
Dalam kejadian luar biasa di sebuah kondominium di Bangkok, seorang wanita tampil dengan aksi protes yang cukup ekstrem — dia melepaskan dua ekor ular besar ke tingkat kediaman semata-mata kerana tidak tahan dengan gangguan bunyi dan bau dari haiwan peliharaan jiran-jirannya.
Wanita yang menggunakan nama Onginn di Facebook berkongsi rakaman video dan foto dua ekor ular itu merayap di kawasan lif bangunan. Menurutnya, dia sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak pengurusan, namun tiada sebarang tindakan diambil.
“Dah lama sabar dengan anjing menyalak, bau kucing, kutu dan dasar no-pet yang langsung tak dipatuhi. Jadi kalau korang boleh bela anjing dan kucing, aku bawalah ular. Kita jadikan tempat ni sanctuary haiwan terus!” – tulis Onginn dalam kapsyen viralnya.
Kapsyen dan video itu ‘meletup’ di media sosial — lebih 17,000 perkongsian dan ribuan komen. Malah, ramai netizen mula membahagikan diri kepada dua team: #TeamUlar dan #TeamAnjing.
Netizen Berpecah Dua: “Memang Melampau… Tapi Puas Hati”
Sebahagian netizen menyokong tindakan Onginn kerana mereka merasakan bunyi bising dan bau dari haiwan peliharaan adalah satu bentuk pencemaran yang tak patut dibiarkan.
“Orang yang tak pernah lalui benda ni memang takkan faham!”
“Kondo ni memang tak benarkan haiwan, tapi ramai yang langgar. Bila tiada tindakan, dia terpaksa buat sesuatu.”
Namun, ada juga yang menganggap tindakan melepaskan ular sebagai sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
“Kalau ular tu gigit orang? Siapa nak tanggung?”
“Anjing tu haiwan peliharaan, tapi ular ni lain macam… Seram weh!”
Malah, ada yang menyangka video tersebut palsu atau dihasilkan dengan AI kerana ia terlalu ‘luar biasa’ untuk dipercayai.
Akhirnya… Dua-Dua Kena Denda!
Walaupun insiden ini mencetuskan perdebatan hangat, akhirnya kedua-dua pihak dipanggil oleh pihak pengurusan kondominium. Keputusannya? Masing-masing dikenakan denda 10,000 baht — mungkin sebagai pengajaran agar isu jiran tidak lagi dibiarkan berpanjangan.
Kredit foto: facebook Onginn
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI