Konsep gaya Klasik Inggeris ini sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman kediaman tampak lebih cantik serta menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa konsep ini telah menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Betul tak?
Bagi anda yang meminati dengan dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini khususnya, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula mendekorasi antaranya ciri-ciri konsep yang betul dan sebagainya.
Pertama, kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini seharusnya mempunyai permukaan siling yang lebih tinggi berbanding dengan konsep gaya yang lain. Ini kerana, konsep ini mengetengahkan ruang dalaman yang tampak lebih luas dan lapang.
Selain itu, konsep gaya Klasik Inggeris ini juga kebiasaanya dipadankan dengan tona warna serba putih bagi bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman dalam kediaman.
Ads
Untuk menyerikan lagi dekorasi ruang dalaman kediaman, konsep gaya Klasik Inggeris ini di bahagian permukaan lantai sering dipadankan dengan pemilihan jubin bercorak ‘Marble’ yang tampak lebih elegan dan mewah.
Di samping itu, kebiasaannya kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini mempunyai ruang tamu dan dapur yang terbuka bagi memberikan aliran pengudaraan yang lebih baik.
Ads
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kolam renang buat sendiri guna tangki air atau ‘poly round water tank’, hasil puas hati sangat. Orang lain ada kolam renang di rumah, kita pun teringin. Hendak upah orang buat kolam renang, memang tak mampu.
Kos bukan sikit-sikit. Sebenarnya ada cara yang lebih murah untuk anda merealisasikan impian untuk memiliki kolam renang sendiri. Hasilnya pasti mengkagumkan! Berikut DIY cara-cara membuat kolam renang. Semoga bermanfaat.
Anak-anak mesti suka! Sesuai juga dijadikan kolam ikan. Betul-betul kreatif!
Dekorasi Bajet Kuarters Guru, Rumah ‘Pinjam’ Pun Kena Hias Cantik-cantik. Walaupun sekadar rumah pinjam, mestilah nak selesa juga bukan? Kita yang nak duduk hari-hari. Buangkan ‘perasaan’ bila duduk rumah sewa, tak payah beria hias rumah cantik-cantik!
Lihat dekorasi rumah kuaters guru dengan gaya bajet, simple dan moden ini. Hasilnya tetap cantik dan mencuri pandangan. Perabot cukup seadanya. Tak perlu beli perabot lebih-lebih. Ruang kediaman jadi tidak sempit. Rasa luas sebab tak banyak barang. Nak kemas pun senang.
Ini perkongsian Nur Diyana bagaimana menghias kuaters guru yang didiaminya dengan kos yang berpatutan dan juga dengan fungsi praktikal. Jom kita menjamu mata!
TIP HIAS RUMAH SEWA:
1. TENTUKAN KONSEP
Sebelum membeli barang-barang untuk menghias kediaman, pastikan konsep yang ingin dihasilkan. Konsep minimal dan praktikal lebih sesuai supaya tdak membazir ruang dan juga wang.
2. PILIH WARNA YANG SESUAI
Warna yang paling selamat adalah warna putih. Sesuai untuk semua jenis dekorasi. Jika anda tidak mahu pening-pening memikirkan cat apa yang sesuai untuk dinding rumah sewa anda, pilihlah warna putih.
3. MINIMUMKAN PERABOT
Pilih perabot yang sesuai dengan ruang kediaman. Jika perlu, ukur terlebih dahulu ruang yang ingin diletakkan perabot tersebut. Tidak perlu beli terlalu banyak perabot sehingga ruang menjadi sempit. Minimalis itu lebih baik!
4.MINIMUMKAN BARANG PERHIASAN
Berhati-hati ketika membeli barangan untuk hiasan kediaman anda. Selalunya kita akan sentiasa terlebih beli barang yang tidak perlu. Jadikan ruang kediaman anda berfungsi secara praktikal dan ruang yang mudah dibersihkan. Pastikan kediaman mempunyai ruang supaya mudah untuk divakum, dimop dan dibersihkan habuk.
5. BOLEH LETAK POKOK HIASAN
Hiaskan dengan pokok hiasan seperti fiddle-leaf fig (Ficus lyrata), snake plant dan sebagainya untuk memberikan suasana dan zen yang menenangkan.
Landskap halaman rumah yang tenang, barulah seronok lepak minum kopi. Sekarang ramai yang mula berminat untuk menghias halaman rumah dengan membuat taman mini atau lebih dikenali sebagai landskap.
Walaupun ruang keluasan yang terhad, itu tidak menjadi halangan kepada tuan rumah untuk mewujudkan landskap yang indah.Konsep atau pun idea yang ditonjolkan oleh tuan rumah yang kreatif dapat menghasilkan suasana yang damai dan tenang.
Bagaimanapun ada beberapa aspek yang perlu diambil kira jika anda berhajat untuk memiliki halaman rumah dengan hiasan Lanskap yang indah. Jangan sia-siakan ruang yang ada. Berikut perkongsian fakta seperti yang dikongsikan oleh Minah Kontraktor
TAK BERMAKSUD POKOK SERIMBUN
Ada salah tanggapan tentang lanskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman.
Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.
Apatah lagi jika anda tidak banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik anda adalah gaya minimalis Scandinavian.
Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.
RUMPUT PILIHAN RAMAI
Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih mengasyikkan.
Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.
Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.
Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.
Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.
AIR LENGKAPI HALAMAN
Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!
Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!
Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.
RIMBUNAN HIJAU
Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali.
Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.
Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:
– Tumbuhan hijau
– Batu dengan warna asli atau gelap
– Arca hiasan
– Perabot kayu
– Kolam/takungan air
– Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.
SHIZEN, KANSO DAN KOKO
Susun atur landskap, pohon menghijau dan hiasan halaman rumah boleh memberikan ketenangan luar biasa jika dibuat penuh teliti.
Bagi mereka yang sukakan halaman yang rapi dan tersusun, konsep Taman Zen adalah pilihan terbaik untuk anda.
Berpaksikan kepada tiga konsep utama iaitu kesemulajadian (Shizen), keringkasan
(Kanso) dan Kecekinan (Koko).
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.