Perkongsian idea dekorasi yang cukup menarik dari kediaman Che Ika Henna. Dekorasi rumah teres setingkat berkeluasan 22×70 sqft ini berkonsepkan minimalis yang mana tidak terlalu sarat dengan perabot dan hiasan dinding. Jom lihat keseluruhan dekorasi ruang tamu jenis memanjang ini. Sangat cantik!
Ramai pembaca kesayangan IMPIANA yang bertanyakan bagaimana cara nak hias ruang tamu yang memanjang. Jomlihat hasil dekorasi pemilik kediaman ini. Ya! bukan mudah untuk hias ruang tamu memanjang kera ruang tamu jenis ini akan membuatkan kedaiaman anda sempit bila tersalah memilih perabot.
Bagaimana pula ingin memilih set perabot untuk ruang tamu jenis ini? Mudah sahaja, elakkan dari membeli set perabot 1+2+3 atau 2+3. Pilihlah set sofa jenis L shape atau 3 seater. sudah memadai untuk ruang tamu anda jenis memanjang ini.
Ads
Elak dari memilih set perabot yang besar ini akan memakan ruang dan keluasan ruang tamu anda, pilih yang berkonsep sleek lebih kompak dan praktikal. Elak dari menyusun banyak perhiasan lebihkan kabinet atau rak gantung untuk ruang penyimpanan yang maksima.
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum termasuklah :
– Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
– Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
– Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
– Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
– Pinggan dengan pelbagai bentuk
Pinggan yang selamat adalah :
Pinggan berwarna putih tanpa corak
Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya :
– Elakkan meletakkan makanan panas – Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave – Jangan simpan makanan terlalu lama – Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah – Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor – Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil
Ramai antara kita yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar di tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan, dan inilah yang membuatkan kita ternanti-nantikan serta lebih menghargai kedatangan tahun baharu. Tahun ini, sambutan semasa pandemik ini memang berbeza kerana kita beralih daripada keluar bergembira pada waktu malam, kepada menikmati malam yang tenang dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Walaupun keseronokan percutian baru sahaja berlalu, ia bukan bererti anda tidak boleh menjadikan sepanjang tahun ini semeriah dan bermakna seperti itu.
Bagi kebanyakan orang, ‘yang baharu’ dalam tahun baharu ini menandakan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dan setelah berbulan-bulan menyesuaikan diri dengan norma baharu, sekarang adalah masa yang tepat untuk bersiap sedia bagi tahun permulaan yang baru. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk mengubah mood dan minda kita ketika memasuki tahun baharu ini dan dengan bantuan AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka dunia serta pengeluar jenama Dulux, berikut adalah beberapa inspirasi warna yang anda mungkin suka untuk mengharungi tahun baharu ini.
Menghias untuk 2021
Ada banyak cara untuk menyerlahkan ruang tamu anda dan mewujudkan suasana yang selesa – sapuan cat baharu adalah kaedah yang tidak pernah lapuk dalam memberi penampilan segar kepada kediaman anda. Tahun ini jangan takut untuk mencuba perkara baharu; perubahan yang kecil boleh membawa perbezaan yang besar dalam mood dan pemikiran anda. Dan selepas setahun dihidangkan pelbagai peristiwa yang tidak dijangka, kita semua tahu betapa pentingnya untuk kekal tenang dan berani menghadapi ketidaktentuan. Ambil peluang ini untuk mempersiapkan rumah anda dengan pilihan warna yang lebih berani dan bersemangat bagi merangsang keyakinan anda untuk mengharungi tahun yang bakal mendatang.
Sambil kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru, mari kita dapatkan inspirasi daripada palet warna Earth dari ramalan trend warna ColourFutures 2021 AkzoNobel. Palet Earth terdiri daripada warna pelengkap biru, hijau dan coklat yang menggemakan rona laut, langit dan tanah dalam alam semula jadi – menginspirasikan kita dengan keberanian untuk menyesuaikan diri seperti yang dilakukan oleh Bumi.
Mari kita mulakan dengan bilik anda berehat dan menyegarkan diri – bilik tidur. Tempat anda berehat sepatutnya mendamaikan dan menenangkan. Ketika kita mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang ini, buatlah perubahan pada bilik tidur anda sekarang agar anda dapat terus berehat dalam suasana paling selesa sepanjang tahun yang sibuk. Sebagai contoh, gambaran bilik tidur dua nada ini menggunakan Midnight Garden (50GG 23/085) dan Neptunes Depths (27BB 10/138) – yang menunjukkan bahawa padanan warna pelengkap biru dan hijau pekat menjadi mantera yang mampu menjelmakan ketenangan dan kedamaian.
Penting juga untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran yang menenangkan serta produktif di dalam bilik di mana anda menghabiskan paling banyak tenaga dan masa. Bagi kebanyakan orang, ia adalah tempat belajar atau pejabat rumah. Dapatkan inspirasi daripada tiga warna pelengkap yang digunakan dalam contoh ini, iaitu bilik belajar anak. Warna hijau muda dan biru lembut memancarkan kesegaran kehidupan sambil diseimbangkan oleh nada coklat semula jadi.
Untuk bilik yang lebih kecil, kami mengesyorkan anda menggunakan rona yang lebih cerah dan lembut daripada warna-warna Earth bagi menyerlahkan cahaya matahari dan mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. Jika anda berminat untuk meniru set-ruang ini, warna yang kami gunakan adalah Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106); Grey Jeans (45GY 55/502) dan Blueberry Mash (14BB 55/113).
Ruang tamu biasanya menjadi ruang pertama yang dimasuki oleh tetamu dan pemilik rumah, bertindak sebagai teras rumah dan penghubung ke bahagian yang lain. Ini menjadikan ruang tamu sebagai tempat terbaik untuk memanfaatkan Brave Ground. Sambil merenung kembali tahun yang akan terkenal dalam sejarah, apa yang amat kita perlukan sekarang adalah merasai permukaan yang dipijak. Merasai kekukuhan dasar (yang dipijak) itu memberikan kita keberanian untuk menerima perubahan.
Intipati daripada perasaan nyaman dan tenang ini terakam dalam Warna Pilihan Tahun 2021 AkzoNobel, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106). Ini adalah warna yang tepat bagi meningkatkan ketenangan di ruang tamu dan mewujudkan semangat kecekalan yang kita semua perlukan untuk tahun yang mendatang ini.
Salah satu perkara yang paling menyenangkan ketika pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup mewah ketika tinggal dihotel hotel. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan?
Tidur dibilik hotel pula pastinya extra lena dan selesa. Bagi mendapatkan kamar tidur ala hotel 5 bintang, tidaklah susah sebenarnya. Ikut dulu tip yang telah IMPIANA sediakan ini.
SKEMA WARNA Pilih rona neutral buat bilik tidur anda untuk tampak tenang dan sofistikated, saling tak tumpah seperti bilik hotel mewah yang menyajikan kita dengan aura nyaman dan selesa.
PERABOT STATEMENT Pemilihan perabot boleh boleh dilakukan mengikut kesesuaian ruang dan keutamaan tetapi untuk memberikan bilik tidur anda feel seperti di hotel, jangan lupa sertakan perabot yang menonjol dan boleh dijadikan titik fokal mahupun tarikan utama di dalam ruang tersebut.
KEMASAN LEMBUT & CADAR MEWAH Pastikan kemasan lembut anda terdiri dari bahan-bahan berkualiti kerana ia mampu menambah gaya mewah pada ruang. Selain itu cadar tilam/katil dan juga sarung bantal biarkan saja polos untuk tampil elegan.
PENCAHAYAAN Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.
STAIL & AKSESORI Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!