapan bahawa rumah perlu memiliki ruang tamu sedangkan tuan rumah jarang menerima tetamu di rumah. Jika memang tidak diperlukan, mengapa perlu tergesa-gesa untuk mengubahnya?

IKLAN

GUNAKAN SINGLE CHAIR

Berapa pun jumlah tetamu yang datang ke rumah akan mempengaruhi letaknya perabot terutama tempat duduk. Jika memang tidak ramai tetamu maka tidak perlulah menempatkan sofa yang berukuran besar. Cara ini lebih praktikal kerana single chair boleh dipindahkan ke ruang lain jika benar-benar tidak digunakan.

5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’

REKAAN YANG FLEKSIBEL

Manfaatkan sesebuah ruang untuk dua fungsi yang berbeza. Sebaik-baiknya ialah menggunakan rekaan yang fleksibel agar tidak kelihatan terlalu kosong. Penggunaan sofa pada ruang tamu sekaligus sebagai ruang keluarga dapat mengurangkan sofa yang tidak terlalu formal sehingga terkesan santai seterusnya menjadikan suasana lebih tenang. Agar reka bentuk ruangan terasa semakin rileks anda boleh menambah karpet serta beberapa bantal unik.

IKLAN

TIDAK TERLALU BANYAK BARANG

Perabot yang terlalu berlebihan akan membuatkan ruang rumah terasa sempit. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi sebaik-baiknya pilih dan susun semula barang serta perabot yang dietrapkan untuk ruang tamu yang turut menjadi ruang keluarga.

5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’

SUSUN RAPI

IKLAN

Memandangkan ruang tamu juga menggabungkan ruang keluarga maka waktu yang dihabiskan di ruang tersebut akan menjadi lebih banuyak. Oleh kerana itu, mengatur ruangan agar menjadi setenang yang mungkin merupakan perkara yang penting. Setiap sudut dan sisi ruangan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. Contohnya, dengan menempatkan tanaman indoor agar ruang kelihatan lebih sejuk dan segar.

Semoga bermanfaat!

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’

Baca artikel berikutnya:

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI