KUALA LUMPUR, 1 NOV 2017 -Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.
“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Ads
Pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan. Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 150,000 usahawan aktif, Shopee komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Ads
“Kami teruja dapat menyertai Jualan Murah Super 11.11 Shopee tahun ini sebagai salah satu rakan niaga rasmi. Tempoh akhir tahun adalah masa kemuncak untuk orang ramai membeli-belah sebagai persiapan sempena tahun baru atau sebagai hadiah. Kami gembira Shopee menerajui trend ini secara dalam talian dan melancarkan satu kempen yang memberikan penjimatan berganda di samping memudahkan pengguna untuk memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.
Ads
Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi. Selain itu, lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.
“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan. Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi,” tambah Ho.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jejaka berasal dari Johor ini, Khairul Adzwan Khairullah, 28, telah membuktikan bahawa barangan hasil daripada DIY ‘Do It Yourself’ mampu memberi keuntungan kepada anda selain ia dijadikan sebagai hobi.
Menurutnya, pada permulaannya ia hanya jadikan aktiviti ini sebagai hobi, namun lama kelamaan hasil karyanya itu mendapat permintaan daripada kalangan rakan-rakan. Justeru, dia mula menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan dan secara dalam talian seawal tahun 2008 dengan menjual barangan kraf tangan dan cenderamata.
“Saya gemar mereka sesuatu produk seperti kraf tangan dan cenderamata yang menjadikan sesuatu produk itu unik kerana dihasilkan lain daripada yang lain.
“Produk yang dihasilkan itu untuk dijadikan sama ada barangan perhiasan, sebagai hadiah mahupun untuk kegunaan harian. Bermula dari situ, saya melihat bidang ini sebagai satu peluang perniagaan sebelum mula memasarkan produk secara serius secara online”.
Antara produk yang dihasilkan pemuda ini termasuk beg, bingkai gambar, bantal, barangan bayi dan pelbagai produk kraf tangan.Dia mengakui produk keluaran KRLbrands bukan sahaja mendapat permintaan daripada pelanggan di negeri ini, malah dari seluruh negara. Di bawah ini merupakan hasil barangan yang telah dihasilkan oleh Khairul Adzwan.
Apakah yang dimaksudkan dengan DIY (do it yourself)? Ia bermaksud kegiatan menghasilkan, memperbaiki, atau memodifikasi sesuatu yang dilakukan sendiri. Dalam erti bahasa melayunya adalah ‘buat sendirilah’.
DIY bukan hanya merupakan kegiatan yang mengisi masa lapang, walaupun ia dikatakan agak sukar berbanding dengan membeli hasil produk sedia ada dipasaran, namun beberapa manfaat lain yang anda dapat daripada aktiviti ini ialah:
Meningkatkan kreativiti
Menjimatkan kos
Meningkatkan tahap kesabaran
Menghasilkan sesuatu yang unik tiada dipasaran
Memberi kepuasan serta berasa bangga dengan hasil karya anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang masih tidak tahu mengenai apakah itu kepercayaan ‘Feng Shui’ yang majoritinya diamalkan oleh masyarakat kaum berbangsa Cina ini, ia adalah sistem undang-undang semula jadi Cina Kuno yang seharusnya mengatur susunan perabot dan hiasan dalaman rumah mengikut aliran tenaga (Chi).
Untuk maklumat anda, definisi untuk perkataan ‘Feng’ ia membawa maksud angin manakala ’Shui’ pula bermaksud air dalam bahasa Cina. Mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’ oleh masyakat kaum Cina, ruang kamar tidur adalah antara ruang yang paling penting dan harus diberikan keutamaan berbanding dengan ruang lain yang ada di dalam rumah.
Ini kerana, masyarakat kaum Cina melihat dari sudut rutin kehidupan seharian manusia akan banyak meluangkan dan menghabiskan masa yang lebih di ruang kamar tidur.
Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkongsi beberapa pantang larang di ruang kamar tidur mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’. Sebenarnya, ada beberapa pantang larang atau perkara yang tidak boleh anda lakukan di ruang kamar tidur.
Antaranya, kedudukan katil seharusnya berada kedudukan di posisi yang dominan di ruang kamar tidur anda. Selain itu, bagi pemilihan perabot katil pula anda seharusnya menggunakan kepala katil yang direka dengan struktur bentuk yang padat dan tidak berlubang.
Seterusnya pula, keadaan di bawah katil pula haruslah berada dalam keadaan yang sentiasa bersih dan bebas daripada segala habuk atau kekotoran. Bukan itu sahaja, barangan seperti kasut dan beg bagasi antara benda yang tidak sesuai untuk diletakkan di bawah katil.
Ini kerana, mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’, jika anda meletakkan barangan seperti ini di bawah katil, ia dipercayai boleh membuatkan anda berasa seperti sentiasa bergerak dan tidak berada di rumah ketika sedang tidur.
Anda juga boleh menonton perkongsian selanjutnya mengenai pantang larang ini dengan menonton pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sebut sahaja Clorox pastinya ramai tahu akan kegunaannya. Jenama peluntur nombor satu yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil yang bagi korang stress dekat kawasan seperti dapur, bilik air dan satu ketika dahulu Clorox ini digunakan untuk menyerlahkan baju yang berwarna putih. Kasut sekolah anak pun kadang-kadang korang rendam dengan Clorox betul tak? Siapa pernah buat angkat tangan.
Lebih menarik yang korang kena tahu Clorox kali ini mampu membersihkan handphone korang. Kita selalu kata tangan, beg, pemegang pintu, tandas kotor bukan tetapi anda terlupa sebenarnya telefon bimbit anda lebih kotor dari semua yang anda rasa kotor. Sebab telefon bimbit korang akan letak dimerata tempat. Betul ke tak? Betul kan! masuk tandas pun korang akan bawa telefon bimbit.
Clorox kali ini memperkenalkan Clorox Scentiva, rangkaian pembersih berharuman Tropika-Tuscan Lavender dan Jasmine serta Pasific Breeze dan Coconut. Haruman yang cukup menyegarkan dan pastinya tidak menyakitkan deria bau anda serti bau Clorox sebelum ini.
Clorox Scentiva ini mampu mengubah rumah anda menjadi syurga idaman dengan haruman yang lebih menyenangkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.