Rumah persaraan, perunding hartanah beri tip apa perlu buat sejak dari awal supaya semua yang dirancang menjadi kenyataan. Membina rumah persaraan memerlukan perancangan rapi sejak dari usia muda lagi.
Kediaman selepas bersara sangat penting untuk anda menghabiskan sebahagian besar masa anda selepas tidak bekerja lagi. Ada yang merancang untuk membina atau membeli rumah baharu selepas bersara sebagai rumah persaraan.
Berikut perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang perunding hartanah.
BINA RUMAH BERSARA?
1. Jika ada impian nak ada rumah bersara. Bina atau rancang 10-20 tahun sebelum bersara.
2. Jangan dah bersara baru nak bina rumah. Kita akan habiskan banyak modal waktu itu.
3. Bina kediaman yang kecil atau mesra orang tua. Elakkan bertingkat.
4. Kediaman sebaiknya jangan terlalu ke dalam kampung atau dalam hutan sangat. Bila kecemasan susah.
5. Jangan bina kediaman yang makan banyak kos selengara. Jika dapat antara 1500-2000 kaki persegi sudah cukup.
Ads
6. Jangan sibuk bina bilik ikut jumlah anak yang kita ada. Cukup 3 bilik dan 2 bilik air sahaja. Belajar lepaskan memori silam.
7. Duit bina rumah sebaiknya bukan dari Dana Persaraan kita. Ia duit yang memang kita tabung untuk bina rumah.
8. Pilihlah kekemasan yan sustainable atau jimat tenaga dan kos selengara. Ia membantu persaraan kita.
Ads
9. Pastikan kita ada sedikit ilmu seni bina bagi elak ditipu kontraktor atau binaan tak berkualiti yang makan banyak belanja lepas siap.
Sofa yang koyak memang menyakitkan mata. Kalau pakai duct tape, koyak atau lubang yang kecil pun boleh menjadi lebih besar. Ramai mengambil penyelesaian mudah dengan menggunakan cara ini bukan? Sebenarnya banyak lagi cara dan kaedah mudah yang nampak lebih cantik dan menarik.
Nak hantar tukar sarung sofa, harganya pulak boleh tahan juga. Tambahan pulak yang rosak tue sikit sahaja. Jadi, bagi menyelamatkan poket anda, Boleh cuba 10 langkah mudah ini bagi menutupi sofa yang koyak atau berlubang.
1. Tampal bunga kait di atas tempat yang koyak
2. Cantuman kain perca berbentuk hexagon
3. Guna fabrik bercorak yang sepadan untuk digantikan pada sofa arm kesan dicakar kucing
4. Buat tenunan artistik menggunakan benang cross stitch pada bahagian yang koyak
5. Jahit doilies pada tempat yang koyak
6. Sediakan kait konsep granny square untuk tutup bahagian atas sofa arm yang rosak
7. Gantikan bahagian sofa arm yang rosak dengan menggunakan PU leather dan dilekatkan dengan paku kraf
8. Buat kolaj bunga dari kain perca
9. Beli kepingan sulam yang telah siap dan tampalkan pada sofa
10. Paling mudah, jahit kain mengikut saiz sofa arm dan tutup sahaja tempat yang koyak
Sumber: http://www.amazinginteriordesign.com
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Boleh je nak beli rumah subsale tapi kena ambil tahu masalah defect. Rumah subsale di Malaysia merupakan pilihan yang semakin popular untuk mereka yang ingin mencari rumah idaman.
Rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal. Dalam bahasa yang lebih mudah, rumah subsale adalah rumah secondhand. Membeli rumah subsale ada kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihan tersebut ialah kurang risiko rumah terbengkalai atau tak siap, sebab rumah subsale sudah tentu rumah yang dah siap.
Pembeli juga boleh periksa dulu keadaan rumah dan juga persekitaran, untuk pastikan rumah tersebut memang dalam keadaan yang baik dan selamat untuk diduduki.
Berikut perkongsian daripada seorang peguam hartanah, Nazri Mustafa. Semoga bermanfaat.
SUBSALE DAN DEFECT:
1. Satu isu beli rumah subsale baru siap ialah isu defect. Rumah baru siap umumnya ada defect.
2. Dalam agreement, pemaju akan dan patut ractify defect dalam tempoh jaminan 24 bulan.
3. Elok siap saja rumah, kita jual. Rumah dalam tempoh defect.
4. Bila kita jual, maknanya rumah ada tuan baru. Agreement pemaju adalah antara mereka dengan penjual. Dengan Pembeli baru tiada ikatan melalui perjanjian S&P yang ada klausa defect tu.
5. Dalam erti kata lain, pemaju boleh refuse untuk baiki defect, setelah ownership sah bertukar milik (lepas transfer semua siap, nama baru dalam geran, ownership sah bertukar milik).
6. Dalam kebanyakan kes sub sale rumah baru siap, penjual akan buat laporan defect terlebih dahulu semasa nak jual dan sebelum serah kunci, semasa rumah masih nama dia.
