Siapa je yang tak terpikat dengan kecantikkan bunga Orkid, lagi-lagi bila di tanam di laman.
Dek keindahannya juga, ramai yang cuba menanamnya di rumah. Cuma selepas berhabis wang membeli pokok ini, cara penjagaanya yang kurang sesuai menyebabkan pokok orkid ini rosak atau mati. Memang sayang.
Bagi yang cuba-cuba menanam orkid di rumah, ada beberapa pantang larang yang perlu diketahui.
Pantang larang tanam orkid
1. Kena letak tempat teduh
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Ads
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh seperti di bawah pohon atau di beranda rumah.
2. Siram berpada-pada
Antara kesilapan yang selalu dilakukan bila menanam orkid ialah melakukan siraman secara berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
3. Keperluan cahaya kena jaga
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dilakukan jika menanam orkid. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Ads
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
4. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Ads
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Apa itu kapur pertanian? Kapur pertanian juga dikenali sebagai Lime. mungkin anda pernah dengar namanya tapi tak tahu kegunaan kapur pertanian ini. Ia antara bahan pertanian yang kerap digunakan oleh pekebun atau peladang kerana ia banyak membantu dalam bidang pertanian. Kebiasaanya, bahan ini di gaul ke dalam tanah sebelum memulakan ativiti penyemaian atau penanman. Kapur pertanian diperbuat daripada calcite atau mineral aragonite. Campuran ini mengandungi mineral yang amat diperlukan oleh tumbuhan . Antaranya ialah kalsium karbonat magnesium olsida dan megnesium karbonat.
Terdapat beberapa jenis serbuk kapur di pasaran antaranya serbuk kapur calcitik antara serbuk kapur yang berkualiti tinggi yang mengandungi kalsium karbonat dan memberikan kesan yang baik pada tanah tetapi agak sukar mendapatkannya. Kedua ialah serbuk kapur dolomiti yang dijual dalam bentuk pelet. Mengandungi kalsium karbonat dan magnesium karbonat iaitu tidak kurang 6 peratus kandungan magnesium dan ketiga ialah serbuk kapur biasa.
Peranan serbuk kapur sangat tinggi dalam bidang pertanian di mana;
1. Ia mengurangkan kadar PH berasid pada tanah anda.
2. Membekalkan kandungan kalsium dan magnesium kepada tanah anda.
3. Berperanan untuk membenarkan air memasuki tanah berasid dengan baik.
4. Memudahkan tanaman menyerap nutrient dalam tanah. Tanpa serbuk kapur dalam tanah. Akar tanaman sukar menyerap makanan dalam tanah. Sebab itu walaupun sudah banyak baja ditabur pada batas tanaman kita, tanaman tersebut tidak membesar dengan baik malah pertumbuhannya terbantut dan daun warna kekuningan. Pokok mula berbunga atau berbuah walaupun belum matang.
5. Meningkatkan aktiviti bakteria dalam tanah.
Jika kadar PH tanah sangat rendah, kandungan nutrient seperti kalsium, fosforus dan magnesium juga rendah dalam tanah. Ini bermakna kandungan mangan dan aluminium yang tinggi sangat bertoksid kepada tanaman. Nilai PH pada kadar 7.0 ialah berkeadaan neutral, nilai PH di bawah 7.0 pula adalah berasid manakala PH melebihi 7.0 pula adalah beralkali. Namun sesetengah pakar mengatakan 4.0 hingga 6.5 adalah PH neutral dan sesuai tanaman membesar. Bermaksud tanaman boleh tumbuh pada nilai PH 4.0 hingga 6.5. Tanah beralkali tidak perlu ditabur dengan serbuk kapur tetapi perlu ditabur sulfur untuk mengurangkan kealkalian tanah itu. Untuk mendapatkan nilai PH tanah anda guna penyukat meter PH yang boleh dibeli di kedai.
Cara menggunakan serbuk kapur adalah bergantung kepada berapa nilai PH tanah anda. Sebelum menaburkan serbuk kapur uji tanah anda terlebih dahulu, guna penyukat PH meter atau kit kertas litmus untuk mengetahui PH tanah. Anda boleh menaburkan serbuk kapur di atas tanah dan mengaulkannya atau jika menggunakan tanah pada skala besar tabur menggunakan jentera khas selepas tanah anda telah di balik-balik mengunakan jentera piring. Pengemburan tanah akan mengaulkan serbuk kapur dan akan sebati pada tanah.
Umumnya, 100 pound atau 45 kilogram serbuk kapur ditabur pada tanah bersaiz 1000 kaki persegi untuk ke tahap nilai PH 1 point. Serbuk kapur boleh bertahan sehingga 3 tahun hingga 5 tahun mengikut faktor persekitaran. Hujan asid yang berterusan boleh menghilangkan nilai PH tanah anda. Jadi anda harus memeriksa tanah anda selepas 3 tahun hingga 5 tahun sekali bagi mendapatkan keputusan tahap nilai PH dan seterusnya anda boleh membaikpulih semula dengan menaburkan serbuk kapur pada tanah anda. Tetapi jika tanaman anda hidup subur tanpa ditaburkan serbuk kapur sebelum ini bermaksud tanah anda berkeadaan neutral. Jadi serbuk kapur tidak berguna untuk tanah anda buat masa ini.
Buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan. Lagi berbaloi jika tanam pokok lemon, setangkai boleh dapat 10 biji buah.
Boleh ikut petua baja tanaman yang dikongsikan oleh Encik Faisal Hj Mustaffa ini sebagai panduan.
Alhamdulillah…rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon ada 10 biji kesemuanya.
Petua baja tanam kulit-kulit udang, tanam organ-organ ikan dan sekali sekala letak baja novatec premiumatau baja kopi(boleh beli dekat shopee). Kalau ada darah ikan pun saya siram, kalau ada air beras basuhan pertama pun saya siram (biarkan semalaman). Jangan putus asa dengan pokok, arwah mak ajar (Al-Fatihah).
Info Ekstra!
Pokok Lemon kena siram banyak air semasa sedang berbuah, bagi mengelakkan buah lemon pahit dan jus/airnya kurang.
Tanam pokok, paling penting sudah pasti perlu disiram. Lebih-lebih lagi, tanaman jenis sayuran. Nampak macam mudah je kan nak siram pokok ni? tapi, salah teknik bukan sahaja pokok boleh mati, tapi diancam serangga. Jadi, apa teknik yang betul untuk menyiram pokok? Syamimah Binti Ismail ada tipnya
Selalu dengar org kata, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik utk siram ?
6 – 8 pagi.
Waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.
11 – 3 petang.
Jangan siram waktu ini. Ini adalah waktu kemuncak atau paling panas.
5 – 6 petang
Boleh siram. Tapi sikit-sikit sahaja. Sekadar lembap.
6 petang ke atas.
Jangan siram time. Sebab malam adalah waktu utk pokok berehat. Lagipun takut tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dlm tanah & merosakkan akar.
Mengetahui waktu siram terbaik sangat penting supaya air di serap sepenuhnya oleh tanaman utk proses fotosintesis.
Sekian. Moga bermanfaat.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.