Lambakan produk di pasaran dengan pelbagai jenama ada kalanya membuatkan kita pening nak memilih yang mana satu. Ada dikhaskan untuk cuci lantai, cuci sinki dan pelbagai lagi. Sebenarnya tak perlu pun beli pelbagai jenama hanya guna sebiji lemon, mampu mencuci serba serbi pelbagai masalah di dapur. Jom semak!
Harumkan peti sejuk. Potong dua lemon, kikis kulitnya sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Bersihkan Loyang . Gunakan lemon yang dipotong dua untuk menghilang bau dan kesan karat.
Bersihkan pisau dan spatula. Perkakas sebegini tidak sesuai kerap dicuci dengan sabun.
Hilangkan noda kunyit pada tangan. Perah lemon pada baking soda. Bila jadi doh, uli pada tangan anda sehingga kesan kuning kunyit itu hilang.
Lebihan lemon yang diperah, boleh dilumur pada papan pemotong bagi menghilangkan bau ikan atau daging.
Lantai anda berbau hanyir, perahkan lemon setelah anda mop seluruh lantai sebagai penyudah.
Cuci jendela. Perahkan lemon dan kemudian campurkan dengan baking soda. Tambahkan air secukupnya.
Bersihkan lantai terutama jika ada anak yang merangkak. Perahkan lemon, masukkan air dan cuka.
Kulit lemon boleh dimasukkan ke dalam uncang dan dimasukkan ke dalam kabinet sebagai penyegar udara.
Membersihkan kesan kopi pada cawan. Masukkan cuka dan air panas. Gosok dan dibilas dengan perahan lemon.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inspirasi Dekorasi Mewah Merah + Hijau
Rona yang sering dikaitkan dengan inspirasi cinta sudah pasti warna merah menjadi pilihan. Namun begitu, rona merah tidak boleh berdiri dengan sendiri nya tanpa sokongan warna lain terutamanya dalam menghasilkan sesuatu dekorasi yang indah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Quara.com, penggunaan rona merah sahaja tidak dapat menzahirkan ilham cinta. Maka sebagai pilihan padanan yang tepat, Quara.com telah memilih rona hijau untuk mengharmonikan lagi sensasi rona cinta.
MERAH
Mengikut sejarah, rona merah melambangkan kegairahan, percintaa, dan tenaga seksual. Padanan merah dan hijau dapat menzahirkan cetusan atau cita rasa yang lebih mewah. Tambahan, rona hijau mempunyai maksudnya yang tersendiri. Seperti penggunaan pemerah pipi, lipstik atau gaun mnerah,Ia menjadikan si pemakai lebih menonjol dan sentiasa menajdi perhatian. Sebab itu, ros merah diberikan sebagai tanda cinta
HIJAU
Hijau merupakan warna penyembuhan, alam semula jadi, keseimbangan dan kesihatan. Apabila menyebut atau menyentuh menganai semangat melindungi alam semula jadi, ia menjadi fokus seluruh dunia. Sebab itu Rona hijau adalah warna cinta yang digunakan secara global.
Oleh itu, untuk menghasilkan aura cinta yang kuat atau tinggi melalui gabangun dua warna ini, pemilihan rona terang amat di galakkan. Gabnguna ke dua-dua rona ini dapat membangkit gaya kemewahan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Dulu! Ini Manfaat Dan Kegunaan Kulit Pisang Untuk Tanaman Di Kebun
Bukan saja buahnya sedap dan kaya dengan vitamin serta mineral, kulit pisang juga sangat kaya dengan kalsium, megnesium, sulfur, potossium, fosphat dan sodium. Kesemua bahan ini amat penting buat kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah yang tinggi.
Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.
Berikut, IMPIANA kongsikan 10 kegunaan kulit pisang di laman :
1. SEMBURAN BAJA
Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkan nya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar (baja dalam bentuk cecair)
Cara-cara membuat semburan kulit pisang :
Bahan yang diperlukan – kulit pisang, garam, kulit telur.
Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.
2. NUTRIEN TAMBAHAN
Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasikan (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja.
Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.
3. MENYUBURKAN POKOK TOMATO
Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim.
Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.
4. BAJA BENIH
Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih.
Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman.
Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan mer0sakkan akar kecil mereka.
5. KHASIAT UNTUK TANAH
Anda boleh menjadikan tanah anda mengandungi lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah.
Gali tanah, letakkan kulit pisang dalam keadaan meratakannya dengan menghadapkannya ke bahagian atas dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.
6. MENGAWAL SERANGGA AFID
Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti afid. Afid ialah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang mer0sakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.
Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan afid akhirnya hilang daripada pokok tersebut.
Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dij4ngkiti serangga afid dan tidak lama kemudian pasti serangga tersebut akan hilang dari situ.
7. CUKA PISANG
Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit.
Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.
8. AIR RENDAMAN KAYA NUTRIEN
Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari.
Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.
9. PERANGKAP SERANGGA
Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerang kapnya.
Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka m4ti di dalam cecair tersebut.
10. PENARIK KUPU-KUPU DAN BURUNG
Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan tumbuhan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke taman anda.
Pisang mungkin menarik kedatangan lebah, tebuan dan ulat beluncas, jadi jangan lupa untuk membuangnya sebelum matahari terbenam bagi mengelakkan kehadiran serangga per0sak ke taman anda pada waktu malam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Bina Sendiri “Open-Wardrobe” Yang Lengkap Dalam Masa Seminggu
Konsep open-wardrobe jelas mempunyai pelbagai kelebihan buat pemilik. Antaranya termasuklah dapat menjimatkan ruang serta memudahkan proses organisasi pakaian dan barangan lain. Selain itu, open-wardrobe juga menjadikan pemilik lebih rajin mengemas dan menguruskan almari.
Dalam perkongsian Puan Aimi Ismail melalui laman Kelab Kaki Deko, beliau telah mengubahsuai ruang rehat tingkat atas kediamannya menjadi sebuah kawasan untuk “open-wardrobe” buat seluruh ahli keluarganya. Ia lebih tersusun dan memudahkan kerja beliau. Selain menyediakan tempat menggantung baju, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut menggosok pakaian. Segalanya berasa dalam satu kawasan, menjadikan ruang ini multi-fungsi dan praktikal.
KEADAAN SEBELUM
SETELAH DIKOSONGKAN
Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat menggosok baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak-anak yang siap digosok untuk seminggu
Cuma tambahbaik supaya lebih teratur dan sedap mata memandang, tenang di jiwa
Sebab bilik semua dah penuh
KEADAAN SELEPAS
Dalam tempoh seminggu sahaja, ruang “open-wardrobe” ini telah berjaya disempurnakan. Menurut Puan Aimi lagi, segala-galanya dilakukan sendiri, “Suami hanya bantu gerudi dinding untuk menggantung rak”.
KOS YANG DIBELANJAKAN ;
– Lebih kurang RM400 (termasuk dua kotak vinyl untuk lantai)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
1. Plywood (tebal 12mm) – 1 keping 8 ft x 4 ft
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
2. besi L – 12inci,10inci
3. mulig bar – 5
4. cat Jotun – 1L
5. Vinyl – 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
6. storage, dust cover beli kat Lazada
7. frame, cermin lekat di almari beli kat Eco
Moga bermanfaat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI