
Microwave Berbau Busuk, Bersihkan Guna Lemon & Cuka! Ketuhar Gelombang Mikro atau microwave antara peralatan elektrik wajib yang sering digunakan di dapur. Selalunya digunakan untuk panaskan makanan, masak makanan ringan, nyahbeku (defrost) ayam, ikan dan sebagainya.
Namun demikian, bila dah pelbagai makanan di masukkan ke dalam microwave tersebut ia meninggalkan bau yang kurang menyenangkan dan kesan kotoran pun sukar dibersihkan. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai microwave berbau busuk, boleh atasinya dengan tip mudah ini. Bukan sahaja kotoran mudah ditanggalkan, malah mikrowave jadi lebih bersih dan aroma segar.
Bahan Di Perlukan:
(Anggaran Mikrowave kapasiti 20L-30L)
1 Mangkuk Air (Saiz Sederhana)
1/2 Biji Lemon
2 Sudu Cuka
Kain Lap

Cara Membuat:
1. Potong separuh buah lemon dan perahkan jusnya ke dalam mangkuk kaca berisi air.


2. Kemudian, hiriskan buah lemon tadi dan masukkan juga ke dalam mangkuk tadi.

3. Masukkan pula 2-3 sudu cuka maka dan kacau rata.

4. Setelah itu, masukkan mangkuk berisi campuran air, jus lemon dan cuka tadi ke dalam microwave.


5. Buat tetapan, setting pada suhu tinggi selama 3-5 minit.

6. Biarkan sehingga wap air meruap di dalam microwave.
7. Cukup masa, buka pintu microwave dan keluarkan mangkuk tersebut.Biarkan campuran air tadi suam seketika.

8. Akhir sekali, celupkan dengan tuala dapur dan lap kotoran dalam microwave tadi sehingga bersih.

Hasilnya memang mudah tanggalkan kotoran dan paling penting dapat hilangkan bau busuk pada microwave tadi. Malah nampak lebih bersih dan bersinar macam baru beli.

Info Penting:
- Pastikan gunakan mangkuk kaca yang jenis sesuai untuk kegunaan mikrowave sahaja.
- Jika kapasiti mikrowave besar, gunakan mangkuk yang lebih besar dan gandakan kuantiti lemon dan sukatan cuka.
Semoga Bermanfaat!
Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Jimatkan Bil Elektrik Dengan Cara Susun Atur Peralatan Di Dapur
Baca Lagi Di Sini: Panduan Betul Guna Peralatan & Perkakasan Elektrik Dapat Kurangkan Bil Bulanan
Artikel Menarik:Jimatkan BIL ELEKTRIK Walaupun Guna Aircond Di Rumah, Ikut 5 Tip Ini!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




