Sebuah syarikat kelengkapan bilik tidur jenama terkenal, Sonno buat julung kalinya secara secara rasmi telah membuka pintu butik flagship yang pertama di Publika kepada orang ramai. Butik baharu Sonno ini bakal memberikan pengalaman menakjubkan buat para pelanggan setianya untuk merasai membeli-belah secara omnisaluran dengan lancar dan selesa.
Flagship Sonno yang pertama ini juga dikenali sebagai ‘Sonno Sleep House’ yang bakal memberikan peluang kepada para pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman koleksi kelengkapan tidur yang ditawarkan syarikat ini.
Menariknya lagi, ruang flagship juga telah direka dengan sangat teliti ini dengan meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam sebuah rumah bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan untuk menguji tahap kualiti tilam. Selain itu, para pakar tip kelengkapan bilik tidur akan bertugas sebagai wakil jualan Sonno akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian yang signifikan ini menerusi pembukaan butik flagship Sonno yang pertama di Publika. Butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. Pengalaman ini boleh dinikmati pelanggan-pelanggan kami tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi platform pemesejan, atau menerusi kedai fizikal kami,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
“Sebagai sebuah jenama yang lahir secara digital, pembukaan butik fizikal ini membantu syarikat untuk memenuhi evolusi selera pengguna di samping mencipta sebuah pengalaman membeli tilam yang mengasyikkan dan menjadi memori yang indah buat pelanggan,” katanya lagi.
Serentak dengan pelancaran butik flagship pertama ini, Sonno turut memperkenalkan koleksi tilam yang terbaharunya iaitu ‘Sonno Signature Bed Frame’. Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend masa kini, reka bentuk rangka katil Sonno ini diperbuat daripada 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia tanpa menggunakan sebarang kompanen logam.
Katil ini juga direka khas bertujuan bagi memberikan para pelanggan untuk merasai pengalaman memasang tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, rangka katilnya juga dilengkapi dengan slot peranti khusus yang akan menarik minat generasi anak muda hari ini.
Menurut pengasasnya, “Kami adalah sebuah syarikat yang sentiasa berpandukan pengumpulan data maklum balas para pelanggan terhadap produk kami. Oleh itu, kami amat teruja apabila kami akhirnya berjaya memperkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan tinggi daripada para pengguna kami dengan memperkenalkan sebuah rangka katil yang cantik dan terbaharu dengan tiga kategori iaitu kualiti tinggi, kesederhanaan dan reka bentuk yang luar biasa”.
Pada masa hadapan, Sonno akan terus komited untuk memanfaatkan data maklum balas tersebut untuk meningkatkan lagi mutu kualiti pengalaman membeli-belah pelanggan, dengan harapan akan dapat memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu yang menarik dalam katalognya dalam suku keempat 2022 bagi membantu orang ramai mendapat tidur yang berkualiti dan meningkatkan gaya hidup mereka.
Sebelum ini, Sonno mula menjadi terkenal sebagai jenama pengeluar tilam berkualiti tinggi selepas strategi pemasaran menghantar tilam di dalam kotak kepada pembeli mendapat perhatian ramai selain tawaran harga yang berpatutan, percubaan selama 100 malam, dan penghantaran secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi di laman sesawang www.sleepsonno.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI