Raih RM960k Setahun Ada 7 Unit RUMAH SEWA, Jutawan Pilih Kerja Sambilan SAPU SAMPAH!

Raih RM960k Setahun Ada7 Unit RUMAH SEWA, Jutawan Pilih Kerja Sambilan Sapu Sampah! Siapa sangka walaupun meraih kira-kira 30 juta yen (RM960,000) setahun hasil sewaan hartanah dan pelaburan, namun seorang lelaki Jepun tetap memilih bekerja sebagai pencuci bangunan bagi menjaga kesihatan serta kekal aktif.

Koichi Matsubara, 56, bekerja membersihkan kawasan awam serta melakukan penyelenggaraan asas di sebuah blok kediaman di Tokyo, lapor portal The Gold Online.

Matsubara hanya bertugas empat jam sehari untuk tiga kali seminggu dengan gaji sekitar 100,000 yen (RM3,300) sebulan, jauh lebih rendah berbanding purata gaji bulanan di Tokyo iaitu sekitar 350,000 yen (RM11,600).

Raih RM960k Setahun Ada 7 Unit RUMAH SEWA, Jutawan Pilih Kerja Sambilan SAPU SAMPAH!
Koichi Matsubara, 56, bekerja membersihkan kawasan awam serta melakukan penyelenggaraan asas di sebuah blok kediaman di Tokyo- Foto: Handout

Jutawan Senyap Hartanah

Namun, di sebalik pekerjaan biasa itu, Matsubara dianggap antara ‘jutawan senyap’ kerana memiliki tujuh unit rumah sewa di Tokyo dan pinggir bandar selain mempunyai pelaburan dalam saham serta dana.

Beliau membesar dalam keluarga ibu tunggal dan sejak muda terbiasa berjimat cermat, malah selepas sekolah menengah bekerja di kilang dengan gaji sekitar 180,000 yen (RM5,900) sebulan.

Ads

Dalam beberapa tahun sahaja, beliau berjaya menyimpan hampir 3 juta yen (RM98,000) dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah studio kecil ketika pasaran hartanah berada pada tahap rendah.

Hasil daripada disiplin kewangan dan strategi pelaburan bijak, beliau berjaya melunaskan hutang lebih awal serta menambah hartanah sedikit demi sedikit sehingga memiliki aset bernilai jutaan ringgit.

Pilih Gaya Hidup Sederhana

Meskipun sudah kaya, Matsubara memilih kehidupan ringkas dengan tinggal di rumah sewa murah, memasak sendiri, tidak membeli pakaian baharu lebih sedekad serta hanya menggunakan telefon pintar asas.

Ads

Beliau lebih gemar berbasikal sebagai pengangkutan harian dan menyifatkan kerja sebagai pencuci bukan soal pendapatan, sebaliknya satu cara kekal cergas serta memberi ketenangan jiwa.

“Setiap pagi saya bangun, membersih dan mengemas. Ia membuatkan saya rasa sangat baik,” katanya yang kini menanti pencen pada usia 60 tahun sambil menegaskan mahu terus hidup sederhana tanpa menunjuk kekayaan.

Ads

IMPIANA: Wow, sungguh merendah diri, walaupun mempunyai aset dan harta yang banyak tetap memilih gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk kekayaan. Memang terbaik, semoga menjadi inspirasi buat kita.

Mesti Baca: Perunding Hartanah Kongsi, Rasa SUNYI Antara Sebab Orang Kaya Jual RUMAH BESAR!
Baca Lagi Di Sini: Ejen Hartanah Terpaling Jimat, Belanja Makanan Harian Hanya RM6 Dapat Beli 3 Rumah
Artikel Menarik: Jual Hartanah, Ketahui Kebaikan & Keburukan Bila Urus Sendiri

Sumber: Sinar Harian 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads