Kolam renang buat sendiri guna tangki air atau ‘poly round water tank’, hasil puas hati sangat. Orang lain ada kolam renang di rumah, kita pun teringin. Hendak upah orang buat kolam renang, memang tak mampu.
Kos bukan sikit-sikit. Sebenarnya ada cara yang lebih murah untuk anda merealisasikan impian untuk memiliki kolam renang sendiri. Hasilnya pasti mengkagumkan! Berikut DIY cara-cara membuat kolam renang. Semoga bermanfaat.
Siap ada penutup.
Ads
Anak-anak mesti suka! Sesuai juga dijadikan kolam ikan. Betul-betul kreatif!
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini
Cara menyediakan benih untuk disemai Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? Kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
Medium tanaman Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Cara tanam Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam
Pencahayaan Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Siraman Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air
Pembajaan Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.
Dekorasi Bajet Kuarters Guru, Rumah ‘Pinjam’ Pun Kena Hias Cantik-cantik. Walaupun sekadar rumah pinjam, mestilah nak selesa juga bukan? Kita yang nak duduk hari-hari. Buangkan ‘perasaan’ bila duduk rumah sewa, tak payah beria hias rumah cantik-cantik!
Lihat dekorasi rumah kuaters guru dengan gaya bajet, simple dan moden ini. Hasilnya tetap cantik dan mencuri pandangan. Perabot cukup seadanya. Tak perlu beli perabot lebih-lebih. Ruang kediaman jadi tidak sempit. Rasa luas sebab tak banyak barang. Nak kemas pun senang.
Ini perkongsian Nur Diyana bagaimana menghias kuaters guru yang didiaminya dengan kos yang berpatutan dan juga dengan fungsi praktikal. Jom kita menjamu mata!
TIP HIAS RUMAH SEWA:
1. TENTUKAN KONSEP
Sebelum membeli barang-barang untuk menghias kediaman, pastikan konsep yang ingin dihasilkan. Konsep minimal dan praktikal lebih sesuai supaya tdak membazir ruang dan juga wang.
2. PILIH WARNA YANG SESUAI
Warna yang paling selamat adalah warna putih. Sesuai untuk semua jenis dekorasi. Jika anda tidak mahu pening-pening memikirkan cat apa yang sesuai untuk dinding rumah sewa anda, pilihlah warna putih.
3. MINIMUMKAN PERABOT
Pilih perabot yang sesuai dengan ruang kediaman. Jika perlu, ukur terlebih dahulu ruang yang ingin diletakkan perabot tersebut. Tidak perlu beli terlalu banyak perabot sehingga ruang menjadi sempit. Minimalis itu lebih baik!
4.MINIMUMKAN BARANG PERHIASAN
Berhati-hati ketika membeli barangan untuk hiasan kediaman anda. Selalunya kita akan sentiasa terlebih beli barang yang tidak perlu. Jadikan ruang kediaman anda berfungsi secara praktikal dan ruang yang mudah dibersihkan. Pastikan kediaman mempunyai ruang supaya mudah untuk divakum, dimop dan dibersihkan habuk.
5. BOLEH LETAK POKOK HIASAN
Hiaskan dengan pokok hiasan seperti fiddle-leaf fig (Ficus lyrata), snake plant dan sebagainya untuk memberikan suasana dan zen yang menenangkan.
DIY sliding door untuk kabinet dapur. Bahan utama rail langsir dan board kalis air. Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.