Telur antara bahan masak paling mudah, cepat dan sedap. Tak ada telur, macam tak lengkap bahan dapur walaupunya hanya keperluan asas. Tapi, telur ni kebiasaanya seminggu je elok, lepastu dah mula kuning nya pecah bila masak.
Tapi, Yatie Eimra ada cara macam mana nak simpan telur supaya tahan lama dan macam mana nak kenalpasti telur yang kita beli tu masih baik untuk digunakan.
Macam mana cara korang simpan telur ayam ye?
Pernah tak telur yang korang beli tu busuk/rosak sebelum tarikh luput? Saya selalu beli telur tanpa suntikan antibiotik (free antibiotics) atau telur ayam kampung. Yang saya perasan telur ni lagi cepat rosak berbanding telur ayam biasa sedangkan tarikh luput masih lama lagi.
Sebelum ni memang basuh telur bila nak guna je. Tapi sebab selalu sangat masalah telur rosak walaupun baru seminggu, sekarang ni memang wajib buat ujian rendam telur ayam dulu sebelum simpan Hampir tiap kali juga ada sebiji-2 telur yang dah separa terapung. Bila dah tahu mana telur yang lama, bolehlah guna/masak dulu. Cara ni juga sesuai untuk yang suka beli telur dalam kuantiti banyak tapi lambat habiskan tu
Cara nak uji kesegaran telur ayam
1. Basuh & bersihkan telur dari kotoran.
2. Sediakan bekas jernih (lebih tinggi dari paras telur). Isikan air paip. Masukkan 1 per 1 telur. Pastikan tak terlalu padat & masih ada ruang.
3. Perhatikan kedudukan telur dalam air.
Telur baru = tenggelam dengan posisi melintang
Telur >1 minggu = tenggelam dengan posisi sedikit condong
Telur 2-3 minggu = tenggelam dengan posisi tegak (bahagian runcing di bawah)
Telur lama = separa terapung
Telur rosak = terapung sepenuhnya.
Ads
*sebelum ni saya cuba simpan seminggu lagi telur ayam yang tenggelam dengan posisi tegak, tapi bila direndam telur ni tenggelam condong pulak. Makin lama barulah akan jadi separa terapung. Agak susah nak bezakan samada telur yang tenggelam condong ni lebih dari 1 minggu atau lebih dari 3 minggu. (saya habiskan yang terapung & condong ni dulu)
*telur terapung sebab banyak kandungan udara tapi tak semestinya dah rosak. Pada peringkat ni, isi telur semakin cair tapi ada yang masih boleh dimakan. Kalau goncang & cair tu.. Terus je pecahkan dalam bekas. Kalau nasib baik, boleh dimakan lagi.. Yang dah busuk tu, ke sinki aje lah jawabnye..
Cara simpan telur yang dah dibasuh agar tahan lama
Telur ni sebaiknya yang nak disimpan tak perlu dibasuh sebab kat kulit telur ada 1 lapisan pelindung (kutikel). Kutikel ni fungsi dia melindungi pori halus pada kulit telur dari masuk udara & bakteria.
Tapi bila telur ayam dah dibasuh, kutikel akan hilang & pori² halus akan terdedah sebabkan telur tak boleh tahan lama. Telur perlu disimpan dalam fridge dalam bekas khas untuk telur atau bekas bertutup supaya tak serap lebih banyak udara/bau²an lain.
Ads
1. Asingkan telur ayam yang telah dibasuh ikut tahap kesegaran. Tos kering. Gunakan tisu dapur/kain supaya cepat serap air.
2. Bila dah kering, susun telur yang lebih segar dalam bekas bertutup yang dah ditabur dengan beras sikit. Beras ni berfungsi serap segala lembapan/wap air yang terbentuk dalam bekas. Boleh gunakan beras yang sama untuk telur yang berikutnya. Tapi dalam beberapa bulan, perlu tukar beras baru bila beras dah mula berkulat.
Ads
3. Untuk lapisan ke-2, susun telur yang lebih lama (supaya guna telur lama dulu). Gunakan tisu dapur atau kain sebagai alas untuk elakkan telur ayam retak/pecah.
