Tanam PADI Dalam Pasu Pastikan Air Mencukupi & Guna Baja Kopi, 4 Bulan Dah Boleh Tuai! Siapa sangka daripada berniat untuk menambah ilmu penanaman padi dalam pasu di laman rumah, selepas 4 bulan kini ia boleh dituai untuk kegunaan sendiri.
Hanya sekadar suka-suka, seorang suri rumah tidak menyangka percubaannya menanam padi di dalam pasu di laman rumahnya di Taman Lavender Height di sini berhasil.
Bermula dengan satu pasu sahaja, kini Siti Aai Shah Rahman Shah, 33, mempunyai 50 pasu pokok padi sawah dan sembilan pasu padi huma.Lebih menggembirakannya apabila padi tersebut kini sudah boleh dituai selepas empat bulan ditanam dan dalam proses untuk dijadikan beras.
Malah perkongsian Siti Aai Shah di aplikasi TikTok mengenai perjalanannya menjadi ‘pesawah moden’ turut menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang berhasrat mempelajarinya.
Beli Benih Padi ‘Online’
Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, dia menanam padi bukannya untuk tujuan komersial sebaliknya sekadar mahu menambah ilmu.
“Lagi pun saya tengok di laman sosial, konsep tanaman padi di dalam pasu ini sudah biasa di Indonesia dan dari situ saya terfikir untuk mencubanya.
“Jadi saya beli benih padi di platform e-dagang dengan harga RM1 untuk satu pek 10 gram,” katanya.
Ujarnya, selepas empat hari menanam benih tersebut, dia teruja apabila melihat sudah ada pertumbuhan.
Ads
Tip Penanaman Padi Dalam Pasu
Katanya, apabila masuk hari ke-20 pokok padi sudah jelas kelihatan dan dari situ dia mendapati tanaman tersebut tidak terlalu sukar penjagaannya.
“Paling penting perlu pastikan sumber air mencukupi dan gunakan baja bersesuaian. Untuk baja, saya guna baja kopi dan ia nampaknya sesuai.
“Jadi sejak hari pertama tanam, saya akan buat catatan dan masuk 90 hari, ia dah mula menguning dan sekarang sudah boleh dituai,” katanya.
Ujar Siti Aai Shah, dia kini menunggu mesin padinya sampai bagi membolehkan padi yang telah dituai diproses menjadi beras.
Ads
Tambahnya, dia tidak menyangka ramai yang berminat untuk belajar cara penanaman padi dengannya termasuk Tunku Azizah selepas berkongsi di platform media sosial.
“Tujuan saya berkongsi tentang teknik penanaman padi dalam pasu adalah untuk membuka minda masyarakat yang usahakannya tidaklah sesukar mana, malah kosnya juga tidak tinggi.
“Manalah tahu ilmu ini boleh jadi keperluan pada masa akan datang,” katanya.
Pendapatan Sampingan Pokok Strawberi
Selain tanaman padi, bekas usahawan ini turut menanam pokok strawberi yang kini menjadi sumber pendapatan sampingannya apabila mendapat permintaan.
Ads
“Saya pun mula berkecimpung dalam tanaman ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) bagi mengisi masa lapang dan sekarang ia dah jadi satu keseronokan untuk saya.
“Bila duduk membelek pokok-pokok ini pun dah jadi satu ‘healing’ buat saya,” katanya.
Rumput celah lantai simen retak, batu bata paver block di halaman rumah memang pemandangan biasa. Adakala sampai sakit mata dibuatnya.
Kita bina semua itu untuk elak masalah ini tapi lain pula jadinya. Supaya tak stres dengan rumput liar yang tumbuh melata ada beberapa cara yang boleh kita praktikkan.
Tip ini dikongsi oleh netizen dalam satu hantaran di laman Tukang Apa Hari Ini. Perkongsian ini dibuat selepas seorang ahli bertanya cara untuk menangani masalah ini.
Assalam macam mana nak elak dari rumput tumbuh celah batu?
Berikut adalah beberapa solusi yang dikongsi buat yang berdepan masalah sama.
1. Alas dengan plastik
Bagi mengelakkan rumput celah lantai, buka semula paver block kemudian alas dengan plastik khas untuk elak rumput liar bercambah. Selepas itu baru pasang semula paver block.
2. Buat bancuhan air, garam kasar, cuka dan cecair pencuci pinggan
Tiada nisbah tepat untuk membuat bancuhan ini. Jika nak hasil lebih cepat letak cuka lebih dari air. Sembur hari ini, esok rumput akan kering dan senang cabut. Pastikan cabut selepas disembur.
Selepas cabut sembur seminggu sekali. Insya-Allah rumput tak tumbuh. Selamat untuk haiwan kerana tak beracun dan batu pun kurang berlumut.
3. Siram air simen elak rumput tumbuh
Tapi sebelum itu racun dulu rumput, selepas rumput mati cabut dan bersihkan. Selepas bersih, siram air simen di celah-celah batu.
4. Tuang minyak terpakai
Guna minyak hitam kereta terpakai, tuang celah-celah bata. Minyak masak terpakai pun boleh juga digunakan.
5. Tabur garam kasar halang rumput tumbuh
Beli garam kasar kemudian tabur pada celah batu bata atau simen. Buat pada hari yang panas. Rumput akan kering dan boleh cabut. Kemudian ulang lagi tabur garam untuk elak rumput baru tumbuh.
Jeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.
P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau
Bahan-bahan:
Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air
Cara-cara:
1. Sawi pahit dicuci dan dikering
2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin
Kebiasaanya, halia yang dibeli, mesti tak digunakan semuanya. Ada tu sampai kecut simpan dalam peti ais. Apa kata kalua dah Nampak hali yang disimpan mula tumbuh tunas, kita semai je. Tak perlu batas dan pasu yang khas, guna guni pun dah mencukupi seperti yang dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan. Cara yang dikongsikan oleh puan Bebiyana sangat mudah dan tak perlukan barang dan bahan yang rumit. Tapi hasil halinya yang ditanam di dalam guni memang menajdi. Jom kita tengok cara tanam hali dalam guni puan Bebiyana
Ada ramai orang di luar sana punya halia yang berbaki dalam peti ais. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia
Kemudian potong-potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh
Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Kemudian keringkan
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan
Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah
Kambuskan halia yang telah disemai. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!