Mungkin ada yang tidak pernah mendengar jenama ini, Waterco Malaysia yang telah lama menerajui dalam perkhidmatan penapis air yang banyak membantu rakyat Malaysia mendapat sumber air terbaik dan berkualiti tinggi.
Kini, Waterco Malaysia menerima pensijilan halal untuk produk penapis air yang dikeluarkan.
Peneraju penyedia penyelesaian sehenti untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia) bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia setelah penerimaan rasmi Pensijilan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk penapis air keluaran mereka baru-baru ini, berikutan proses pengauditan yang menyeluruh pada produk dan sistem pengurusan pembuatan syarikat tersebut.
Langkah strategik ini adalah selaras dengan matlamat Waterco untuk bukan sahaja memastikan kepelbagaian produk dan ketersediaan perkhidmatan yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, tetapi juga untuk memastikan kualiti yang dihasilkan oleh kedua-dua segmen ini sentiasa melebihi jangkaan supaya para pengguna dapat menikmati produk berprestasi tinggi yang sentiasa selamat untuk digunakan. Di samping itu, Waterco Malaysia juga mahu melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan produk yang selamat dan mesra alam.
“Kami sentiasa menekankan kepentingan prestasi dan keselamatan produk kerana ia adalah keutamaan dalam usaha kami untuk menyediakan persekitaran air yang selamat dan sihat untuk rakyat Malaysia. Selain itu, penerimaan pensijilan Halal ini membuktikan komitmen jitu Waterco untuk terus menambah baik perkhidmatan kami dan bertindak balas dengan cekap terhadap keperluan pasaran,” jelas Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia.
Syarikat penyedia penyelesaian air terkemuka ini memulakan proses untuk mendapatkan pensijilan Halal pada awal Disember 2020. Waterco telah menubuhkan jawatankuasa Halal dalaman untuk memenuhi keperluan dan menubuhkan sistem jaminan halal dalaman (HAS), yang bertindak sebagai tulang belakang operasi mereka. Panduan ini memastikan semua keperluan Halal telah digabungkan sebagai sebahagian daripada operasi mereka yang kemudiannya diaudit oleh badan Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan JAKIM. Kedua-dua JAIS dan JAKIM menjalankan pemeriksaan dan audit menyeluruh untuk mengesahkan asal-usul bahan mentah, saluran sumber dan kehadiran MSDS/CSDS, HACCP dan GMP.
Menurut Encik Koo, di sebalik halangan yang dihadapi dan SOP yang dilaksanakan semasa pandemik yang menyebabkan pemanjangan garis masa, perjalanan ini adalah satu keperluan bagi Waterco mengukuhkan kedudukan produk mereka dan meluaskan jangkauan mereka dalam penyediaan penapis air Point-Of-Entry (POE) untuk kegunaan kediaman, industri pemprosesan yang Halal, industri F&B dan banyak lagi. Ini juga akan memanfaatkan tempat yang memerlukan pemasangan produk yang disahkan Halal seperti tempat ibadat iaitu surau dan masjid, dan tempat makan Halal.
“Selepas penyelidikan dan kajian pasaran yang teliti, kami yakin bahawa pensijilan ini akan memberi manfaat kepada pertumbuhan perniagaan dan lebih penting lagi untuk pengguna semasa dan bakal pelanggan kami. Ia akan mendekatkan kami kepada matlamat kami untuk menyediakan persekitaran air yang sihat untuk keperluan harian sama ada untuk kegunaan komersial atau peribadi di seluruh negara,” kata Encik Koo.
Untuk maklumat lanjut tentang Waterco Malaysia, Pensijilan Halal dan inisiatifnya, sila layari: https://www.waterco.com.my/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI