
Memiliki kediaman dengan hamparan tanah ada kalanya membingungkan pemilik kediaman bagaimana ingin mengolah lantai tersebut dengan elemen-elemen landskap. Malah ada di antara pemilik kediaman yang mengambil jalan singkat menurap keseluruhan lantai dengan anggapan lebih mudah dijaga dan praktikal.
Tahukah anda memperuntukkan sejumlah ruang dengan gabungan elemen landskap lembut dan landskap kejur adalah langkah terbaik dalam memberi nilai tambah pada rupa bentuk ruang luar kediaman anda. Dalam masa yang sama kombinasi ini bakal menyerlahkan lagi visual lembut taman dalam mencipta suasana tenang dan damai. Tidak sukar sebenarnya buat pemilik kediaman merancang peletakan elemen landskap ruang halaman tetapi perlulah mempunyai idea atau lakaran awal sebelum kerja-kerja perlaksanaan dijalankan.
Secara mudah, sebaiknya mulakan lakaran idea di atas sehelai kertas sama ada bermula daripada pintu masuk utama kediaman menghala ke ruang seterusnya sehinggalah pada laman belakang. Rancang peletakkan rupa bentuk lantai taman ini dengan susunan batuan pemijak, taburan batu sungai, hamparan rumput, struktur kejur dan sebagainya. Paling penting lantai taman ini perlulah praktikal dalam memenuhi keperluan penghuni kediaman. Jika anda merasakan kondisi kediaman atau gaya hidup anda tidak sesuai untuk penggunaan rumput sepenuhnya maka gantikan ia dengan hamparan batuan pemijak dan pebbles. Lebih mudah dari segi maintenance.
Boleh Tak Potong Dahan Dari Pokok Jiran Yang Masuk Rumah?

Pokok jiran tumbuh masuk melepasi sempadan antara isu panas yang sering dialami bukan sahaja masyarakat di bandar, malah luar bandar juga. Perkara ini, adakalanya boleh menjadi penyebab atau punca perselisihan faham antara jiran.
Kebiasaanya, punca pergaduhan disebabkan pokok yang memasuki sepadan mengganggu pemandangan, daun nya yang kerap gugur dan pelbagai ancaman lain. Adakalanya, hal ini tak menjadi isu apa pun, cuma sering menjadi pertanyaa boleh tak kita ambil hasil dari pokok jiran yang memasuki sepadan rumah
UNDANG-UNDANG POKOK JIRAN
Bila dahan pokok jiran korang membesar dan masuk ke dalam kawasan korang, ia dikenali sebagai “overhanging branches”. Sebenarnya, kebanyakan negara di dunia ni ada undang-undang pasal overhanging branches. Di Australia contohnya, setiap negerinya ada undang-undang berbeza tentang isu ni. Di Malaysia pula, hal ni melibatkan undang-undang kacau ganggu persendirian (private nuisance). Ini kerana, dahan pokok yang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang tu dikira sebagai kacau ganggu.
Secara takrifnya, kacau ganggu adalah gangguan yang menyalahi undang-undang dengan penggunaan tanah. Terdapat tiga elemen kacau ganggu persendirian, yang mana semuanya kena dipenuhi – kalau korang nak jiran korang tu bertanggungjawab:
Plaintif (korang) pemilik tanah atau mempunyai hak untuk mendudukinya;
Defendan (jiran korang) sebenarnya dah bertindak dengan cara yang mengganggu kesenangan plaintif dan gunaan hartanah miliknya; dan
Gangguan defendan cukup ketara dan tak munasabah.
Jadi, dengan membiarkan pokok diorang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang, diorang mungkin bertanggungjawab terhadap ganggu kacau persendirian kalau dahan-dahan yang berlebihan tu memberi kesan terhadap suasana dan keadaan rumah korang. Kalau ia menimbulkan risiko keselamatan pula, ia menambahkan lagi memungkinkan untuk jiran korang bertanggungjawab.
Tapi macam mana pula kalau korang tak suka pokok tu tumbuh ke dalam kawasan korang sebab ia cuma menghodohkan dan merosakkan pemandangan dari rumah korang? Dalam hal ni, undang-undang mengatakan…
BUAH YANG TUMBUH MELEPASI SEPADAN ADALAH HAK ANDA
Jadi, walaupun korang tak saman jiran korang sebab buat kacau ganggu persendirian, korang masih boleh buat sesuatu pasal dahan-dahan tu atau buah-buah yang jatuh dalam kawasan korang.
Ada beberapa kes pasal hal ni di banyak negara dan cuba kita tengok yang paling dekat dulu. Pada pertengahan tahun 2016, Mahkamah Tinggi Singapura ada buat perbicaraan kes antara dua jiran. Seorang wanita ni dah biarkan pokoknya tumbuh sampai ke halaman jirannya dan dahan-dahan tu pula membahayakan jirannya, terutamanya sebab ada anak-anak kecil di rumah. Bila jirannya upah orang untuk potong pokok tu, wanita tadi halang jirannya dengan cabut kunci dari kren yang digunakan untuk memotong pokok tu.
Mahkamah lepas tu buat keputusan yang jirannya ada hak untuk tebang mana-mana dahan yang masuk dalam kawasannya dan wanita tadi bersalah sebab menghalang diorang dari berbuat demikian.
Ada satu lagi kes yang dah lama sangat berlaku iaitu pada tahun 1894. Kes ni dikenali sebagai Lemmon v Webb dan Mahkamah England memutuskan:
Seorang jiran boleh menebang dahan-dahan yang memasuki tanahnya tanpa memberi notis kepada pemilik pokok itu dengan syarat dia boleh melakukannya tanpa memasuki tanah orang lain.
Jadi, korang sebenarnya boleh je tebang mana-mana dahan atau ranting yang masuk kawasan korang (atau ambil buah-buah yang tumbuh dari dahan-dahan tu).
Cara Pemangkasan Untuk Elak Pokok Mudah Dijangkiti Penyakit, Baru Profesional

Pemangkasan yang dilakukan dengan betul akan menggalakkan tumbesaran dahan, daun, bunga dan buah. Selain daripada itu, ia juga akan menjadikan pokok yang dipangkas mempunyai tempoh hayat yang lebih lama. Sebelum melakukan pemangkasan, terdapat 10 perkara yang perlu anda beri perhatian.
1. Pastikan perkakas memangkas sentiasa tajam bagi mengelakkan dahan mudah cedera dibahagian yang dipangkas. Selain daripada itu juga, peralatan memangkas yang tidak dibersihkan dan diselenggara baik akan menyebabkan kawasan pangkasan mudah terdedah kepada penyakit.
2. Kenalpasti tujuan pemangkasan yang hendak dilakukan. Terdapat pelbagai jenis pemangkasan yang boleh dilakukan. Setiap satunya mempunyai keperluan dan kesan yang berbeza. Terdapat 3 kaedah yang kerap digunakan:
Pemangkasan bentuk
Ia bagi tujuan untuk mencapai sesuatu bentuk tertentu bergantung kepada keperluan. Selain itu juga, tujuan pemangkasan ini adalah untuk mengawal tumbesaran tumbuhan. Pemangkasan kebiasaan dilakukan sejak tanaman masih di peringkat muda.
Pemangkasan pemuliharaan
Kaedah ini tujuannya untuk menjamin kesihatan tumbuhan. Kebiasaannya ia dilakukan apabila tumbuhan selesai berbuah. Apabila selesai tumbuhan berbuah, tenaga / nutrisi yang ada di dalam sistem pokok sudah berkurangan. Hal ini boleh mengakibatkan produksi tumbuhan akan mula merosot. Oleh itu, untuk memastikan produktiviti tumbuhan, pemangkasan hampir menyeluruh perlu dilakukan. Selain itu juga, pemangkasan ini bertujuan membuang bahagian yang berpenyakit.
Pemangkasan produksi
3. Untuk memastikan pokok merimbun, pemangkasan produksi perlu dilakukan. Ia bagi tujuan menggalakkan tunas baru tumbuh dan menghasilkan cabang pokok yang lain .
4. Lakukan pemangkasan mengikut bahagian. Untuk tujuan pemangkasan bentuk, pangkasan perlu dilakukan dari bahagian atas terlebih dahulu.
5. Pastikan pemangkasan kolar dahan (collar pruning) dilakukan bersih dan licin. Untuk mendapatkan hasil seperti ini, alat pangkasan perlu sentiasa tajam dan bersih.
6. Jika melibatkan pemangkasan dahan besar dan berat, ikatkan ia terlebih dahulu pada batang pokok yang kukuh serta alihkan harta benda yang berhampiran.
7. Selain pemangkasan satu bahagian, periksa keadaan sekeliling sebelum beralih ke bahagian yang lain. Ia bertujuan untuk memastikan keadaan di sekitar dalam keadaan terkawal.
8. Buang ranting atau dahan yang tersangkut pada pokok. Ia bukan sekadar memberi pembersihan secara total, juga mengelak dari masalah jangkitan pada dahan yang lain jika tujuan pemangkasan adalah untuk pemeliharaan.
9. Mulakan pangkasan dari dahan yang lebih nyata seperti bahagian yang telah mati, tunas air, dahan bergesel dan sebagainya.
Pastikan kaedah pangkasan anda betul. Jika tidak, dahan yang dipangkas akan mudah dijangkiti penyakit.
10. Kawasan yang luka akibat pemangkasan hendaklah dirawat dengan bahan penutup keratan (sealing compound) agar titik keratan tidak akan mudah meresap air dan seterusnya mengelak dari serangan penyakit atau serangga perosak pada titik keratan.
Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matang Untuk Hasil Yang Lumayan

Kelapa MATAG antara tanaman yang dikategorikan sebagai viral lah juga sebab ramai yang sibuk nak cari benih kelapa matag ni. Kenapa nama dia kelapa matag? Nama matag berasal dari pada “MA” (Malayan) dan “TAG” (Tangnan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.
Pokok ini menjadi buruan disebabkan oleh saiznya rendah dan hasilnya banyak. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.
Keperluan Asas Tanaman
- Suhu: 27-28 oC
- Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
- Kelembapan relatif: 80-90%
- Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
- Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Penyediaan Kawasan
- Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
- Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
- Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.
Penyediaan Induk
- Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
- Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
- Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
- Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.
Penyediaan Anak Benih
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.
Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian
- Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
- Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
- Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
- Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
- Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.
Penanaman di Ladang
Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.
Cara menanam:
1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Jarak Tanaman:
Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).
Pengurusan Air
- Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.
Pengurusan Perosak
- Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok
2. Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.
3. Ulat Beluncas (Setora nitens)
Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus
Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok
Pembajaan
Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.
Kutipan Hasil
- Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
- Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
- Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
- Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50.
Sumber: https://harizamrry.com