‘Pulau dapur’ mudahkan kerja, ketahui perkara perlu dipertimbangkan sebelum pilih reka bentuk. Dapur merupakan jantung pada sesebuah kediaman. Sebelum memasang pulau dapur, amat penting untuk anda memikirkan beberapa faktor agar pulau dapur dapat berfungsi dengan baik bagi melancarkan aktiviti harian anda ketika di dapur.

Dapur  memerlukan ruang basah untuk kerja -kerja penyediaan asas makanan seperti menyiang ikan,udang, daging, kambing, ayam. Begitu juga memotong sayur-sayuran dan lain-lain. Selalunya kerja-kerja ini agak renyah dan basah. Pastikan pergerakan anda bebas di sekeliling dapur. Bayangkan jika dapurnya kecil seperti sebuah kapal terbang tentu tidak selesa.

‘Pulau Dapur’ Mudahkan Kerja, Ketahui Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Reka Bentuk
Kredit foto: Pexels

Tidakkah pening kepala dibuatnya terutama mereka yang masih kurang cekap ke dapur. Kini, kita bernasib baik kerana kini bahan masakan sudah pun siap di siang dan dipotong bagi mengurangkan masa orang dapur melakukan proses tersebut. Jadi dapur kita jauh lebih bersih dan terjaga.

Pun begitu salah satu unit dapur yang dilihat kini wajib ada, ialah unit pulau yang banyak membantu melancarkan pekerjaan dan aktiviti di dapur dari semua arah. Ia juga boleh dikatakan membantu menyelesaikan pelbagai tata kerja di dapur termasuk penstoran.

Tidak hairan ia dipanggil unit pulau kerana lokasinya mesti di tengah dapur. Bukan sahaja memudahkan kita menempatkan apa sahaja bahan masakan, jika memasak bersama juga mudah berkerjasama. Itu dapur besar. Bagaimana pula dengan dapur kecil?. Perlu atau tidak?

‘Pulau Dapur’ Mudahkan Kerja, Ketahui Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Reka Bentuk
Kredit foto: Pexels

Ramai yang kata tidak perlu. Mungkin sudah mahir dan biasa dengan tata kerja di ruang sedia ada. Pun begitu tidak salah juga jika kita mempunyai unit pulau. Pereka menyarankan ia tidak perlu besar.

Cukup dengan saiz kecil dan tidak mengganggu lalu lintas. Unit pulau kecil ini juga sesuai ditambahkan roda agar mudah dialih jika tidak perlu. Barulah memudahkan untuk anda beraksi di hadapan dapur menyediakan sesuatu yang enak dengan sistematik.

IKLAN

Unit dapur tidak semestikan perlukan saiz yang besar. Kini ia boleh anda jumpa dalam saiz yang begitu kecil tetapi membantu menyelesaikan banyak tata kerja kita. Adakalanya di sinilah kita letakkan segala bahan perasa dan perisa.

‘Pulau Dapur’ Mudahkan Kerja, Ketahui Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Reka Bentuk
Kredit foto: Pexels

Di sinilah juga sesuai kita muatkan segala spatula untuk memasak. Jadi di mana sahaja lokasi memasak kita, di ketuhar, di sinki, di tungku dapur semuanya boleh dicapai dengan mudah dan cepat.

Berbeza unit pulau yang besar. Ia bukan sahaja boleh menempatkan segala keperluan memasak, dijadikan tempat bersarapan, memasak juga boleh, dijadikan tempat mencuci pinggan pun sesuai. Jadi kerja lebih lancar tidaklah seperti berperang kita di dapur. Kepada yang sudah mempunyai unit pulau pasti berbangga dengan rekaan dapur anda yang cantik lagi sempurna.

Kredit foto (top image): Pexels

IKLAN

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

IKLAN

‘Pulau Dapur’ Mudahkan Kerja, Ketahui Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Reka Bentuk

 

 

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=hfIXyK4UIU8&t=10s

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI