
Kalau anda tengah buat rumah atau tengah plan ubah suai bumbung, jangan abaikan roof gutter! Nampak macam benda kecil dan tak penting, tapi sebenarnya ini salah satu elemen PENTING dalam sistem perlindungan rumah anda. Silap hari bulan, tak pasang roof gutter boleh menyebabkan kerosakan puluhan ribu ringgit. Tak percaya? Baca sampai habis.
Apa Itu Roof Gutter?

Roof gutter atau saluran air hujan yang dipasang di hujung bumbung rumah untuk menyalurkan air hujan ke saluran khas dan mengelakkan air mencurah terus ke bawah dinding atau lantai rumah.
Kenapa Roof Gutter Penting Sangat?
Lindungi Struktur Rumah

Air hujan yang turun tanpa kawalan boleh meresap ke dalam dinding, menyebabkan kulat, keretakan dan struktur rumah cepat rosak. Gutter bantu alirkan air jauh dari dinding dan asas rumah.
Elak Lantai Penuh Air & Licin
Tanpa gutter, air hujan terus jatuh ke lantai. Lantai licin, risiko tergelincir. Lebih bahaya kalau ada anak kecil atau warga emas.
Cegah Hakisan Tanah & Longkang Sumbat
Air hujan deras yang jatuh secara terus boleh menyebabkan hakisan pada kawasan laman rumah dan longkang mudah tersumbat dengan tanah.
Nampak Lebih Kemas & Profesional

Rumah tanpa roof gutter kadang nampak ‘kosong’ dan tidak kemas. Gutter moden sekarang pun datang dengan pelbagai desain bukan setakat fungsi, tapi juga gaya.
“Saya Tak Nak Rumah Nampak Semak Dengan Gutter”,Ini Solusinya
Sekarang, dah banyak roof gutter jenis tersembunyi atau built-in yang nampak lebih kemas dan bergaya. Malah, ada yang direka khas supaya mudah dibersihkan dan tahan lama.
Kesimpulan
Roof gutter bukan sekadar aksesori rumah. Ia adalah pelindung jangka panjang untuk rumah anda daripada kerosakan air. Jangan tunggu bocor, dinding hitam berkulat atau lantai rosak baru nak menyesal.
Kalau anda tengah buat rumah, pastikan kontraktor tak skip bahagian ni. Benda kecil, tapi besar impaknya.
Mesti Baca: Tampil ‘Bold & Vibrant’, Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’ Serlah Keunikan Dekorasi ‘House de Verde’
Baca Lagi Di Sini: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’
Artikel Menarik: Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


