
Tanam sayur dalam botol, malas siram tapi hasil meriah. Ramai antara kita teringin nak bercucuk tanam sendiri di rumah, tapi terhalang sebab tak cukup ruang atau malas nak siram pokok hari-hari.
Tanam Sayur Dalam Botol, Malas Siram Tapi Hasil Meriah
Kalau anda ada masalah yang sama, ada satu cara mudah yang boleh dicuba, tanam sayur dalam botol air mineral! Teknik ini cukup praktikal, jimat ruang dan air, malah boleh dijadikan hobi ringan yang memberi hasil segar untuk dapur.
Kaedah ini dikongsikan oleh Theshaxfeen dan sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah jenis teres, flat atau apartmen.
Cara Mudah Tanam Sayur Dalam Botol Air Mineral
1. Tak perlu ruang besar
Cukup sekadar kawasan kecil sekitar 2 meter x 0.5 meter di tepi rumah. Kawasan sekecil ini pun sudah boleh digunakan untuk tanam pelbagai jenis sayuran segar seperti sawi, salad, pak choy dan kangkung. Bila nak masak, tinggal petik saja.

2. Botol dua lapis – sistem mudah jaga kelembapan
Guna dua bahagian botol: bahagian atas diisi dengan tanah kompos, manakala bahagian bawah diisi air. Kaedah ini sangat menjimatkan masa sebab tak perlu siram setiap hari. Cuma tambahkan air bila air berkurang. Pastikan paras air cukup hingga menutupi 1/4 daripada medium tanah. Ini penting untuk kekalkan kelembapan tanpa perlu gunakan sumbu.

3. Cara sediakan botol
Potong botol air mineral kepada dua bahagian. Tebuk lubang kecil di bahagian atas botol (yang berisi tanah) untuk membolehkan air meresap ke dalam medium tanah. Lubang pada botol bawah pula berfungsi untuk aliran oksigen bagi elakkan akar busuk dan sebagai laluan lebihan air keluar.

4. Baja dan penjagaan akar
Apabila akar tanaman mula tumbuh sampai ke bahagian bawah botol, penutup botol boleh dibuka. Guna tanah kompos sebagai medium dan baja NPK sebagai sumber nutrien. Pembajaan boleh dilakukan dua minggu selepas benih disemai. Larutkan satu sudu makan baja dalam 1.5 liter air dan siram seminggu sekali. Bila akar sudah masuk dalam botol air, boleh masukkan 1/4 sudu makan baja terus ke dalam air tersebut.

5. Cara tuai hasil
Untuk kangkung, potong batang dan biarkan satu tunas paling bawah. Dalam masa dua minggu dah boleh tuai semula. Sawi, salad dan pak choy pula boleh dipetik dengan ambil tangkai daun matang dan tinggalkan daun paling muda. Biasanya seminggu kemudian, hasil boleh dituai lagi.

Kesimpulannya tidak ada alasan lagi untuk tak tanam sayur sendiri. Kaedah mudah guna botol air mineral ini bukan saja menjimatkan air dan ruang, malah membolehkan kita dapat bekalan sayur segar tanpa perlu keluar rumah. Jom cuba hari ini, pasti berbaloi!
Sumber: Theshaxfeen.
Baca artikel lain juga: Tanam Kesum Guna Kaedah Tapis, Jimat Ruang, Bebas Jentik-Jentik!
Cara Mudah Tanam Daun Selom, Tak Perlu Pun Modal Besar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