4. Tulis tarikh expired/best before (BB) pada bekas supaya tak lupa.
Nota kaki:
*Gambar telur ayam sebiji tu, dah 2 minggu lepas tarikh luput. Saya sengaja simpan untuk tunjuk telur ni masih elok. Biasanya 2 minggu sebelum tarikh luput lagi dah rosak. Semenjak simpan cara ni, dah tak pernah buang telur lagi.
*Cara ni sesuai untuk mereka yang selalu alami masalah telur rosak
sebelum tarikh luput & beli telur banyak tapi lambat habiskan. Kalau yang dah memang confirm habiskan, baik simpan macam biasa je. Boleh juga guna cara ni untuk simpan balance telur yang tarikh expirednya tinggal lagi seminggu untuk panjangkan jangka hayat & supaya rasa telur tak terjejas
*Saya bukan nak galakkan simpan telur lama², tapi sekarang ni nak elakkan telur rosak sebelum tarikh luput & nak elak pembaziran. Harap maklum ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai memberi perspektif sangat negatif terhadap kediaman jenis flat. Namun ramai telah mengubah perspektif tersebut seperti yang dilakukan oleh Cikgu Farid Saadul Baharim.
Rumah pertama yang dibina untuk menjadi syurga bersama isteri dan isi rumah yang bakal hadir merupakan sebuah flat yang diubah sui interior bak kondo. Pemilik yang suka dekorasi rumah telah memilih rona hitam dan putih sebagai tema.
Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai main warna
Bagi pemilik, dekorasi kediaman perlu seimbang dan yang paling penting tidak sarat dengan aksesori dan perabot. Yang paling penting dalam ubahsuai kediaman sempit ini adalah perancangan.
Upah pekerja untuk melakukan ubah suai di anggarkan lebih kurang RM 10K. Untuk kemasan seperti jubin, sinki, pintu, sliding door dan sebagainya di beli sendiri selepes melakukan pelbagai rujukkan dan survey.
Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dgn bajet RM250 sahaja berbanding upah org buat sampai RM1k. Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat sendiri, bila da siap rumah at least ada kenangan manis kita bangunkan rumah ni sama
Tak salah kita belanja lebih sikit untuk rumah sendiri nak nampak selesa sebab benda ni permanent, untuk rumah kita juga, nak bagi selesa isteri, anak2 duduk. Kita balik dari kerja penat2 pun masuk rumah sedap mata memandang boleh rehat. Buat ikut kemampuan diri dan sikit-sikit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nama pun mesin basuh, mesti lah kita nak pastikan baju yang di basuh bersih. Tapi sebenarnya, kita lupa. Mesin pun perlu dibasuh. Sebelum ni IMPIANA ada kongsi cara mencuci mesin basuh secara keseluruhan yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sebenarnya, cara Amni Khassim lebih mudah dan cepat. Namun, teknik ini perlu dilakukan setiap dua minggu. Baru lah mesin basih anda bersih total dan lebih tahan lama.
Nampak kan hasil yang keluar tu macam mana? Itu saya memang buat auto tub clean selama 2 jam setiap 2 minggu. Bayangkan kalau tak pernah buat langsung.
Semasa mesin masih basah, ambil kain atau span, dan lap kesan kulat air tu. Jirus bagi hilang semua. Lepas tu saya buat auto tub clean lagi tadi dengan 1 bungkus saja cleaner. Dan saya titik essential oil peppermint nak bagi wangi mesin basuh saya.
Untuk deep clean, memang kena soak bagi lama. 5 jam. Keluar kulat air tu macam sea weeds. Tebal.
Lepas tu make sure filter yang dalam mesin tu kita cuci setiap kali lepas basuh baju. Filter tu tak dak la tapis semua benda dalm mesin, hanya tapis habuk dan benang yang terkeluar dari kain yang kita basuh. Filter kena berus tau. Situ pun tempat kulat air membiak dengan jayanya. Saya guna berus gigi lama untuk tonyoh.
Last sekali, pesanan buat semua, lepas basuh baju, tudung mesin tak payah tutup. Supaya udara boleh circulate. Kalau tutup, dalam keadaan lembap macam tu, akan menyebabkan bau dalam mesin dan menggalakkan kulat air tu tumbuh dengan gembira dalam mesin kitat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.