
Tip bersihkan tandas kuning, berkerak cara mudah dan jmat. Tandas merupakan ruang yang digunakan setiap hari bagi memenuhi keperluan asas manusia. Selain berfungsi untuk menjaga kebersihan diri, tandas juga adalah tempat yang paling mudah menjadi habitat bakteria, kuman dan virus.
Tip Bersihkan Tandas Kuning, Berkerak Cara Mudah Dan Jimat
Lebih membimbangkan, terdapat kajian yang mendapati bahawa jamban jenis duduk berpotensi menyebarkan penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti Trichomonas.
Hal ini kerana virus tersebut mudah melekat dan merebak melalui objek lembap seperti pakaian, tuala mandi, berus gigi serta jamban.

Oleh itu, kebersihan tandas dan jamban perlu diberikan perhatian serius agar tahap kesihatan diri dan keluarga sentiasa terjamin.
Berikut dikongsikan beberapa tip mudah bagi membantu anda membersihkan tandas rumah dengan lebih berkesan.
1. Guna cecair peluntur
Bahan ini paling kerap digunakan kerana keberkesanannya memang terbukti. Caranya, tuangkan peluntur ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika, kemudian bilas atau flush.
Tetapi, perlu diingat, jangan tuang peluntur pada permukaan tempat duduk tandas kerana ia boleh merengsakan kulit jika terkena.

2. Bersihkan dengan cuka
Cuka juga boleh dijadikan pembersih alternatif. Caranya, tuangkan dua gelas cuka ke bahagian dalam dan penutup tandas, biarkan dua jam, kemudian sental dengan berus.
Selepas dibilas, anda akan lihat kesan kekuningan lebih mudah hilang.

3. Gunakan kola
Jika cuka tiada, kola boleh dijadikan pilihan. Tuangkan satu botol kola ke dalam mangkuk tandas, biarkan sejam, lalu flush.

Kesan asid sitrik dalam minuman ini membantu melarutkan kekotoran serta menjadikan tandas kembali bersih.
4. Campuran serbuk penaik
Untuk pilihan lebih semula jadi, serbuk penaik boleh digaul bersama cuka atau kola sehingga menjadi pes.

Sapukan pada permukaan tandas selama 15 minit sebelum dibilas. Pes ini juga boleh digunakan untuk bahagian lain dalam tandas.
5. Lemon dan garam
Jika bahan lain tiada, lemon dan garam juga berkesan. Taburkan garam pada permukaan tandas, kemudian gosok menggunakan lemon yang dibelah dua seolah-olah span.
Lakukan selama 15 hingga 20 minit untuk hasil lebih bersih dan wangi.

Sumber: hello doctor.com
Baca artikel lain juga: Pilih Tandas Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak, Elak Insiden Penutup Flush Tandas Terjatuh
Tutup Penutup Mangkuk Tandas Sebelum Mengepam, Elak Bakteria, Virus Terkeluar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di



