
Tiada laman tapi nak tanam sayur, boleh guna idea yang dikongsi oleh Ain Motociclo. Tiada tanah untuk bercucuk tanam bukan alasan, boleh tanam tepi dinding.
Untuk tanaman cara ini dia menggunakan kaedah nutripot yang dibuat sendiri dari botol terpakai yang kemudian dilekatkan pada dinding stor rumah.
Dari tepi dinding ini macam-macam sayur boleh ditanam. Bagi yang nak mencuba boleh ikut info yang dikongsi oleh Ain.
Tiada laman tapi nak tanam sayur, ini caranya
1. Terlebih dahulu semai biji benih sayur, yang ini sawi. Selepas naik 3-4 daun barulah boleh dialih ke botol atau nutripot.
2. Untuk membuat botol nutripot boleh guna botol mineral terpakal 1500ml atau 1.5L. Botol ini dipotong 2 bahagian. Bahagian atas dibuat lubang sekelilingnya.
3. Setelah itu botol bahagian atas diletakkan dengan tali mop/kain dan diisi dengan sedikit tanah (tali bertujuan untuk menyerap air baja dari bahagian bawah).
3. Bahagian bawah pula diletakkan air baja AB.
4. Botol yang dah siap bolehlah diletakkan anak benih sayur.
Ini anak benih sayur sawi yang baru dipindahkan dalam nutripot.
Memandangkan kediaman tiada ruang, botol ini dilekatkan di dinding. Boleh saja nak letak di bawah jika ada laman.
INFO
- Cara penanaman nutripot ini tak memerlukan siraman tapi bila semakin sayur membesar perlu selalu periksa airnya kerana air lebih cepat diserap.
- Bahagian bawah botol disembur cat hitam untuk mengelakkan bahagian bawah berlumut.
Sumber: Ain Motociclo
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI