Sedang kita bersenang lenang di rumah untuk tempoh 14 hari, barisan hadapan seperti jururawat dan doktor yang berjuang membendung dan merawat wabak COVID-19 bertungkus lumus memastikan keselamatan penduduk Malaysia.
Sehubungan dengan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Sinar Harian telah melancarkan TABUNG BANTUAN FRONTLINERS COVID-19. Ia bertujuan membeli keperluan mendesak yang menjadi keutamaan bagi melancarkan tugas-tugas. Antaranya ialah topeng muka, sanitizer, personal protective equipment (PPE), mesin basuh, makanan dan sebagainya.
Ads
#sinaruntukfrontlinerscovid#rakyatbanturakyat#kitalahmalaysiaJumlah kutipan sehingga jam 9.30pm tadi rm148,694.09….
Sehingga jam 9.30pm (22 Mac 2020) sejumlah RM 148, 694.09 telah berjaya dikumpulkan oleh Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian. Jumlah kutipan dijangka terus meningkat. Bagi anda yang ingin membuat sumbangan, salurkan ke:
MBB: 5142 7125 4025 (SINAR KARANGKRAF SDN BHD)
Ads
Semalam, Penerbit Sinar Harian , Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub turut berkongsi perkembangan edaran sumbangan yang telah berjaya dilakukan oleh rakyat Malaysia di akaun Facebooknya:
Ads
Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut Sejumlah RM61,764.20 dari sumbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang perihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team Sukarelawan Sinar Covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli & edarkan keperluan mendesak ini. Syabas!!!
Menikmati hidangan teh panas sambil menghirup udara segar di laman kediaman memang sesuatu yang mengasyikkan. Namun begitu, ada segelintir individu yang risau akan kandungan gula yang terkandung dalam hidangan teh sehingga menyebabkan aktiviti minum petang menjadi bosan.
Jangan khuatir. Kini, anda boleh menikmati hidangan teh panas tanpa perlu risau dengan kandungan gula yang berlebihan kerana Teh Herba GlucosCare® mampu mengurangkan penyerapan gula dalam tubuh dan membantu mengawal berat badan.
Teh penghalang gula yang berunsurkan 100% herba ini mampu menjadikan anda sentiasa sihat kerana dapat mengimbangi paras GULA DARAH secara semulajadi. Ia dijamin HALAL dan sesuai diminum oleh mereka yang menghidap DIABETES dan pra-diabetes.
Apa yang lebih menarik, dapatkan Promosi Pek Berkembar Teh Herba GlucosCare® 24’s atau 60’s hari ini dari BIG Farmasi, AA Farmasi dan Bargain Base Farmasi yang berdekatan, dengan harga yang murah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian dari seorang pemuda dari luar negara bernama Cody Johns telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan koleksi kereta mainan jenama Hot Wheels yang dikumpulkan oleh seorang individu.
Menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya, pemuda berkenaan memaklumkan individu terbabit telah mengumpul sebanyak 24,124 buah kereta jenama Hot Wheels.
“This persons owns 24,124 hot wheels model cars,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian foto itu juga turut memaparkan lebih puluhan ribu kereta mainan jenama tersebut yang telah disusun rapi dan kemas dalam sebuah bilik khas.
Lantas, entri berkenaan telah menjadi perhatian dan mendapat reaksi pelbagai daripada wargamaya seluruh negara.
Rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dan bangga dengan semangat serta minat yang mendalam ditonjolkan oleh individu tersebut sebagai pengumpul koleksi kereta mainan jenama Hot Wheels.
Jadi, ada tak di kalangan anda yang mempunyai minat yang sama seperti ini untuk mengumpul koleksi kereta mainan jenama Hot Wheels ini? Jika ada, anda berasa kagum melihat hasil minat hobi individu ini?
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Berlalu sudah zaman pandemik. Kini kita beralih pula ke era endemik Covid-19. Peluang diberi, menyaksikan kerancankkan semula ekonomi dari semua sudut, gaya, budaya dan cerita. Turut merancakkan lagi warna-warnai kebangkitan endemik adalah KL International Art Exhibition 2022 yang dilancarkan pada 20hb Mei 2022 bertempat di KL City Art Gallery.
KL International Art Exhibition 2022 menggalas tema “New Horizon” sebagai salah satu semangat buat artis untuk bangkit selepas pandemik. Pameran membariskan artis-artis terkenal bukan sahaja di dalam malah luar negara. Antaranya, Syed Thajudeen, Suzlee Ibrahim, Rafiee Ghani, Ismadi sallehudin, poojitha Menon, Kalicharan Gupta dan ramai lagi.
Majlis pelancaran telah di hadiri oleh Duta-duta dari pelbagai negara termasuk Filipina, Romania, Belgium dan pelbagai lagi. Pameran bakal berlangsung mulai 20hb-31hb Mei 2022 di KL City Art Gallery dan semua peminat dan pengumpul seni dijemput hadir
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...