
Kalau kita fikir tentang Istana Buckingham, sudah tentu bayangkan kemewahan, tradisi dan protokol yang sangat ketat.
Tapi, pernah tak terfikir tentang perkara kecil seperti penggunaan kain lap basah pakai buang di dalam tandas istana? Rupanya, Raja Charles III ada larangan keras berkenaan benda ni!
Kenapa Raja Charles III ‘Pantang’ Kain Lap Basah Pakai Buang?
Dasar itu didedahkan oleh bekas pembersih Istana Buckingham, Anne Simmons, yang berkata kain lap basah pakai buang itu telah menyebabkan kerosakan teruk dan berulang pada paip istana.
“Di Istana Buckingham, kain lap basah pakai buang telah menyebabkan masalah besar dengan paip. Walaupun ada yang mendakwanya sebagai ‘selamat siram’, ia sebenarnya tidak terbiodegradasi sebagai tisu tandas biasa.”

Alternatif Dalam Istana
Menurut Anne, tandas yang tersumbat telah mencetuskan pembaikan yang sangat mahal dan mengganggu aktiviti istana. Larangan itu dibuat sehari selepas Raja Charles III berkongsi kisah peribadinya tentang kanser yang dihadapinya.
Sebaliknya, istana menggunakan kain lap kitar semula yang boleh dibasuh dan digunakan semula. Ini bukan sahaja memudahkan pengurusan kebersihan, malah selari dengan nilai hijau yang Raja Charles III sangat tekankan.
Tip Dekorasi Mesra Alam Dari Istana
Guna tuala kain yang cantik dan lembut untuk bilik air. Pilih warna dan corak yang serasi dengan tema bilik air anda.
Sediakan bakul khas untuk kain lap basah supaya sentiasa tersusun dan mudah dicuci.
Pilih produk kebersihan yang mesra alam dan elakkan bahan kimia berat.
Gunakan pasu bunga dan tanaman hijau sebagai elemen segar dan alami dalam ruang tandas.
IMPIANA : Larangan kecil ini sebenarnya boleh dijadikan inspirasi untuk rumah kita sendiri! Bayangkan jika kita juga mengurangkan penggunaan barangan pakai buang dalam kehidupan seharian, seperti tisu basah, plastik, dan barang sekali guna.
Selain jimat, rumah juga akan lebih kemas dan mesra alam.
Sumber : Dailymail
Mesti Baca: Lipat Beg Plastik Setiap Kali Dapat Supaya Lebih Senang Simpan. Ini Caranya
Baca Lagi Di Sini: Cara Mudah Lipat ‘Non Woven Bag’, Elok Kemas Jimat Ruang!
Artikel Menarik: Cara Paling Mudah Nak Jimat Ruang Untuk Simpan Toto Dan Comforter
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI