
Memilih mesin basuh selalunya merumitkan apabila anda perlu mempertimbangkan pelbagai faktor—kapasiti, masa cucian, jenis kitaran, kaedah pemasangan, hingga kepada penggunaan tenaga. Namun, cara paling mudah untuk memulakan pemilihan adalah dengan melihat rutin basuhan sebenar di rumah anda sepanjang minggu.
Ini kerana rutin dan keutamaan berbeza dengan ketara dari sebuah isi rumah ke isi rumah yang lain. Golongan bujang mungkin mahu menjimatkan masa mencuci, pemilik haiwan peliharaan berdepan timbunan cucian bulu dan kotoran, manakala keluarga besar lebih mementingkan fungsi menyegarkan pakaian tanpa perlu cucian penuh setiap kali. Rangkaian mesin basuh dan pengering Samsung direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup ini.
1. Untuk Golongan Bujang / Isi Rumah Individu: Singkirkan Kerumitan Membasuh
Bagi anda yang tinggal sendirian, tugas menguruskan pakaian diselesaikan sepenuhnya oleh anda sendiri.
-
Cabaran Pra-Cucian: Berdasarkan tinjauan global Samsung pada tahun 2025, tugasan awal seperti mengasingkan pakaian, memilih kitaran yang betul, serta menyukat kuantiti cecair pencuci atau pelembut adalah antara bahagian yang paling merumitkan dalam proses cucian.
-
Solusi AI Wash: Kitaran AI Wash pada mesin basuh Samsung membantu memudahkan langkah ini. Apabila dipilih, mesin mengesan berat muatan dan jenis fabrik tertentu untuk meningkatkan prestasi cucian, di samping mengesan tahap kekotoran untuk melaraskan jumlah bahan pencuci dan air secara automatik.
2. Untuk Keluarga Sibuk: Segarkan Pakaian & Tilam Antara Cucian
Dalam isi rumah yang sibuk, tidak semua pakaian memerlukan cucian penuh setiap kali selepas dipakai. Pakaian, cadar, dan barangan kerap guna amat mendapat manfaat daripada kitaran penyegaran (refresh).
-
Kitaran Air Wash: Mesin basuh pengering kombo Samsung menawarkan fungsi Air Wash, iaitu kitaran menggunakan udara panas lampau untuk menyahbau pakaian kering dan peralatan tempat tidur tanpa memerlukan bahan pencuci atau bahan kimia. Ia menjimatkan masa serta mengekalkan kualiti fabrik untuk jangka masa panjang.
-
Kebersihan Drum (Drum Clean+): Keluarga juga boleh menjaga kebersihan mesin dengan mudah menerusi fungsi Drum Clean+, yang membantu membersihkan bahagian dalam dram dan menyingkirkan kotoran serta 99.9% bakteria penyebab bau. Mesin ini turut memberikan peringatan automatik selepas setiap 40 kitaran cucian.

3. Untuk Pemilik Haiwan Peliharaan: Urus Kotoran Harian Dengan Mudah
Haiwan peliharaan membawa banyak kegembiraan, tetapi ia juga menghasilkan bebanan cucian yang banyak—sama ada kesan tapak kaki selepas berjalan di luar, bulu pada baju kesayangan, atau timbunan tuala basah selepas memandikan kucing dan anjing.
-
Bespoke AI Laundry Combo: Bagi isi rumah yang cepat bertambah cuciannya, Bespoke AI Laundry Combo menggabungkan fungsi membasuh dan mengering dalam satu perkakas tunggal (single appliance). Reka bentuk berkapasiti besar membolehkan anda membasuh lebih banyak pakaian dan tuala sekaligus tanpa perlu memindahkan kain dari mesin basuh ke mesin pengering.
-
Kitaran Pet Care: Model terpilih dalam portfolio Bespoke AI turut menawarkan kitaran Pet Care sebagai pilihan tambahan untuk menjaga barangan harian bersama ahli keluarga berbulu kesayangan anda.
4. Untuk Yang Utamakan Kemudahan: Nikmati Kawalan Pintar Intuitif
Ciri terbaik pada sesebuah mesin mungkin terletak pada kawalan tetapan yang mudah dicari dan digunakan.
Anda mungkin berminat dengan
-
Skrin Pintar 7-Inci: Skrin pintar berukuran 7-inci pada model terpilih menyatukan kawalan utama di satu tempat. Anda boleh melayari kitaran, melaraskan tetapan bilas dan putaran dengan sentuhan mudah, serta memantau peralihan daripada proses membasuh ke mengering.
-
Ekosistem SmartThings: Skrin pintar ini bukan sekadar untuk urusan basuhan; pengguna boleh menyemak laporan tenaga dan memantau status perkakas rumah yang bersambung dengan SmartThings di seluruh kediaman.
Alat Bantu “Help Me Choose” Di Laman Web Samsung
Jika anda masih berasa sukar untuk membuat keputusan, layari www.samsung.com/my/washers-and-dryers/help-me-choose/ yang menyediakan alat bantu Help Me Choose My Washer & Dryer.
Hanya dengan menjawab beberapa soalan ringkas mengenai jenis mesin yang diingini, saiz isi rumah, kekerapan membasuh, ciri wajib ada, serta bajet anda, alat ini akan mengesyorkan model Samsung yang paling sepadan dengan gaya hidup anda.

