Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kucing adalah jangkitan hama debu atau lebih dikenali sebagai ‘dust mite’.

Jangkitan ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kucing, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan dan kebersihan ruang rumah.

Noor Nabila Guna Vakum RM15K, Gara-Gara  Kucing Kena ‘Dust Mite’

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial TikTok milik Rosix Omar yang mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini telah meraih sebanyak 345 ribu tontonan, 11 ribu tanda suka, dan 92 komen.

 

IKLAN
@rosixomar25 Citer sini hbs sini #rosixomar ♬ original sound – Rosixomar

Dalam video tersebut, Rosix Omar menunjukkan Noor Nabila sedang membersihkan rumahnya menggunakan vakum yang dikatakan berharga RM15,000 selepas mengetahui kucing kesayangannya mempunyai hama debu yang boleh membahayakan diri.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga menyatakan bahawa vakum yang digunakan oleh Nabila itu sangat bagus kerana ia boleh meletakkan ubat cecair untuk membersihkan daripada kuman.

IKLAN

Apa Itu Dust Mite?

Dust mite atau hama debu adalah mikroorganisma kecil yang hidup dalam habuk rumah. Mereka memakan serpihan kulit mati manusia dan haiwan peliharaan. Walaupun saiz mereka terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar, kehadiran mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kesan Jangkitan Dust Mite kepada Ruang Rumah

  1. Peningkatan Habuk: Kehadiran dust mite akan meningkatkan jumlah habuk dalam rumah. Ini boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang mempunyai masalah alahan atau asma.
  2. Pencemaran Udara: Hama debu yang tersebar melalui udara boleh mencemari kualiti udara dalam rumah. Ini boleh menyebabkan masalah pernapasan kepada ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak dan orang tua.
  3. Kesukaran Membersihkan Rumah: Rumah yang dijangkiti dust mite memerlukan pembersihan yang lebih kerap dan teliti. Ini termasuk membersihkan tempat tidur kucing, permaidani, dan perabot yang sering menjadi tempat berkumpulnya habuk.

IMPIANA : Untungnya Nabila pakai vakum ‘kayangan’, tapi memang bahaya pun dust mite ni lagi-lagi pada kanak-kanak.

Mesti Baca:Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga
Baca Lagi Di Sini:Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam
Artikel Menarik:Pokok Lidah Ibu Mertua Mudah Untuk Dijaga Dalam Rumah

IKLAN

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI