Satu sesi perkongsian di antara Young Living iaitu jenama terkenal minyak aromaterapi bersama media telah berlangsung dengan jayanya. Duta Young Living iaitu Dr Lindsey Elmore menunjukkan cara-cara DIY bagaimana menggunakan produk essential oil ini dengan efektif dalam kehidupan harian. Turut dikongsi oleh beliau ialah beberapa maklumat menarik tentang produk Young Living.
Aroma Individu yang Universal
Aroma memberikan kesan yang besar kepada kita. Ia merupakan ciri semula jadi manusia! Dengan hanya sedikit aroma yang nostalgia akan membawa anda ke zaman yang silam. Atau bau kopi yang dibakar pada waktu pagi akan menyegarkan anda walaupun anda bukan peminum kopi. Sama ada kita sedar atau tidak, aroma yang biasa dalam kehidupan seharian boleh memberi kesan kepada perasaan kita.
Aroma selalunya memberi impak yang universal kepada manusia, namun penghargaan dan penggunaan wangian adalah bersifat peribadi dan berdasarkan kegemaran individu. Wangian yang anda amat gemari dan selalu anda gunakan pada tubuh mungkin tidak digemari oleh orang lain. Oleh yang demikian, dunia aroma mungkin melibatkan penemuan diri sebenar seseorang kerana ia melibatkan pencarian apa yang benar-benar sesuai untuk anda – aroma peribadi anda.
Penjagaan Diri Berasaskan Minyak Pati
Penggunaan minyak pati sebagai wangian semula jadi bukan sahaja tentang menjaga kesejahteraan diri sendiri dengan mengelakkan penggunaan wangian sintetik yang dibuat oleh manusia. Ia adalah peluang untuk membawakan ciri peribadi dan menghasilkan aroma diri anda yang mencerminkan siapakah anda yang sebenarnya. Seperti penjagaan diri, penggunaan minyak pati bukan bersifat ‘satu penyelesaian untuk semua’. Oleh sebab setiap manusia itu tidak sama, maka anda sahaja yang tahu tentang keinginan dan keperluan diri sendiri.
Ads
Dalam penerokaan untuk mengetahui tentang diri dan keperluan sendiri, sama ada secara fizikal, mental atau emosi, haruman memainkan peranan penting dalam proses ini. Minyak pati yang bermutu mengandungi aroma semula jadi bukan buatan daripada patinya yang memberikan manfaat dalam segala aspek selain kepuasan olfaktori. Memandangkan bilangan individu yang ramai dengan keperluan serta pilihan yang berbeza, Young Living, peneraju pasaran minyak pati, menawarkan lebih 80 jenis minyak pati tunggal yang tidak digabungkan untuk dipilih. Bilangan ini tidak termasuk campuran dan produk minyak pati mereka yang lain.
Apakah Aroma Anda?
Aroma Floral mendapat penerimaan yang tinggi kerana ia biasa digunakan dalam barangan penjagaan diri dan rumah. Bagi mereka yang sukakan haruman bunga, minyak pati Lavender, Geranium dan Ylang Ylang adalah antara beberapa pilihan yang disediakan. Haruman bunga sangat sesuai untuk berehat dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Aroma ini juga sesuai untuk membantu menyegarkan hari (atau malam) para ibu. Namun jangan lupa. Wangian bunga juga boleh memberi kesan yang mengasyikkan – menjadikannya sesuai untuk suasana romantis atau yang menggembirakan!
Ads
Istilah ‘aroma kayu-kayuan’ sahaja sudah cukup untuk membayangkan imej hutan; maka tiada cara lain untuk menerangkan dari mana datangnya minyak pati woodsy. Dengan sumber yang diperoleh daripada pokok-pokok Cedarwood, Idaho Balsam Fir dan Northern Light Black Spruce, minyak pati ini memberikan perasaan kestabilan dan keyakinan. Aroma kayu-kayuan memberikan kesan ketenangan yang boleh digunakan pada saat-saat yang penuh tekanan dalam gaya hidup yang sibuk. Untuk waktu pagi yang seseorang berasa kurang bersemangat, aroma ini berupaya memperkasakan mental dan emosi bagi membantu anda menghadapi hari yang mencabar.
Aroma sitrus mungkin menjadi asas kepada wangian musim bunga dan musim panas, tetapi aroma yang menyegarkan ini sebenarnya tidak lapuk dek hujan. Tidak seperti aroma bunga-bungaan dan kayu-kayuan, aroma sitrus digemari oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita kerana bau yang menyegarkan. Minyak pati Lemon, Orange dan Citrus Fresh adalah antara contoh haruman yang sesuai untuk menyejukkan dan menyegarkan hari anda yang agak perlahan. Bagi mereka yang memilih aroma yang bersemangat boleh menggunakan haruman ini untuk kesan yang menyegarkan!
Ads
Aroma pudina memberi kesan menyegarkan seperti aroma sitrus dan bukan sahaja membantu memberi tenaga tetapi juga dapat menaikkan semangat. Aroma ini memberikan rasa kebebasan kerana ia memberikan gambaran kawasan luar yang luas tanpa sebarang sekatan. Minyak pati seperti Peppermint, Eucalyptus Radiata dan Spearmint adalah antara beberapa pilihan untuk individu yang inginkan kebebasan dan ruang yang luas untuk bergerak.
Berdasarkan personaliti, pilihan malah keperluan seseorang, empat jenis aroma ini boleh dipakai begitu sahaja. Bagi mereka yang lebih berani, aroma ini boleh dicampurkan dengan jenis di dalam atau di luar kumpulan masing-masing untuk haruman yang tersendiri!
Mencipta sendiri aroma adalah sesuatu yang sangat peribadi. Mengetahui campuran aroma peribadi yang anda gunakan setiap hari bukan sahaja menyeronokkan malah memberi kepuasan apabila mengetahui anda boleh mencipta dan menghasilkan campuran aroma mengikut pilihan dan keperluan peribadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masihkah anda ingat dan kenal dengan figura pereka hiasan dalaman terkenal, Dr. Eric Leong yang pernah muncul di kaca televisyen suatu ketika dahulu? Mesti anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau.
Hasil tinjauan IMPIANA di laman maya mendapati pereka hiasan dalaman terkenal tanah air kini berkhidmat sebagai pembantu Profesor di sebuah institusi pengajian tinggi, New Era University College, Kuala Lumpur.
Meski tidak lagi kelihatan muncul di mana-mana saluran di kaca televisyen, ikon pereka hiasan dalaman ini tetap aktif dan sentiasa setia bersama para pengikut laman media sosialnya di Instagram, Facebook dan Clubhouse.
Selain itu, figura terkenal ini juga dilihat telah mengisi masa untuk pergi bercuti ke luar negara antaranya Greece, Paris, Filipina, China dan banyak lagi.
Dr. Eric Leong sebelum ini merupakan bekas hos rancangan Casa Impian yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria, sekitar 20 tahun yang lalu.
Casa Impian adalah sebuah rancangan mengetengahkan idea rekaan hiasan dalaman dan cara mengubahsuai rumah supaya tampak lebih cantik serta bergaya kepada para penonton.
Konklusinya, pereka hiasan dalam popular ini sebenarnya tidak menghilang, malah masih kekal aktif dalam bidang kerjaya yang diceburinya. Semoga Dr. Eric Leong terus berjaya dan diharapkan kembali muncul di kaca televisyen. Pasti ada yang rindu betul tak?
Foto: Instagram Dr. Eric Leong
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan unit penyaman udara baharu yang menampilkan teknologi penyejukan Wind-Free ™. Model AR9500T yang inovatif dan unik ini telah diperkenalkan ke pasaran di seluruh dunia.
Penyaman udara AR9500T tercipta untuk merevolusikan pasaran sebagai unit bebas angin yang pertama dengan penyejukan adaptif dan kemampuan AI. AR9500T menambahkan kepintaran dan kemudahan dengan mengoptimumkan proses penyejukan dengan ciri AI Auto Cooling, yang membolehkan pengguna menggunakan penyaman udara mereka dengan lebih mudah dan cekap. Ia berfungsi dengan menganalisis keadaan bilik, suhu pilihan pengguna dan mod penyejukan, dan bahkan iklim luar untuk beralih ke tetapan yang paling sesuai secara automatik.
Fungsi “fast-cooling” atau penyejukan pantas berfungsi dengan menyejukkan bilik dengan cepat dari satu sudut ke sudut yang lain. Ia menyebarkan udara sejuk lebih jauh dan lebih luas untuk memastikan selimut udara sejuk yang konsisten tidak kira di mana anda berada di dalam bilik. Digital Inverter Boost dalam unit Bebas Angin ini dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemampat mencapai kuasa maksimum sebaik sahaja ia mula beroperasi. Ini membantunya menyejukkan udara 43 peratus lebih cepat berbanding model konvensional. Dalam mod Penyejukan Bebas Angin, udara segar disebarkan dengan lembut dan sekata melalui 23,000 lubang mikro. Ini mewujudkan atmosfera yang sejuk tanpa penghasilan angin kuat yang tidak menyenangkan.
Terima kasih kepada pemampat Digital Inverter Boost yang cekap tenaga, AR9500T mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 73 peratus dan dilengkapi dengan label tenaga 5-Bintang untuk CSPF – penarafan tenaga tertinggi yang terdapat di Malaysia.
Harga adalah seperti di bawah:
1.0hp – MYR2.399
1.5hp – MYR2.699
2.0hp – MYR3.699
2.5hp – MYR4.399
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyaman udara Samsung AR9500T Wind-Wind, layari Samsung Malaysia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang menetap di sekitar kawasan perumahan Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya sudah pasti mengetahui dengan kewujudan sebuah rumah banglo besar yang sudah lama tidak berpenghuni terletak di atas bukit kawasan perumahan tersebut.
Pelbagai spekulasi cerita dari orang ramai mengenai rumah banglo tersebut sehingga ada yang mendakwa rumah tersebut ‘berhantu’ dan sangat menyeramkan.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan rumah banglo yang tertera tulisan SG pada pintu pagar utama kediaman tersebut sering berlaku pelbagai kejadian mistik yang menakutkan.
Kini, akhirnya rumah banglo tersebut difahamkan telah berjaya dijual dengan harga lelongan sebanyak RM4,400,000 pada Selasa.
Meski kediaman tampak besar sehingga ada yang beranggapan ia sebagai sebuah rumah banglo, tetapi sebenarnya kediaman ini jenis rumah 2 tingkat berkembar.
Dengan nilai harga lelongan yang dijual, kediaman ini boleh dikatakan sebagai sangat murah dengan nilainya. Kerana lokasi kediaman ini strategik dan sangat berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Sejauh mana kebenaran cerita mengenai kediaman ini yang dikatakan ‘berhantu’ dan sering berlakunya pelbagai kejadian mistik, sehingga kini belum diketahui kebenarannya dan masih menjadi misteri kan?
Sumber: Facebook Muhammad Ishaq
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.