7. Ada juga kes di mana ikut budibicara pemaju, yang akan honour 24 bulan defect period itu, walaupun sudah bertukar tuan. Selalunya developer besar.
8. Mungkin boleh cadangakan buat Deed Of Novation atau Assignment Of Rights hanya untuk klausa repair defect, tetapi tertakluk kepada Pemaju samada mahu sign document ini atau tidak.
List material kabinet dapur, pilih yang tahan lasak, bukan sekadar cantik dipandang. Jika ruangan seperti bilik tidur dan ruang tamu dilihat sebagai kawasan untuk berehat serta bersantai, ruang dapur pula lebih mementingkan produktiviti.
Ruang dapur memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak. Di dapur juga perlu ada ruang penstoran yang optimum bagi memastikan dapur sentiasa kelihatan kemas dan rapi.
Ramai pemilik rumah mahukan dapur yang sempurna dan tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan yang terbaik. Tidak dinafikan, setiap orang mempunyai keinginan dan pilihan masing-masing yang berbeza dari segi stail dan kegunaan tetapi segalanya akan berbalik kepada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan seperti kos, ketahanan, jangka hayat dan kekemasan.
Sebarang pengubahsuaian rumah perlulah dirancang secara terperinci dahulu. Dapur juga tidak terkecuali malah, kos renovasi dapur adalah antara yang paling tinggi jika ingin dibandingkan dengan ruang kediaman yang lain.
Bagaimanapun apabila melibatkan dapur, sebahagian besar daripada perhatian anda sentiasa akan pergi ke kabinet dapur. Ini kerana kabinet dapur adalah tunjang utama ruang dan kabinet boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet pengubahsuaian.
Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu anda inginkan sesusatu yang cantik di mata, berkualiti baik dan pada masa yang sama, mesra-poket. Berikut beberapa jenis material yang biasa digunakan dalam pembinaan kabinet dapur serta kebaikan dan keburukan setiap satunya.
PAPAN CHIP (CHIPBOARD)
Merupakan bahan paling berpatutan dan murah kerana diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik yang kemudiannya dimampatkan untuk membentuk papan. Permukaan pepejal yang kuat menjadikan chipboard bahan yang susah untuk tercalar, tahan hentakan, dan juga anti-kulat tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip membengkak.
PAPAN BLOCK (BLOCK BOARD)
Bahan ini terdiri daripada jalur kayu halus yang disusun sebelah menyebelah, lapisan demi lapisan. Kemudian lapisan nipis melamine digamkan pada bahagian atas dan bawahnya. Berbeza dengan kayu cip yang mempunyai rintangan yang rendah kepada air, papan blok lebih tahan dan boleh digunakan pada kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan.
KAYU LAPIS (PLYWOOD)
Papan lapis diperbuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dipaku bersama-sama untuk membentuk papan. Material ini biasanya dilapisi lagi dengan laminate untuk memberikan kemasan yang lebih rapi dan bersih. Sifatnya yang lebih kukuh dan tahan kelembapan menjadikannya salah satu bahan yang paling mudah untuk diselenggara. Bahan ini juga datang dalam pelbagai warna dan tekstur.
Bahan Alternatif Untuk Kabinet Dapur:
Selain menggunakan pelbagai jenis kayu, terdapat bahan lain yang juga boleh dipertimbangkan menjadi kabinet dapur:
KONKRIT
Kabinet dapur konkrit kebiasaannya dijumpai di rumah-rumah lama. Ia akan dilapisi jubin bagi mewujudkan satu platform yang amat teguh, kuat dan tahan lama sesuai untuk aktiviti memasak yang berat. Bagi pemilik yang inginkan konsep industrial atau brutalis untuk dapur, konkrit mungkin akan menjadi pilihan yang utama.
ALUMINIUM
Aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur. Kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan kayu.Banyak kelebihan material aluminium. Kabinet dapur aluminium akan lebih menonjol keindahannya berbanding dengan kabinet dapur kayu biasa atau papan gentian melalui pelbagai rekaan. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium bersifat tahan lasak, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
BESI TAHAN KARAT
Alternatif lain yang jarang kita dengar di negara ini adalah material besi tahan karat sebagai kabinet dapur melainkan ianya didapur komersial seperti di restoran ataupun hotel. Material ini sangat tahan lama dan mudah untuk dibersihkan tetapi lebih mahal daripada kayu, menjadikannya sesuatu yang jarang dipasang untuk kediaman domestik.
Kabinet merupakan salah satu bahagian yang paling mahal berbanding dengan bahagian yang lain tetapi ia juga merupakan penentu gaya keseluruhan dapur. Maka amat penting untuk memilih material kabinet dengan teliti supaya ia sentiasa kelihatan baik, teratur dan tahan lama.
Dengan pemilihan yang tepat dan bersesuaian dengan bajet, anda boleh melabur lebih untuk bahan yang mempunyai sifat rintangan air dan haba yang baik selain menyediakan pilihan reka bentuk yang sepadan dengan gaya anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!