Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya dan boleh digunakan untuk masakan harian seperti Kobis Bunga ni. Namun nak semai dan tanam sayur kubis bunga ada tipsnya. Jika kena cara penjagaannya, 3 atau 4 bulan dah boleh tuai hasilnya.
Rupanya antara tip sewaktu tanam kobis bunga, pastikan’bunganya’ ditutup guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Malah bebas serangan dari serangga perosak dan sinar matahari.
Mak-mak nak cuba tanam sayur Kobis Bunga sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Norliza Abu Bakar. Berjaya semai dari biji benih sehinggalah mengeluarkan Kobis Bunga yang elok cantik, subur, besar dan segar bugar.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
Sepanjang 5 musim hampir 2 tahun dalam suasana PKP, ini adalah musim yang terindah pernah saya alami. Ada lagi yang cantik-cantik tapi yang ni paling saya sayang.
Walaupun amik masa yang panjang lebih 3 bulan untuk melihat hasilnya, tapi saya puas.Tip yang dikongsikan ini cara saya berkebun mungkin ada lagi sifu-sifu lain yang lebih handal berkebun. Kita berkongsi tips mana yang baik.
Ads
Antara Tipnya:
Semai guna biji benih. Semai dulu tempat lain dah naik 5 inci alihkan ke polybag besar sikit.
Saya tanam dalam polibag saiz 9×12, guna tanah sawit campur cocopeat.
Saya letak bawah bumbung tepi longkang. Maklum lah rumah taman tu je ruang yang ada. Saya letak bawah awning tepi longkang jadi dapat panas petang sekejap je. Tapi rasa memang tak boleh direct matahari.
Kalau dah keluar bunganya sekali biarkan pokok tu terus hidup. Lepas ambil bunganya nanti akan ada keluar anak-anak pokok dibatang pokok tu. Boleh patahkan, rendam sampai keluar akar atau terus tanam. Lagi senang dah tak payah guna benih.
Saya pakai baja paksa gemok, tanah sawit campur sabut hancur. Baja seminggu sekali pada pangkal pokok. Cari spray racun serangga nama dia ‘raja anti serangga’ dekat Shopee.
Saya tutup/sungkup bunga dia dengan netting atau sungkup dengan daun dia juga untuk bagi bunga cauliflower tu tak kuning dan tak cantik.
Tutup bunga tu guna daun dia.Hujung daun tu cucuk guna lidi atau cungkil gigi agar daun tu tak lepas. Bunga akan jadi lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Tu kaedah yang biasa petani-petani buat untuk lindung bunga dari serangan serangga perosak dan sinar matahari.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Ads
Ni gambar musim lepas masa tanam dalam 3 bulan lebih.
IMPIANA: Semoga perkongsian penjagaan tanaman Kobis Bunga ini bermanfaat. Mak-mak yang suka berkebun tu, boleh cuba tanam kubis bunga ikut tip yang dikongsikan ini.Pastikan tutup ‘bunganya’ guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih.
Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya bagi yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.
Boleh rujuk perkongsian lengkap daripada Puan Azlina Mat Lazim ini, cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.
Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Cara-Caranya:
1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Tip Ekstra!
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Jika barang keluli seperti tong gas, kotak besi, batang penyapu keluli dibiarkan dalam tempoh yang lama dan terdedah kepada udara lembap, ia akan meninggalkan kesan karat pada permukaan lantai. Sakitnya lah mata bila nampak kesan karat tersebut. Betul tak?
Selain itu juga, kesan karat tersebut boleh wujud secara semula jadi. Kebiasaanya, ia berpunca daripada tindak balas air pada permukaan konkrit. Biasanya ia berlaku pada bahagian paip air dan rekahan konkrit.
Dah macam-macam cara diguna untuk menanggalkan kesan karat tersebut. Kebiasaanya, cara paling mudah adalah dengan menggunakan asid. Tapi, kadah itu mengundang ancaman lain pula. Sebeanrnya, ada cara yang lebih selamat dan mudah iaitu hanay dengan menggunakan lemon.
Untuk cuci atau tanggalkan kesan karat degil pada lantai anatau permukaan dinding, anda perlukan
Bahan-bahan:
Jus lemon
Cuka
Berus kasar
Botel semburan
Cara-cara:
1. Cuci keseluruhan permukaan yang terdapat kesan karat denagn air bersih terlebih dahulu
2. Perah lemon pada kawasan berkarat dan gosok atau sental seketika dengan menggunakan kulit lemon tersebut
3. Biarkan selama 10 minit
4. Berus permukaan karat yang telah diperah lemon tadi.
5. semburkan sedikit cuka pada permukaan yang disental supaya sedikit basah. Ulang beberapa kali shingga kesan karat hilang
Pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu di laman rumah apabila semakin membesar memerlukan ruang yang lebih selesa. Ini bagi memastikan akar pokok dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa dan membantu tumbesaran pokok yang lebih baik.Salah satu cara dengan memindahkan pokok-pokok tersebut pada pasu yang lebih besar atau tanam terus ke dalam tanah.
Namun demikian, kebiasaannya sukar untuk memindahkan pokok dari dalam pasu ke bekas yang lebih besar, kerana tanahnya yang telah padat dan keras. Cara yang selalu dilakukan bagi memindahkan pokok ini dengan mengorek tanah sedia ada di dalam pasu.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk pindahkan pokok pada pasu yang lebih besar, tanpa perlu mengorek tanah atau memecahkan pasu sedia ada. Malah cara ini lebih praktikal, pasu lama juga boleh digunakan.
Bahan Diperlukan:
Tong Cat/ Baldi
Air Secukupnya
Tanah
Pasu
Leca Ball
Cara Membuat:
1. Mula-mula, isikan air memenuhi tong cat atau baldi tersebut.
2. Masukkan pula pokok ke dalam tong cat/ baldi tadi. Pastikan tanah dalam pasu terendam dan biarkan seketika.
3. Selepas itu, keluarkan pokok tersebut daripada tong cat/ baldi tadi.
4. Ketuk sedikit pasu dan cuba longgarkan tanah dalam pasu bagi mengeluarkan pokok.
5.Ambil pasu yang lebih besar masukkan tanah sehingga separuh bahagian.
6.Kemudian, masukkan pasu kecil tadi dan tekap ke dalam tanam pada pasu yang besar. Ia bagi membentuk ‘cetakan’ dan memudahkan pokok ditanam nanti.
7.Selepas itu, masukkan pokok dan ratakan tanah dengan kemas.
8.Akhir sekali, boleh juga tambahkan ‘Leca Ball’ pada bahagian atas permukaan. Ia berfungsi seperti tanah untuk menyimpan air selain mencantikkan pasu.
9. Siram pokok seperti biasa.Siap!
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
IMPIANA: Mudah sangat untuk tukar pasu pokok ikut cara yang dikongsikan ini. Barulah ia dapat menggalakkan pembesaran pokok & akar pokok pun dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.