KULIT LABU Baja Organik Tinggi Nutrisi Untuk Tanaman, Daun Lebih Segar, Bunga Banyak, Buah Lebih Manis

Kulit Labu Baja Organik Tinggi Nutrisi Untuk Tanaman, Daun Lebih Segar, Bunga Banyak, Buah Lebih Besar & Manis

Ramai orang apabila masak labu, terus buang bahagian luar labu tanpa fikir dua kali. Rugi sebenarnya sebab kulitnya sangat bermanfaat dan mempunyai nutrisi yang tinggi untuk dijadikan baja organik. Nutrisinya lengkap, kesan pun cepat nampak pada pokok, terutama tanaman berbuah.

Ini sebabnya kenapa sisa labu ini patut jadi “golden waste” untuk kebun kecil di rumah.

Nutrisi Hebat Dalam Kulit Labu

Bahagian luar labu ini sebenarnya padat dengan mineral penting untuk pertumbuhan pokok:

Kalium (K)
Membantu menguatkan akar, kawal keseimbangan air dalam pokok dan tingkatkan hasil buah. Pokok berbuah memang ‘gilakan’ kalium.

Kalsium (Ca)
Dapat elak masalah blossom end rot, buah jadi hitam di bahagian bawah. Ini masalah biasa pada cili, tomato & terung.

Magnesium (Mg)
Mengaktifkan klorofil, daun jadi lebih hijau, proses fotosintesis lebih efisien.

Serat & Gula Semula Jadi
Ini makanan kegemaran mikroorganisma baik dalam tanah. Lagi banyak mikroba, lagi subur tanah kita.

Sesuai untuk pokok cili, terung, labu, timun, capsicum dan sayur berdaun.

Ads

KULIT LABU Baja Organik Tinggi Nutrisi Untuk Tanaman, Daun Lebih Segar, Bunga Banyak, Buah Lebih Manis

Cara Paling Mudah Buat Baja Organik Guna Kulit Labu

1. Tanam Terus Dalam Tanah

Cara ni paling simple dan tak berbau.

Cara Membuat:

  • Potong bahagian luar labu kecil-kecil.
  • Tanam sedalam 1–2 inci dalam tanah.
  • Biar ia reput dan lepaskan nutrisi secara perlahan-lahan.

Kelebihan:

  • Tidak busuk sangat kerana ditanam
  • Baiki struktur tanah, tanah lebih gembur & lembut
  • Sesuai untuk pokok muda supaya akar cepat membesar

2. Buat Air Rendaman Kulit Labu (Baja Cair)

Untuk kesan cepat pada daun & bunga.

Ads

Cara Membuat:

  • Masukkan bahagian luar labu dalam satu baldi.
  • Tuang air sampai tenggelam.
  • Peram 5–7 hari.
  • Bila air dah jadi kuning kehijauan, siap digunakan.

Campur 1:5 (1 bahagian baja : 5 bahagian air) sebelum siram pokok.

Kesan Penggunaan Rutin:
Daun akan nampak lebih segar, bunga jadi lebih banyak dan buah lebih padat, besar & manis.

Kulit Labu Aktifkan Mikroorganisma Baik Dalam Tanah

Bila kulit labu mula hancur, ia “memanggil” cacing tanah, mikrob pengurai dan bakteria baik. Inilah yang buat tanah hidup semula, macam tanah hitam lembap dekat kampung. Struktur tanah pun lebih porous, tak bertakung air.

Ads

Perkara Penting Untuk Elakkan Masalah Bau & Semut

  • Jangan letak terlalu banyak sekaligus, ia boleh hasilkan panas & tarik semut.
  • Jangan biar sahaja atas permukaan tanah, mesti tanam sikit supaya tak berbau.
  • Jangan campur dengan baja kimia kuat, takut ‘terbakar’ akar pokok.

Perlu Tahu Sebelum Menggunakan Kulit Labu

Bahagian luar labu boleh halau ulat tanah & semut. Bila ia mula reput, aroma dia berubah dan tak disukai serangga tertentu.

Jika dicampur sedikit gula merah, proses fermentasi jadi lebih aktif dan cepat, fungsi sama macam Effective Microorganism (EM).

Sesuai dijadikan kompos ‘green material’. Bahagian luar labu tinggi nitrogen ringan, jadi seimbang bila dicampur dengan bahan coklat seperti daun kering atau ranting.

Sisa labu bukan sahaja elok untuk tanah, malah boleh jadikan pokok lebih sihat, daun cantik dan hasil buah berganda. Teknik dia tak renyah, tak busuk sangat, dan percuma pula tu hanya guna sisa dapur.

Untuk hasil lebih baik, penggunaan secara konsisten dapat menjadikan medium tanaman lebih stabil, subur, dan kaya dengan mikroorganisma semula jadi. Walaupun kaedah ini ringkas, keberkesanannya memang terbukti terutama bagi sesiapa yang suka berkebun di rumah tanpa guna baja kimia yang kuat. Inilah kelebihan bahan semula jadi yang perlahan-lahan membaiki tanah sambil menyuburkan pokok.

Dengan menjadikan amalan ini sebagai rutin mingguan atau bulanan, struktur tanah akan bertambah baik, akar lebih aktif menyerap nutrisi, dan tanaman berbuah pula menunjukkan hasil lebih cepat. Ini menjadikan penggunaan bahagian luar labu benar-benar berbaloi dan membantu mengurangkan sisa dapur dengan cara bermanfaat.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads