Sewa rumah sering disalah anggap sebagai “gagal” atau pilihan sementara sahaja.Padahal, dalam situasi tertentu, menyewa boleh menjadi strategi kewangan yang lebih masuk akal apatah lagi jika keadaan kewangan, komitmen kerja atau mobiliti hidup belum stabil.
Kelebihan & Cabaran Menyewa
Kelebihan:
Kos Awal Rendah
Untuk mula sewa, anda hanya perlu bayaran deposit dan sewa permulaan, jauh lebih ringan berbanding membeli rumah dengan deposit, fi guaman, duti setem dan kos lain.
Fleksibiliti & Mobiliti
Jika anda sering berpindah kerja atau tidak pasti lokasi tinggal, menyewa memudahkan anda berpindah tanpa beban menjual rumah.
Kos Penyelenggaraan diurus Tuan Rumah
Sebagai penyewa, kos pembaikan besar seperti paip bocor, bumbung rosak dan kerja-kerja struktur biasanya diurus pemilik rumah.
Tidak Terikat Dengan Hutang Jangka Panjang
Anda tidak perlu menanggung ansuran pinjaman rumah selama 20–30 tahun.
Ads
Cabaran:
– Anda tidak memiliki aset sendiri dan tidak mendapat pulangan pelaburan.
– Durasi Rencana Tinggal -Jika anda merancang tinggal di lokasi tersebut lebih daripada
7–10 tahun, membeli mungkin lebih menguntungkan.
Ads
– Stabil Kewangan & Kemampuan Membayar Kos Tambahan- Termasuk selenggara, cukai, insurans rumah dan kos pembaikan.
– Mobiliti Kerja & Kehidupan-Jika kerjaya anda mungkin berpindah, menyewa memberi lebih kelonggaran.
– Potensi Pertumbuhan Nilai Hartanah- Kawasan yang berkembang boleh menaikkan nilai hartanah jika membeli.
Ads
– Kos Keseluruhan- Jika ansuran & kos pemilikan (rekod penyelenggaraan, cukai, insurans) jauh lebih tinggi daripada sewa semasa, mungkin lebih bijak menyewa dahulu.
Sebagai contoh, KWSP dalam panduannya menyatakan bahawa membeli sesuai jika anda sedia untuk komitmen jangka panjang dan bersedia menguruskan rumah sendiri.
Sewa bukan gagal, ia pilihan strategi. Jika anda belum stabil secara kewangan atau masih belum pasti lokasi jangka panjang, menyewa terlebih dahulu membolehkan anda menilai pasaran dan simpan modal untuk masa depan.
Suatu ketika dahulu, flat kos rendah dibina untuk menyediakan tempat tinggal yang selamat dan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah. Namun kini, ramai penghuni di beberapa kawasan flat berdepan realiti yang jauh berbeza,bumbung koridor dijadikan tapak pelupusan sampah haram.
Longgokan plastik, botol, sisa makanan, malah tilam lama memenuhi kawasan bumbung yang sepatutnya menjadi laluan kecemasan atau ruang terbuka. Apa yang sepatutnya menjadi tempat menjemur pakaian kini bertukar menjadi pemandangan menyakitkan mata dan menyesakkan hidung.
Masalah ini bukan sekadar menjijikkan, ia mengancam keselamatan dan kesihatan penghuni. Dari risiko penyakit berjangkit, pencemaran bau, hinggalah kepada bahaya kebakaran, semuanya berpunca daripada satu perkara: kebersihan yang diabaikan dan sikap lepas tangan.
Fenomena ini bukan kes terpencil. Di beberapa blok PPRT dan PPR, pemandangan bumbung atau koridor dipenuhi longgokan sampah bukan lagi asing. Penduduk di aras atas sering membuang sampah terus dari tingkap atau balkoni, menyebabkan sisa itu terperangkap di atas bumbung.
Bagi sesetengah penghuni, ia mungkin kelihatan remeh “buang sikit saja” atau “nanti orang sapu.” Namun sedikit demi sedikit, longgokan itu membesar hingga menggunung. Hujan yang turun membuatkan sisa reput, menghasilkan bau busuk yang menusuk hidung serta mengundang lalat, nyamuk dan tikus.
Lebih menyedihkan, ada antara penghuni yang sudah terbiasa dengan keadaan itu, seolah-olah ia perkara biasa yang tak lagi mengganggu. Di sinilah punca utama bermula kurangnya kesedaran dan rasa tanggungjawab bersama.
Masalah ini berpunca daripada sikap ambil mudah. Ramai yang tidak memahami bahawa menjaga kebersihan bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi tanggungjawab sosial bersama. Tindakan membuang sampah terus dari tingkap atau balkoni bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah membahayakan orang lain terutama anak-anak yang bermain di bawah atau warga emas yang lalu di kawasan tersebut.
Sikap “bukan aku punya hal” menjadikan kawasan kediaman seolah-olah tiada penghuni yang peduli. Bila seorang mula, yang lain akan ikut, lalu terbentuklah kitaran kebiasaan yang sukar diubah.
Di sesetengah flat kos rendah, tong sampah utama tidak mencukupi atau tidak dikutip secara berkala. Bila tong penuh, penduduk tiada pilihan lain selain membuang di tempat yang “mudah dicapai”. Masalah bertambah rumit bila lif rosak dan penduduk di aras atas terpaksa mengangkat beg sampah menuruni tangga setiap hari. Akibatnya, ada yang memilih jalan singkat, buang dari atas.
Kawasan pembuangan sampah yang jauh atau gelap pada waktu malam juga menimbulkan rasa tidak selamat. Namun apa pun alasannya, membuang sampah merata tetap bukan penyelesaian.
Sikap sambil lewa pihak pengurusan dan kurang tindakan tegas turut menyumbang kepada masalah ini. Tanpa pemantauan atau sistem kawalan, segelintir penduduk berasa bebas melakukan apa sahaja. Jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan atau JMB (Joint Management Body), kesalahan ini akan terus berulang.
Sisa makanan dan plastik bertimbun menjadi lokasi ideal bagi pembiakan nyamuk Aedes dan tikus pembawa leptospirosis. Bau busuk pula menarik lipas dan lalat, menjadikan kawasan flat ibarat zon wabak kecil yang berbahaya.
Ramai tidak sedar bahawa longgokan sampah sangat mudah terbakar. Hanya sebatang puntung rokok atau litar pintas kecil di bumbung sudah cukup untuk mencetuskan tragedi. Dalam kawasan padat penduduk, api boleh merebak dalam beberapa minit sahaja.
Masalah kebersihan ini menjejaskan imej komuniti. Flat yang kotor bukan sekadar tidak selesa didiami, malah menurunkan nilai hartanah dan membuatkan kawasan itu dipandang rendah. Ia turut memberi kesan psikologi kepada penghuni, rasa malu, rendah diri dan hilang semangat terhadap rumah sendiri.
Perubahan mesti bermula dari kesedaran. Penduduk perlu diberi pendidikan berterusan tentang kepentingan kebersihan dan tanggungjawab bersama. Kempen kreatif seperti pertandingan blok terbersih atau mural komuniti boleh membina semangat sayang terhadap kawasan kediaman.
Pihak pengurusan perlu memastikan tong sampah mencukupi di setiap blok dan kutipan dilakukan secara berkala. Jika perlu, tambah tong di setiap aras bagi memudahkan penduduk membuang sampah tanpa alasan.
Pemasangan kamera litar tertutup di kawasan strategik seperti koridor atas atau laluan tangga boleh membantu memantau pelaku. Denda atau amaran rasmi perlu dikeluarkan supaya tindakan ini tidak dianggap ringan.
Program gotong-royong bukan sekadar aktiviti bersih-bersih, tetapi simbol semangat kejiranan. Bila penduduk sendiri membersihkan kawasan mereka, rasa memiliki dan prihatin akan mula tumbuh.
Apa gunanya rumah sendiri bersih jika bumbung dan koridor dipenuhi sampah? Kebersihan bukan tanggungjawab satu pihak, ia bermula dengan kesedaran individu, disokong oleh komuniti dan diperkuat oleh pihak berkuasa. Masalah flat kos rendah yang kotor bukan isu kecil, ia menggambarkan budaya, disiplin dan kepedulian masyarakat terhadap tempat tinggal mereka.
Jika setiap penghuni mula peduli walau sedikit, perubahan besar akan berlaku. Flat kos rendah boleh jadi tempat tinggal yang selesa, bersih dan membanggakan. Syaratnya mudah, semua mesti mula dari diri sendiri.
Isu tanah runtuh atau gelongsoran tanah bukan hanya berlaku di kawasan bukit tinggi, tapi juga boleh terjadi di cerun kecil kawasan perumahan, lebih-lebih lagi jika musim hujan berpanjangan atau sistem saliran tak sempurna. Bila tanah mula bergerak, kesannya boleh jadi sangat serius: retakan dinding rumah, pagar tumbang atau lebih teruk, struktur rumah terancam.
Berikut adalah 10 langkah penting yang boleh diambil untuk mengelakkan gelongsoran tanah di kawasan perumahan:
Pokok seperti lidah jin (Sansevieria) sangat sesuai kerana akarnya mencengkam tanah dengan kuat. Selain tahan panas dan cantik dijadikan landskap, ia juga membantu menstabilkan cerun kecil.
Saliran air yang tersumbat menyebabkan air bertakung dan melemahkan struktur tanah. Pastikan longkang tidak tersumbat dan air hujan boleh mengalir dengan lancar.
Air sabun dari dapur atau mesin basuh yang dialirkan ke kawasan cerun boleh mempercepatkan hakisan. Salurkan air ini ke tempat yang sesuai.
Lindungi tanah cerun daripada terus terdedah kepada hujan lebat dengan bahan seperti geotextile yang bantu menahan hakisan.
Jika cerun agak curam, bina tembok penahan daripada konkrit atau batu bagi menghalang pergerakan tanah.
Rumput seperti vetiver atau rumput biasa boleh membantu memegang lapisan atas tanah daripada dihanyutkan air hujan.
Untuk kawasan yang sentiasa lembap atau banyak air bawah tanah, pasang sistem saliran bawah tanah bagi kurangkan tekanan air.
Pada cerun yang panjang, buatkan teres bertingkat. Ia akan perlahan-lahan memperlahankan aliran air hujan dan mengurangkan hentakan ke tanah.
Bina laluan air yang dialihkan ke saluran khas dan elak air hujan terus jatuh ke cerun.
Periksa dinding dan permukaan tanah. Retakan kecil boleh jadi petanda awal tanah bergerak. Ambil tindakan segera seperti panggil pakar struktur atau landskap.
Mencegah gelongsoran tanah lebih murah dan mudah berbanding merawat kerosakan selepas berlaku. Ambil langkah awal, pantau kawasan cerun rumah anda dan jadikan landskap bukan sekadar hiasan tapi juga pelindung jangka panjang.
KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara. Akhir-akhir ini, pembinaan bangunan pencakar langit di kawasan bandar begitu pesat membangun. Banyak binaan ‘gergasi konkrit’ dan pencakar langit didirikan terutamanya di kawasan yang dianggap strategik dan berpontensi.
Perkara ini cukup membimbangkan ramai pihak, apatah lagi kepadatan yang tinggi akan memberikan kesan besar pada kawasan kejiranan dan komunit setempat.
Terbaru, bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Persatuan Penduduk Rumah Bukit Damansara telah menyuarakan protes menolak cadangan pembangunan semula Wisma Damansara kepada dua menara 60 tingkat, di Bukit Damansara.
“Bukit Damansara sedang terancam kerana bangunan Wisma Damansara yang mempunyai 16 tingkat akan dirobohkan dan digantikan dengan 2 menara 60 tingkat. Cukup-cukuplah, kawasan kejiranan kita bukan untuk menara mega. Ini rumah kita. Untuk keluarga, anak-anak dan kehidupan komuniti, dan tempat lalu lintas untuk orang ramai. Lindungi komuniti kita, bukan gergasi konkrit dan tolak pencakar langit,” jelas beliau.
Tegasnya, pembinaan pencakar langit tinggi itu akan menjejaskan keselamatan penduduk sekitar susulan kesesakan trafik di Jalan Semantan laluan Lebuh Raya SPRINT. Bekas Menteri Kesihatan itu turut mempersoal tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang seolah-olah kurang peka tentang situasi tersebut.
“Ada yang tidak kena dengan DBKL. Inilah buktinya, macam mana peta lama yang telah diwartakan boleh ditukar dengan peta baharu yang membenarkan pencakar langit 60 tingkat dibina?
“Adakah DBKL telah melaksanakan kajian trafik di Jalan Semantan, atau telah membuat laporan laluan lintas?,” soalnya tegas.
Bantahan penduduk tertumpu kepada nisbah plot cadangan projek yang didakwa melebihi had ditetapkan dalam draf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 untuk kawasan itu.
Sementara itu, memetik kenyataan media terkini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cadangan pelan susur atur untuk perdagangan di atas 3 lot tanah berkeluasan 7.98 ekar ini masih dalam peringkat memproses permohonan. Pihak DBKL belum lagi membuat keputusan berkaitan permohonan tersebut yang hanya akan dimuktamadkan selepas proses libat urus dan penelitian teknikal yang komprehensensif dilaksanakan.
IMPIANA: Kebimbangan dan protes penduduk di kawasan ini ada rasionalnya. Pihak berwajib perlu meneliti pelbagai aspek dan kesannya dengan mendalam, terhadap sebarang perancangan pembinaan bangunan pencakar langit di kawasan bandar.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.